Tapi, perempuan itu hanya tergelak mengejek.

Diperhati Damia dengan mata yang tajam sambil tersenyum jahat. Gadis dihadapan dia itu dirasakan begitu naif. Bodoh.

"Eh, kau ni bodoh ke macam mana? Jangan mimpi lah aku nak tolong kau!" sinis saja balasan perempuan tersebut.

Damia kembali menunduk dengan esakan yang kembali memenuhi ruang bilik tersebut.

Sangkanya dia mempunyai harapan untuk keluar daripada bilik itu tetapi dia silap.

Perempuan itu tak mahu membantunya malah mencacinya.

Sedang dia hanyut dalam dunianya sendiri memikirkan apa yang bakal terjadi padanya selepas ini, Damia menjerit kecil apabila kepalanya terasa sakit dan pedih.

Mata bulatnya melihat botol air yang tergolek di atas lantai bilik. Botol yang dicampak perempuan tersebut pada kepalanya dengan sengajanya.

Damia menahan tangisan yang keluar, tak tahu apa silap yang dia lakukan bila diperlakukan sedemikian rupa. Hatinya luluh dengan perasaan bercampur-baur.

"Padan lah kena macam tu! Kau tak payah nak buat-buat sedih sangat! Takde siapa pun nak tolong kau! Nasib botol air, kalau pisau kan bagus, cepat sikit mampus!"

Kaki diatur ke arah Damia yang menyandarkan kepala pada dinding bilik itu lalu dia merendahkan badannya.

Wajah tersebik Damia dengan mata bulat yang terkebil-kebil digenangi airmata itu dipandang sinis.

"S-saya nak balik. S-saya tak tahu kenapa saya ada d-dekat sini.."

Tanpa sebarang amaran, rambut Damia dicengkamnya kuat hingga membuat gadis itu mengerang sakit dengan wajah berkerut.

Damia cuba menahan tangan gadis tersebut yang mencengkam rambutnya.

Tapi sayangnya bila gari yang terlekap kemas ditangan menghalangnya dari berbuat sedemikian. Perit dirasakan kulit kepalanya.

"Kau nak tahu kenapa? Sebab kau bodoh! Takpe, nanti kau tahu lah sebab dia bila Joe masuk nanti. Harap Joe bunuh kau terus! Betina sundal!"

Jelas menyinga riak wajah perempuan tersebut yang tanpa rasa simpati menyakiti Damia sekaligus mengeluarkan kata-kata kesat pada gadis tak bersalah itu.

Dengan itu, tangan yang mencengkam rambut Damia dikuatkan lagi cengkamannya lalu kepala Damia ditolak kuat dan terhantuk pada dinding bilik tersebut. Jeritan Damia dihiraukan, malah dia hanya tersenyum jahat.

"S-sakit.. T-tolong lepaskan.." pinta Damia dengan suara yang tak bermaya, kepalanya berdenyut sakit.

Perempuan itu melepaskan rambut Damia yang dicengkamnya seketika tadi.

Dia berdiri lalu kaki kanannya diangkat dan peha kanan Damia dipijaknya kuat dengan tumit kasut yang setinggi empat inci itu.

"ARGHH!"

Semakin Damia menjerit, perempuan itu makin menambahkan lagi tekanan tumit kasutnya pada peha kanan Damia sebelum dia mengangkat kembali kakinya. Dia tergelak kecil melihat Damia yang tersedu-sedan menangis.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now