Part23-Together🍦

171 7 5
                                    

Hadiff P.OV
Aku bangun membuka mata yang terasa agak berat. Ya Allah, letih majlis reception semalam tak habis lagi. Kalau nak tahu ni first day aku tidur dengan Arisha sebab dia ngajuk semalam apa punca dia malas aku nak bagitahu. Memang pecah rekod ah aku kot pengantin lelaki pertama kat dunia ni yang kena tidur dengan abang ipar dekat ruang tamu masa malam pertama.

Abang Arash kena halau dengan Kak Yasmin sebab dia alah dengan bau badan Abang Arash. So, terpakslah kami tidur dekat ruang tamu atas. Nak gelak pun ada bila teringat balik. Aku tengok jam di tepi katil Arisha. Tepat jam 3 pagi. Tanganku yang melingkari pinggang ramping Arisha aku alihkan perlahan lahan. Tiba tiba, Arisha berpaling ke arahku.

"Eh dah bangun ke"tanyaku dengan suara ngantuk lagi."Yelah takkan saya tidur bukak mata pulak"kata Arisha still dengan mood merajuk dia macam malam semalam. Aku tarik hidung dia, macam biasa, habit."Sakitlah"kata dia dengan suara serak serak basah. Rambut dia yang panjang paras bahu aku selak perlahan. Aku saja mendekatkan jarak muka aku dengan dia. Arisha mengelak."By the way kan, saya ada satu soalan yang saya nak sangat tanya kat awak"kataku buat Arisha memandang aku semula."Apa dia"kata Arisha.

"Mata awak memang original warna tu or awak pakai contact lense sebab rabun?"aku soal dia. Arisha dah senyum macam kerang busuk."Original lah, saya tak pakai benda benda tu semua. Why?Cantik kan?Ramai cakap mata saya cantik"kata Arisha nak berlagak lah tu. Tapi memang cantik pun."Haah, untung kan suami awak?Kalau awak nak tahu mata awaklah yang attracts saya since first time kita meet"kataku jujur. Dia tersenyum.

"Tapi perangai tak ada perasaan awak yang paling win lah"tambahku lagi."Haha dah lah. Jom qiam"ajak Arisha. Aku hanya membiarkan dia ambil wudhu dahulu. Pagi itu, first day bangun qiam sama sama, solat sama sama, ngaji sama sama."Cuba awak buka page last tafsir tu"arahku pada Arisha. Dia nampak bingung."Tak ada pape pun"jawab dia polos."Tu"kataku lagi.Arisha baru perasan apa yang aku maksudkan."Two flight tickets?"kata dia perlahan."Ya, ingat kan saya dah janji nak bawak awak pergi umrah lepas kita kahwin, so next week kita pergi"kataku buat mata Arisha bersinar-sinar kegembiraan.

"Ya Allah, ingatkan awak dah lupa pasal tu, thanks a lot Hadiff"kata dia sambil memeluk erat tafsir yang aku bagi. Aku pun turut tersenyum tengok dia happy. Allahu, tak dapat aku ungkap perasaan ni,bahagia.

Arash P.O.V
Hari ni first day Hadiff makan sama sama dengan ayah ibu. Aku perhati je dua dua manusia pelik depan aku. Yang si Arisha dok asingkan tauge dekat tepi pinggan dia, Hadiff tukang makankan."Arash apa benda dok pandang adik dengan Hadiff sampai macam tu"tegur ibu. Aku hanya ketawa kecil."Takde apa bu, cuma pelik kenapa lah dua orang manusia pelik ni boleh kahwin. Nanti anak diaorang mesti lagi pelik"kataku dan isteriku Yasmin cubit lenganku.

"Janganlah dok doakan benda macam tu. Kan saya tengah pregnant"kata Yasmin buat aku ketawa macam tk rasa bersalah."Tah kau bang, dah lah kak Yasmin tak suka dekat dengan kau sekarang ni"usik Hadiff. Ayah dengan ibu ketawa."Biarlah, nanti baby yang keluar mesti rupa papa dia"kata aku nak berlagak haha. Aktiviti hari ni, bukak hadiah kahwin Arisha dengan Hadiff and kiteorang buat some activity untuk family bonding. Si Hadiff boleh tahan tak senonoh juga perangai dia. Kenalah tu, lelaki dalam rumah ni semua sekepala. Aku dapat jugak merasa ada adik lelaki.

Arisha P.O.V
Pukul 6 petang Hadiff tiba tiba ajak keluar. Dahlah aku still penat. Majlis semalam betul betul menguji fizikal dan mental aku."Diam je."kata Hadiff sambil memandu."Still letih lah"jawabku pendek."Rest lah dulu, kejap lagi dah sampai saya kejut"kata dia. Aku buat muka lemah. Mana lah dia nak bawak aku ni.

