"Apa definisi sempurna you, um? Tell me." Giliran Mia pula provok Zarief. Penat dah rasanya dia simpan soalan ni. Kali ni dia nak dengar pula jawapan Zarief.

Zarief terus bersandar di kerusi. Sekejapan dia hanya pandang Mia tanpa cakap apa-apa. Nampaknya berdepan dengan Mia versi ni lebih sukar dari apa yang dia jangkakan. Zarief tarik nafas berat.

"Hans makin membesar, Mia. He needs a man which he called father by his side."

Mia terus tarik senyum segaris sebelum sedut air minuman depan mata. Sakit rasa hati dia bila Zarief macam saja gunakan alasan kebahagiaan Hans.

"I tak pernah larang you jumpa Hans. I tak pernah larang Hans bermalam di rumah you. Jadi perlu ke wujudkan perkataan 'kita' sedangkan I tak pernah abaikan perasaan Hans selama ni?"

Serius Mia tak boleh terima kalau orang tuduh dia pentingkan diri. Hans keutamaan dia selama ni. Cuma dia tak boleh nak tunaikan permintaan yang satu tu je. Takkanlah hanya kerana satu permintaan anak tak ditunaikan, seorang ibu dicop pentingkan diri? Huh! Nonsense.

"Mia, susah sangat ke you nak tunaikan permintaan mama dan harapan Hans?"

"Permintaan mama dan harapan Hans atau kehendak you sebenarnya?" Tepat Mia pandang muka Zarief.

Bila tengok Mia macam tu, Zarief terus merengus kasar sambil palingkan muka ke tepi. She's purposely getting on my nerves, it seems.

"Hans nak family sempurna dan mama nak menantu kan?"

Mia terus ambil peluang untuk bersuara lagi bila tengok Zarief macam tu. Dia dah penat sangat sebenarnya. Penat diasak dengan soalan yang sama. Berdosa sangatkah dapat gelaran ibu tunggal ni?

Perlahan-lahan Zarief mengangguk walaupun dia tak pasti hala tuju soalan Mia. Mia pula senyum segaris sebelum keluarkan 'ayat-ayat peluru' seterusnya.

"So, apa kata you kahwin. You bagi mama menantu dan dalam masa yang sama Hans dapat keluarga sempurna."

"What?! Are you out of your mind?"

Zarief pandang muka selamba Mia dengan dahi berkerut. Sungguh dia tak faham kenapa Mia tiba-tiba nak dia cari calon isteri yang lain sedangkan calon yang mama nak tu ada di depan mata sekarang ni.

Mia jungkit bahu sebelum peluk tubuh dengan gaya tak bersalah.

"Why not? I rasa itu yang terbaik sekarang ni." Selamba Mia cakap.

Kali ni saja dia nak 'bakar' Zarief pula. Asyik dia je yang kena asak sejak tadi. Mana aci!

Zarief gelak-gelak gaya sinis. "You start talking nonsense, Mia. Let's cut it out for now."

Mia senyum segaris. Dalam kepala dah nampak scoreboard 1-0 dekat situ. Sekejapan masing-masing senyap sambil habiskan sisa makanan. Zarief dah hilang mood nak bercakap. Mia pula tunggu masa je nak berangkat.

Selesai Zarief buat bayaran, Mia cepat-cepat bangun. Tak sangka pula waktu dia nak jalan keluar tiba-tiba ternampak pandangan mata Encik Bos sekeluarga.

Haila...kalau dia buat-buat tak nampak nanti orang cop tak ada adab pula. Kesian mama kena tempias sama. Nak tak nak terpaksa Mia senyum sambil bagi isyarat mata dekat Zarief.

"Berdua je ke?" soal Datin Zarith lepas bersalaman dengan Mia.

Mia angguk dan salam dengan Alia. Tapi mata tu sempat dia larikan ke arah Zarief yang tengah bersalaman dengan Zill dan Hezrique.

"Ya, aunty. Hans di sekolah lagi."

Mia senyum walau sebenarnya dia rasa tak selesa dengan aura yang tegang tiba-tiba. Tak tahu kenapa bila Zarief bertemu dengan Hezrique dia akan rasa macam sesak gaya macam berada dalam tempat yang sempit. Padahal jejaka berdua tu tak ada kena mengena dengan dia pun.

Sincerely, M.ETahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon