Adam mengintai bahagian ruang tamu rumah mencari ayahnya. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Biasanya waktu ini ayahnya dah tidur kerana penat bekerja.
'Oke..line clear.Papa mesti dah masuk bilik.Boleh laa aku berzumba malam ni.' Dia dah berjanji dengan Haris, kawannya untuk lepak di club seperti biasa.
Adam mencapai kunci kereta sebelum keluar menyarungkan seliparnya. Dia tidak menyedari tindak tanduknya diperhatikan oleh ayahnya di meja bangku dilindungi oleh pasu bunga milik mama.
"Adam nak pergi mana tu? mari sini sekejap papa nak cakap sikit."Mata Dato Razman masih melekat pada surat khabar memanggil anak bujangnya.
'Adui.. takkan jembalang papa muncul malam2 ni. ' Adam menepuk dahi dan menoleh ke arah suara itu datang.
"Papa cakap mari sini kejap. Muhammad Adam Kamil dengar tak." tegas suara Dato Razman.Siap sebut nama panjang lagi.
'Memang sah papa.. apa nak jawab nanti ni..'Adam melangkah ke buaian besi berhadapan dengan ayahnya.
"Ermm.. papa tak tidur lagi ke? lewat dah ni.. ke papa tak kerja esok?"Adam saja mencari ayat untuk mengelakkan diri di ceramah lagi oleh papanya.
"Sejak bila kamu ambil berat pasal papa? Selalunya masa papa balik takde laa pulak kamu kat rumah.. asyik menghilangkan diri je. "Dato Razman menyindir anak sulungnya itu.
Bagaikan dibidas terkedu Adam dibuatnya.
"Ni kamu nak menghilang mana lagi? Tak habis2 lagi nak lepak kat club sana.. kamu tak rasa nak galas tanggungjawab ganti papa kat syarikat ke? Papa rasa dah masa papa nak dok kat rumah, dan ganti orang lain kat tempat papa. " Panjang bebelan Dato Razman kepada anak sulungnya.
"Bukan papa tak tau, along mana minat dalam bisnes..cukup laa along dah masuk kolej atas arahan papa.. lagipun angah dah ambil kos perniagaan kat jepun.. nanti bila dia dah graduate, papa suruh laa dia kerja kat syarikat papa. " Adam membela diri. Bukan sekali dua perkara itu dibentangkan oleh papanya. Berkali2 sampai dia pon asyik ulang perkataan sama je. Siap boleh hafal lagi.
"Itu papa tau..tapi kamu masuk sana bukan mengaji pon kan.. along bercinta sakan.. ingat papa tak tahu.. ni dah masuk tiga kali along repeat paper.. apa nak jadi dengan kamu ni.. tak rasa nak jadi macam angah mengaji sampai oversea.. tunjuk contoh yang baik untuk Alia nak SPM tahun ni.. "bidas Dato Razman.
"Papa ni tak habis2 nak bandingkan along dengan angah..Lagipun papa lupa ke dulu, papa yang paksa along ambik accounting kan?.. along dah agak mesti papa sayangkan angah dari along kan..papa tak pernah sokong apa yg along buat dulu..dah laa along pergi dulu.. " Adam melangkah pergi ke keretanya.
Dato Razman menggeleng melihat perangai anak sulungnya yang keras kepala tidak mahu menerima teguran ke arah suatu yang positif.
'Ke aku yang salah mendidik anak2? ' soalan itu tergantung di mindanya melihat kereta dinaiki Adam berdesup keluar dari rumah.
***
Adam memberhentikan keretanya di warung jalan berhampiran. Moodnya untuk ke club dah lari. Masakan panas menjadi sasarannya hujan2 sebegini malam.Matanya melilau melihat kerenah pelanggan sambil menunggu pesanannya. Niatnya ingin mencuba masakan di warung yg tidak sebegitu besar ini, yg menjadi viral dalam IGnya.
'Masih ada warung yg buka malam buta macamni. Pelik. Tapi takde salahnya diorang nak cari rezeki jugak kan.Sambutan pon amat menggalakkan walaupun malam ni macam takde orang je.Mungkin sebab hujan kot.'
Pesanan kuew teow celup spesial bersama teh ais dah terhidang di depannya. Sambil menikmati dia teringat kata papanya tadi.
'Papa memang lebihkan angah.. ke aku sorang yg rasa macamtu? Sejak dulu lagi kawan2 aku ada cakap muka aku tak macam adik beradik aku yang lain.'Chinese look like'.Bila aku cakap pasal ni kat papa.. dia cakap aku ikut muka moyang aku..entah aku pon malas nak ambik tau..Beza umur aku dengan angah tak jauh cuma tiga tahun saja...'
Jangan lupa vote. 😉😉
YOU ARE READING
Hide the Love
RomanceKerana kurang kasih ibubapanya, jiwa remaja Adam mulai memberontak.Perkenalan dengan Najiha sebagai teman wanita sedikit dapat mengawal jiwa kacaunya itu. Namun Najiha pergi dalam satu kes langgar lari.Adam nekad mencari siapa dalang di sebalik pemb...
