Part21-💗🍦

90 5 2
                                    

Arisha P.O.V
Eceh semenjak dua menjak ni mood aku baik je lol lol. Hari ini aku pergi kursus kahwin. Pergi dengan Hadiff tapi kereta asing asing. Bukan apa, nak elak fitnah ibu cakap aku tengah darah manis. Masa dengar Ustaz bagi ceramah aku asyik menguap je mana taknya si Hadiff dok WhatsApp aku sampai kul 3 pagi semata mata gaduh pasal hantaran HAHA. Aduh tahan ngantuk je ni. Hadiff dekat kerusi belah lelaki dok ejek ejek aku. Kalaulah boleh menyeberang ke sana memang habis aku kerjakan si Hadiff ni.

Selesai sesi untuk hari ni. Means dah habis lah kursus kahwin aku. Hal hal pergi check darah semua dah settle minggu lepas. Ada juga orang tanya aku kenapa aku tunang and nikah on the same day. Aku sendiri tak tahu. Tak tahu asal Hadiff buat dua majlis dalam satu hari."Menung apa hah"sapa Hadiff masa aku leka minum air hot chocolate kegemaranku. Dia ajak aku jumpa ada benda nak dibincangkan katanya. Padahal boleh je cakap pagi tadi kot. Dia memang sengaja au. Aku buat muka menyampah dekat dia.

"Menungkan Prince Charming saya lah"jawabku polos. Hadiff dah senyum senyum macam kerang busuk."Well saya tahu awak memang tak boleh nak lupakan saya even sesaat pun kan?"kata Hadiff sambil selamba badak ambil air aku lepastu dia teguk dengan laju."Eee tolong lah buang sifat suka puji diri sendiri lepas kahwin nanti. Weh air orang lah. Kalau haus pergilah beli sendiri"kataku. Hadiff buat muka tak bersalah."Ada apa ajak jumpa ni"tanyaku pada dia."Saja, jumpa bakal isteri"kata dia dengan muka seposen."

By the way, ramai tanya kenapa kita tunang and nikah sekali Jumaat depan"kataku saja nak tahu niat sebenar Hadiff. Dia senyum nipis. Alahai, jangan lah senyum centu HAHA."Why?Pelik sangat ke?Saya saja je taknak membazir masa, duit and tenaga. Lagipun tunang kan adat je. Nasib lah both of our parents jenis tak kisah sangat. Yang penting, awak dah setuju nak jadi isteri saya. Tunang tu sebagai tanda je. Saya tahu awak takkan tinggalkan majlis kita macam tu je kan?Lagipun kita kena yakin, Allah memang dah aturkan semua kenapa kita nak takut"kata Hadiff buat aku mengangguk setuju.

Aku perasan au semenjak hari aku jumpa Hadiff masa kenduri kahwin Azref dia macam lain sikit. Baru sahaja aku nak sambung perbualan kami, tiba tiba aku teringat something.

"Hadiff, macam mana ni?"tanyaku tiba tiba. Hadiff nampak shock."Aduh habis lah saya macam ni"kataku lagi."Apa yang habis Arisha oi. Cuba awak bagitahu"kata Hadiff."Sepatutnya, saya kena gerak pergi umrah lagi dua hari ni. Tapi majlis kita minggu depan mana sempat saya nak balik sini"kataku kepada Hadiff."Lahai ingatkan apa lah tadi dia ni tahu"kata Hadiff nampak tenang.

"Why?"tanyaku."Jangan risau lah, kalau pasal tu saya dah  Ustaz Hafiz suruh dia postponed kan"jawab Hadiff dengan rilex."What?Mana awak tahu saya nak pergi umrah ni?And mana away tahu saya nak pergi dengan agency Ustaz Hafiz?"tanyaku meragui Hadiff. Dia berdehem."Okay macam ni okay. Ustaz Hafiz tu kawan saya, saya selalu join usrah dia. And kebetulan Arash ada bagitahu saya awak nak pergi umrah. Saya try lah tanya ustaz Hafiz kot kot awak ada jumpa dia ke, ha dah kebetulan awak nak pergi bawah agency dia. So saya suruh dia cancelkan nama awak"jawab Hadiff menerangkan situasi sebenar.

