"Uwww .... itu tentu menyakitkan!"

Perlahan-lahan Alice bangkit. Badannya terasa kebas dan sakit. Iyalah, dalam satu hari kena hentak banyak kali! Ini kalau kena lagi dia yakin mesti koma beribu-ribu tahun!

Hamboi! Hiperbola perbandingan yang melampau tu, Alice.

"Kau akan bayar balik gemuk!"

Alice menyepak badan gotham sekuat hati. Ia beralih dan baring terlentang. Alice mengangkat kaki kirinya yang tersarung kasut kulit bertumit. Dia memijak perut buncit gotham. Itu kasut Irene bukannya kasut dia! Hahaha kalau kasut dia memang tidaklah!

Gotham itu mengerang sakit, lantas kaki Alice dipegang. Pedang pemberian ayahandanya yang tersisip pada pingang di tarik. Mata pedang di letakkan diatas dada gotham yang sudah tidak mampu bergerak akibat terhempas tadi.

Pedang menusuk ke dada gotham. Ia meraung sakit seketika sebelum senyap menyepi. Darah merah kehitaman membuak-buak keluar.

"Pemenangnya adalah Alice Waynestin! Tingg! Tingg! Tingg!"

Erina menjerit. Dia duduk bersila di atas puting beliung kecil dan terbang menghampiri Alice.

"Aku hampir nak mati tahu?"

"Perlawanan gusti yang menghiburkan hati! " ujarnya sambil tergelak.

Alice menghela nafas lega. Pedang yang terpacak di tarik. Kepala digeleng perlahan. Malas nak layan, Erina.

"Tolong !"

Pekikkan Joshua telah menyentakkan mereka berdua. Pantas Alice dan Erina menoleh. Lelaki itu sedang digerumuni gotham. Lehernya terlilit dengan rantai besi!

"Joshua!"

Pantas Alice dan Erina mendekati Joshua. Erina menolak semua gotham dengan tekanan angin. Manakala Alice melemparkan cakera cahaya. Rantai besi terputus. Joshua jatuh melutut. Badannya sudah berlumuran dengan darah.

Erina mendepakan tangan dan mengeggam seperti penumbuk. Serentak itu angin bertiup kuat. Ia berpusar sehingga menjadi sepasang tangan gegarsi dan melakukan serangan untuk menghalang gotham dari mendekati mereka.

"Kau cedera?" kata Alice dengan cemas.

"Ya ... aku lalai tadi ...."

Jawab Joshua tersekat-sekat. Tangannya yang menekup luka di perut sudah penuh dengan darah. Mukanya berkerut menahan sakit. Darah menitis-nitis jatuh ke tanah.

"Argh!"

"Bertahanlah."

Alice membantu agar Joshua boleh bangun. Tangan kanan Joshua diangkat dan diletakkan pada bahunya. Perlahan-lahan dia bergerak. Walaupun, dirinya sakit juga dia tidak peduli! Dia tidak boleh membiarkan sesiapa sahaja sakit di hadapan matanya.

"Kenapa gotham semakin banyak dekat sini?"

"Sebab Willard sempadan Darcland" balas Joshua dengan payah.

"Eh, kau sakit tak perlulah bercakap kalau tak mampu,"

"Dah kau tanya."

Gumam Joshua perlahan. Sedaya upaya dia menatap wajah, Alice. Oh, Indahnya bila dapat melihat dengan dekat! Alice dapat membaca fikiran Joshua lalu dia mencebik.

"Tengah sakit kau sempat lagi fikir macam tu!"

Bidas Alice seraya menepuk perut Joshua secara tidak sengaja. Joshua menjerit.

"Sakitlah!"

"Padan muka ...." Alice tersengih.

Bunyi jeritan gotham semakin kuat mengiasi ruang. Mereka berdua tersentak. Tangan angin berlegar-legar di udara dan melakukan serangan tanpa henti. Banyak gotham melayang terbang,ada yang terhentak pada pokok, ada yang terhempas pada bangunan dan pada batu-batuan.

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now