"Arisha, sayang, bangun lah"aku dengar Hadiff berbisik."Hah jap"jawabku dan melangkah keluar dari Range Rover Hadiff. Lah nak bawak aku pergi office dia ke. Ingatkan nak pergi mana. Kami berdua menaiki lif dan terus ke tingkat paling atas, rooftop. Wah view nice gila. Hadiff dah ready dengan skateboard dia. Aku hanya melihat aksi pelik dia. Terhibur juga aku dengan mamat ni. 30 minit je Hadiff skateboarding tapi peluh dia mak aih. Aku menghulurkan air ke arah dia as soon as dia mengambil tempat di sebelahku. Aduh handsome jugak husband aku ni HAHA.

"Hah tengok lah puas puas, saya tahu lah saya handsome "kata Hadiff merosakkan mood aku. Datang balik dah perangai lama dia."Apa tujuan awak bawak saya datang sini?"tanyaku tiba tiba."To make you wishes come true"jawab Hadiff buat aku bingung."Maksud awak?"tanyaku."Awak tulis dalam diary cakap nak tengok your future husband enjoy something yang dia suka, nak tengok sunset sama sama, nak pergi umrah sama sama so saya ajak awak datang sini sebab nak buat awak rasa semua tu"kata Hadiff lagi."Macam mana awak tahu?"soalku.

"Awak ingat tak hari yang ayah accident tu?Saya tidur satu hari kat rumah awak, ibu suruh saya tidur dalam bilik awak. And your diary catch my attention"jelas Hadiff."Suka hati je ceroboh bilik orang"kataku."Mana ada ceroboh, ibu bagi masuk okay!"kata Hadiff pertahankan diri dia."So hari ni, saya dah tunaikan hajat yang pertama and ketiga"kata Hadiff lepas tu dia senyum buat aku rasa nak cubit je pipi dia."But I have something special for you"kata dia lagi."Apa dia?"tanyaku.Hadiff menghulurkan satu box berwarna gold ke arahku. Wonder juga apa yang ada dalam tu. Aku buka box tu dengan perlahan dan seriously terkejut dengan apa yang ada.

"Seriously Hadiff?"tanyaku dengan muka amaze."Suka tak?Saya custom special from vans for both of us. Semua from design yang awak lukis dalam sketchbook yang awak bagi saya tu"kata Hadiff lagi buat aku tersentuh."Thanks a lot, awak memang care kan pasal saya?Tak pernah missed a thing apa yang saya nak or apa saya buat"kataku perlahan."Of course lah. Saya kalau minat something or someone tu, saya akan try my best untuk dapatkan dia"kata Hadiff lagi dengan muka bersungguh sungguh dia. Aku dah ketawa kecil. Comel lah dia ni.

"Hmm thank you, thanks sebab awak sabar layan karenah saya, awak sabar tunggu saya, kalau bukan berkat kesabaran awak, mungkin kita still tak bergelar husband and wife kot"kataku dan Hadiff meletakkan jari telunjuk dia di atas bibirku buat aku terdiam."Stop it okay. Benda dah lepas"kata Hadiff dan intertwined tangan aku dan dia. Aku hanya mengangguk dan membalas genggaman Hadiff.

"You know what, saya nak awak tahu saya tak pernah ada niat nak marah awak masa saya terlepas project besar yang Mr.Simpson bagi tu, saya lagi risau kalau terlepas Arisha Sofia dalam hidup saya"kata Hadiff perlahan. Aku dah cair kali keberapa tak tahu lah.

"You know what, kenal dengan awak memang bukan kemahuan saya, jatuh cinta dengan awak bukan sebab saya terpaksa, benci awak tak pernah ada dalam kamus hidup saya, jadi isteri awak satu pilihan terbaik dalam hidup saya, boleh tak kita teruskan hidup macam ni sampai bila bila?"tanyaku sambil memandang tepat ke dalam mata hitam Hadiff."Siapa cakap tak boleh?Kita hidup bahagia macam ni sampai syurga lah"kata Hadiff dan menarik hidungku sehingga merah buat aku menepuk bahu dia lembut.

Aku menyandarkan kepalaku  di atas bahu Hadiff sambil Hadiff memperkemas genggaman tangan kami. Masing masing diam sambil enjoy the sunset together. Jujur, tiada kata dapat mengungkap rasa sayang Arisha kepada Hadiff begitu juga rasa sayang Hadiff kepada Arisha.

Tapi cinta bersifat sementara jika kita cintakan seseorang kerana kecantikan atau harta seperti kita menulis nama di atas pasir, tulisan itu akan pudar apabila disapu ombak, tapi bila kita cinta seseorang kerana Allah dikatakan seperti mengatur batu di atas pasir untuk menulis nama kita. Batu-batu itu tidak akan bergerak walau sebesar mana ombak yang datang. Susah nak digambarkan tapi kisah cinta antara Hadiff dan Arisha is kinda crazy yet true.

crazy yet trueWhere stories live. Discover now