🍁 - [44]

Mulai dari awal
                                    

"HAHAHHAHHAHAHAH!" terbahak-bahak Damia ketawa hingga berair matanya.

Sebelah tangan menekup mulutnya yang sedang mentertawakan Carl Hans Mikael manakala sebelah tangan lagi menekan-nekan perutnya.

Wajah kacak lelaki itu kini benar-benar lucu dilihatnya.

Nur Husna yang hairan melihat adiknya ketawa terus menghampiri Damia dan yang membuatnya terkejut sebaik terpandangkan wajah Carl Hans Mikael yang putih melepak itu.

"K-kenapa dengan Hans?" soal Nur Husna dengan ketawa yang tertahan-tahan.

Carl Hans Mikael yang mulanya tercengang melihat Damia ketawa terus mengetap giginya kuat.

Sedar yang dia ditertawakan gadis itu lalu Damia yang masih lagi ketawa terbahak-bahak itu dipandang tajam sebelum berlalu pergi.

Mereka berdua berpandangan seketika setelah Carl Hans Mikael berlalu pergi sebelum kedua-duanya ketawa serentak.

"Muka dia lawak lah. Hahaha!"

Damia pula sudah tersandar di dinding dapur begitu juga Nur Husna yang terbongkok-bongkok badannya saat ketawa yang jeluar tak dapat ditahan.


*

*

*

Carl Que Alexander berdiri tegak dengan kedua belah tangan yang dimasukkan ke dalam poket seluarnya memikirkan keselamatan isterinya itu.

Dia tak pasti apa pula rancangan Chris dan Joe selepas ini.

Nur Husna melangkah perlahan ke arah suaminya yang berdiri dibirai kolam renang itu sambil mendongak kepala merenung langit yang gelap dan suram itu. Lalu, bahu suaminya disentuh lembut.

"Abang-"

Carl Que Alexander yang tersentak sebaik sesuatu menyentuh bahunya terus dia mencengkam tangan tersebut tanpa melihat siapa gerangannya lalu dipulas sedikit kuat sebelum dia mengangkat tubuh kecil itu dan dicampak ke dalam kolam renang tersebut.

"Abang!"

Nur Husna menjerit tak puas hati setelah tubuhnya selamat berada di dalam kolam renang itu. Seluruh pakaiannya basah lencun. Nur Husna mengesat wajahnya kasar.

Wajah terpana suaminya dipandang geram dengan mata yang berair, sakit hati bila tiba-tiba saja dicampak ke dalam kolam renang tersebut.

"Abang kenapa?! Habis basah! Malas lah layan abang!" ujarnya dengan suara ingin menangis.

Carl Que Akexander terkebil-kebil seketika. Fikirnya siapa yang menyentuh bahunya sebentar tadi.

Kepala yang tak gatal digaru perlahan dengan wajah serba-salah.

"Mana lah aku tahu tu kau, aku ingat siapa tadi. Sorry lah.."

Tangan dihulurkan pada Nur Husna yang tersebik ingin menangis itu.

Dia tak sengaja, lagi pula kepalanya kusut memikirkan tentang musuhnya dan tiba-tiba saja bahunya disentuh. Mahu tak terkejut.

Mr Killer's Girl  |✔|Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang