Part5-Weird🍦

118 5 2
                                    

Hadiff P.O.V
Hari ni hujan tak berhenti henti. Suasana kat office pun suram je. Aku nak keluar pun takde mood. Tiba tiba satu message masuk from Harris.

Harris
Wanna meet i have something important to tell you.
Hadiff
What do you want
Harris
Woooo relax bro. Lets meet at Brew Cafe
Hadiff
👌🏻

Aku keluar dari kamarku dengan perasaan malas. Tiba tiba Arisha keluar dari bilik dia. Dia melarikan pandangan dengan laju. Segan lah tu pasal semalam. Jujur, aku dah mula suka dengan perangai dia yang susah nak didekati lelaki."Apa pandang saya macam tu?"kata dia buat aku tersedar."Eh siapa pandang kau?"kataku agak dingin.Arisha buat muka malas nak layan and berjalan tinggalkan aku untuk ke meja Azref.
Aku hanya tersenyum sendiri dan mulakan langkah untuk berjumpa Harris.
Dalam 30 minit aku sampai di tempat yang dijanjikan.

Harris dah pun sampai."Kau nak apa. Tolong cakap benda yang penting sebab aku busy"kataku laju."Relax lah. Benda yang aku nak bagitahu kau memang interesting"kata dia sambil ketawa jahat. Sakit mata aku tengok."Cepatlah jangan buang masa aku"tegasku lagi."Okay you know what, kita akan bersaing untuk big project nanti. Aku nak kau tak payah nak bongkak sangat dengan aku Hadiff. Semua rahsia syarikat kau dalam kocek aku je."kata Harris tiba tiba.Aku dah mula nak ketawa. Budak ni mental ke apa.

"Ape benda kau cakap ni Harris. Kalau setakat nak gertak aku dengan benda karut baik tak payah lah"kataku. Harris ketawa lagi. Bingit telinga aku lah."Kalau kau setakat macam ni aku gerak dulu. Buang masa aku je"kataku dan mula ingin melangkah keluar."Kau jangan menyesal kalau aku yang dapat project ni sebab ada pengkhianat dekat office kau"kata Harris lagi sambil menatap tepat ke arah anak mataku. Aku hanya memandang dia dengan pandangan tajam lalu berlalu pergi. Mood kelaut.

Azref P.O.V
Aku, Arisha and Zulfa lunch tempat biasa. Dekat tempat private Hadiff."Boss pegi mana?"tanya Zulfa."Kau tanya aku?"kataku sambil mengunyah burger."Yelah takkan tanya Arisha pulak"kata Zulfa sakit hati."Tak tahu lah dia. Lately ni macam busy sangat."kataku."Boss layan awak okay ke Arisha?"tanya Zulfa lagi."Oh, nice question. Dia layan saya?Haih macam cakap dengan batu. Ada je ayat yang menyakitkan hati kalau nak suruh saya buat something"jawab Arisha polos. Aku dah ketawa."Haha macam tak biasa boss tu kan"sampukku."Tapi kan Zulfa, kalau kau duduk dengan aku kan, cara boss layan Arisha beza tau dengan cara boss layan perempuan sihir tu dulu"kataku laju.

"Maksud kau?"tanya Zulfa."Yelah, boss suka kacau Arisha. Tak boleh satu hari dia miss nak gaduh. Dekat mata aku macam comel. Boss macam suka kat Arisha"kataku dan buat Arisha membeliakkan mata dia."Apa awak mengarut ni Azref"kata dia sambil ketawa."Tapi betullah, aku pernah dengar adik aku cakap, orang yang suka kacau kita ni means dia suka kita"tambah Zulfa buat Arisha lagi panas."Tapi bagus jugak kalau boss suka Arisha biarkan dia tinggalkan-"belum sempat Zulfa nak habis kan ayat dia kami terdengar bunyi orang jatuh."Boss!"spontan tiga tiga menjerit. Hadiff rupanya ada dekat sini dari tadi tengah main skate."Woi Hadiff kau okay tak?"tanyaku lantas tolong Hadiff bangun."Aku okay lah."jawab dia.