"Ish memandai je tahu awak ni. Macam confirm je saya terima pinangan awak kan dok batalkan semua bagai"kataku pada dia."Eh memang dah terbukti dah awak nak kahwin dengan saya. Plus kalau kalau awak nak pergi umrah, lepas kahwin kita pergi sama sama okay?At least ada lah orang nak jaga awak. Nak pergi every month pun boleh"kata Hadiff sambil mengenyitkan mata dia. Alahai perangai tak pernah berubah.

"Awak jangan ingat saya tak tahu tujuan awak booked nak pergi umrah terburu buru sebab apa"kata Hadiff sambil mengangkat kening dia.Aku dah buat muka malas nak layan."Sebab awak broken ingat saya dah kahwin kan?Arash cerita cakap adik dia frust seminggu tak lalu nak makan plus Ustaz Hafiz cakap awak datang jumpa dia petang yang saya datang rumah anak yatim dengan Aliyyah tu kan. Alahai Arisha, asal merajuk je nak pergi jauh jauh"kata Hadiff mengejek."Ish Arash ni memang tak reti nak simpan rahsia lah. Semua dia nak cerita dekat awak. Eh jangan nak perasan lah. Saya memang nak pergi okay bukan sebab awak"kataku menidakkan kata kata Hadiff.

"Yelah tu, masa saya pecat awak, awak larikan diri pergi Australia, bila ingat saya dah kahwin nak pergi umrah pulak. Hadoi susahlah kalau awak ngajuk nanti mana pulak saya nak cari awak "kata Hadiff buat aku tergelak kecil. Ada je dia ni."So, kalau taknak saya pergi jauh jauh jangan lah cari pasal"kataku seakan bagi warning. Hadiff tersenyum manis."Jangan risau, I won't"kata Hadiff buat aku rasa sedikit tersentuh.

Hadiff P.O.V
Aku bangun awal untuk qiamulail. Sempat juga buat solat solat sunat yang memang digalakkan. Selesai solat, aku baca surah Al-Kahf sebab hari ni Jumaat kan?Hehe habis membaca 110 ayat aku letak al-Quran di atas meja kerja di dalam bilik tidurku. Alhamdulillah, nasib semuanya berjalan dengan lancar even though Arisha asyik fikir benda negatif je dengan aku. Well, aku faham. Mesti dia trauma kan masa aku marah dia dulu. Marah bukan biasa biasa, sampai Azref yang lelaki pun kata dia terkejut. Tapi semua tu dah lepas. Siapa sangka Hadiff yang ego sekarang dah jadi gentleman sikit tapi dengan Arisha je lah HAHA.

Minah tu pun boleh tahan juga, dah nak kahwin pun still nak cari gaduh hari hari. Sampai kadang ibu ayah fikir dia taknak kahwin dengan aku. And jujur, aku suka tengok diri Arisha yang sekarang. Ayu je. Dulu masa kerja dekat syarikat aku jangan harap lah nak tengok dia pakai baju kurung. Tapi disebabkan sekarang dia uruskan Rumah Anak Yatim Permai yang ayah ibu tubuhkan, dia pakai lah baju kurung hari hari pergi kerja hehe. Amboi, bukan main seronok aku bermonolog puji Arisha.bKalau lah dia tahu ni, memang kembang semangkuk minah tu.

Pejam celik tinggal beberapa jam lagi aku akan disatukan dengan Arisha. Baju Melayu putihku sudah tersangkut kemas dalam almari. Ya Allah, sekejap je masa berlalu. Rasa rindu aku pada Arisha pun tak dapat nak ditanggung lagi. Last kitaorang jumpa time dekat Aeon tulah. Sebab ibu dengan mama cakap jangan jumpa. Aku pun ikut kan jelah. Buat apa nak risau, esok hadaplah muka minah tu puas puas. Jangan sampai tak terlayan perangai tak berapa nak betul dia tu sudah lah. Allahu, redha aku dapat isteri perangai tiga suku macam Arisha, tapi perangai takde perasaan dia tulah yang buat aku tertarik sangat dekat dia.

Kadang aku wonder Arisha ni manusia ke batu?Haha nanti kita try uji batu keras macam Arisha tu akan cair tak kalau jumpa manusia semanis Hadiff ni?Lol puji diri sendiri nampak!😂

crazy yet trueWhere stories live. Discover now