Wajah cemberut Damia ditatapnya sambil tergelak kecil.

Alahai, kuat betul merajuk.

"Kau sikit-sikit nak merajuk, tak boleh ke kalau kau relaxs kejap? Aku gurau sikit je, tu pun dah mengamuk. Buruk tahu tak kalau kau merajuk."

Damia merenung tajam suaminya, lalu perut Carl Hans Mikael dicubitnya pula melepaskan rasa geramnya saat dia terkena dengan suaminya.

Carl Hans Mikael pula mengelak daripada dicubit isterinya sambil ketawa geli hati.

"Suka sakitkan saya! Rasakan!"

Carl Hans Mikael cuba mengelak tapi Damia lebih pantas membuatkan lelaki itu mengaduh sakit dan menghasilkan tawa daripada Damia yang melihat wajah berkerut suaminya, lucu.

"Kejap! Kau nak cubit aku sampai bila? Kang tak jadi keluar betul-betul nanti tahu nak menangis pulak." sindirnya masih lagi mengusik.

Damia tersengih kecil sebelum berhenti mencubit perut suaminya.

Dia melabuhkan punggung dibirai katil manakala Carl Hans Mikael mula menyarungkan pakaiannya.

Usai mereka berdua bersiap, Carl Hans Mikael melingkar tangan dipinggang ramping Damia sambil berjalan beriringan keluar daripada bilik hotel tersebut.

Setengah jam kemudian,

Setelah makan malam di restoran yang berdekatan itu kerana mengikuti kehendak isterinya yang tak mahu menjamu makanan yang disediakan pihak hotel.

Mereka berdua mula menuju ke destinasi seterusnya, tersenyum Carl Hans Mikael menatap wajah Damia jelas memancarkan riak gembira bercampur teruja itu.

Carl Hans Mikael memandu kereta yang disewanya ke Waikato yang masih lagi berada di negara New Zealand.

Perjalanan dari Auckland untuk ke daerah Waikato akhirnya sampai setelah mengambil masa selama dua jam untuk mereka tiba.

Glowing Worm Cave, Waikato.

Kini mereka tiba di Glowing Worm Cave atau Waitomo di daerah Waikato itu.

Keluar daripada perut kereta, Carl Hans Mikael membukakan pintu kereta untuk isterinya lalu tangan kecil Damia digenggamnya erat.

Dari jarak beberapa meter, Damia tak lekang mengukir senyuman dibibir.

Tak sabar rasanya mahu meneroka ke dalam gua tersebut, tambah lagi bila dari jauh dia dapat lihat cahaya yang menerangi gua tersebut.

Tak sabar rasanya mahu meneroka ke dalam gua tersebut, tambah lagi bila dari jauh dia dapat lihat cahaya yang menerangi gua tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now