"Wah sejak bila tempat ni jadi fav port korang pulak"perli Hadiff sambil mengelap peluh di dahi."Eh dah lama dah. Arisha je member baru"jawabku seloroh."Kau tak makan ke Hadiff?"tanyaku lagi."Aku tak ada mood lah nak makan. Tu yang main skate kat sini"jawab dia seloroh pula."Emm saya masuk office dulu. Break time dah habis"tiba tiba Arisha mencelah. Semua hanya mengangguk.

Arisha P.O.V
Aku sedang sibuk buat design baru tiba tiba Azref masuk ke bilikku."Arishaaaa, boss panggil"kata Azref dengan muka penat dia. Normal lah dah pukul 2:30 memang waktu genting bagi officer. Waktu physical and mental tengah penat."Oh hah okay thank you"jawabku dan terus keluar dari bilikku menuju ke bilik Hadiff. Aku mengetuk pintu dan Hadiff arahkan aku masuk."Ye ada apa?"tanyaku polos."Kau kan yang bagi aku tu?"tanya Hadiff tiba tiba sambil mengisyaratkan mata dia ke arah bekal makanan di atas meja dia. Aku diam."Woi pekak ke apa"tanya dia lagi buat aku sakit hati."Haah saya bagi. Kenapa?Tak sedap ke?"tanyaku menebalkan muka.

"Hah dah agak. Aku tahu sekeras keras hati kau nak terima lelaki, tak ada siapa yang tak jatuh cinta dengan Izz Irfan Hadiff"kata dia dengan muka berlagak. Nenek dia lah nak bercinta pulak kat sini. Sorry lah aku nak jatuh cinta dengan mamat mulut takde insurance macam dia ni."Hah kutuk aku lah tu dalam hati"kata Hadiff buat aku tersedar."Duduk"arah dia. Aduh malasnyaaaa nak layan dia ni. Tapi aku duduk jugak. Hadiff menghulurkan bekas makanan and garfu ke arah ku. Aku buat muka pelik.

"Jom makan"kata dia tiba tiba. Lagi lah aku rasa pelik."Jom lah makan sama sama. Aku takut tak sedap so nak ajak kau sekali rasa masakan kau ni"kata dia buat aku rasa geram. Kalau boleh sepak muka dia dah lama aku buat."Baca doa"aku arahkan dia. Dia mengangkat kening dan mula baca doa. Lepastu dua dua makan spaghetti yang aku memang bawa as bekal. Aku makan sambil menghadap muka dia sumpah rasa nak lempang je. "Wah not bad. Boleh buat isteri macam ni"kata dia sedikit sebanyak buat aku kembang lol. Baru je nak lawan cakap dia tiba tiba Azref menerjah masuk.

"Opsssss sorry ganggu lovebird tengah syok bercinta"kata Azref laju."Sajak lah kau habis Azalea aku nak campak mana"jawab Hadiff laju buat aku rasa sedikit jealous aih ape ni Arisha."Haha, yelah yelah. Nah ada benda yang boss perlu sign as soon as possible."kata Azref lalu menyerahkan file ke arah Hadiff. Aku hanya diam."K kau boleh keluar"kata Hadiff dan aku mahu memulakan langkah."Eh Arisha bukan kau, aku suruh Azref"kata Hadiff lagi buat Azref ketawa. Haih, apa lagi kau nak. Sebaik sahaja Azref keluar, Hadiff menghabiskan sisa sisa spaghetti yang ada."K done"kata dia sambil memandang aku tepat. Aku hanya buat muka seposen.

"Thanks ah bagi aku spaghetti, Tupperware ni biar aku bawak balik esok aku bagi"kata dia lagi."Eh takpelah kan awak dah habis makan. Meh lah saya bawak balik je"kataku laju."Kau cubalah dengar cakap aku sekali Arisha"kata Hadiff buat aku terdiam. Tapi lepastu dia senyum macam ada orang tumpahkan gula kat muka dia. Aduh, nasib lah kau dah ada girlfriend kalau tak memang cair habis aku. Prinsip aku, hak orang jangan diganggu.

crazy yet trueحيث تعيش القصص. اكتشف الآن