Part9-Little Things🍦

99 3 4
                                    

Arisha P.O.V
Alhamdulillah selesai jugak majlis Abang untuk belah lelaki semalam. Aku punya penat jangan ditanya lah. Tapi aku tak boleh lupa bila Hadiff bergurau dengan ibu ayah semalam cakap dia nak jadi kan aku isteri dia if ada jodoh. Rasa nak tampar je dia ingat bab kahwin ni boleh bawak main ke apa. Hari ini dah start masuk kerja balik and the most important thing is hari Jumaat ni kitaorang akan pergi KL untuk buat presentation terakhir untuk project besar Hadiff. Risau nya aku. Tapi aku rasa aku memang dah buat the best untuk dia. In sha Allah, if ada  rezeki syarikat ni boleh menang lagi this year. Sedang aku sibuk buat kerja tiba tiba Hadiff masuk bilik aku. Aduh ni yang lemah ni.

"Woi malam ni kau free tak"tanya dia sambil duduk di kerusi berhadapan denganku."Eh sejak bila boss rajin masuk bilik saya ni"aku tanya balik."Kau ni memang tak faham bahasa rasanya. Aku tanya lain kau tanya lain"kata dia seakan sakit hati."Hah ye ade ape En.Izz Irfan Hadiff?Encik nak ajak saya pergi mana malam ni?"saja aku nak senangkan hati dia."Hah macam ni lah bagus. Aku nak ajak kau pergi tengok skateboard event dekat MITC. Kau free tak?"tanya dia lagi.

"Malam ni?In sha Allah"jawabku polos sambil tangan masih sibuk menyiapkan kerja."Okay set. Lepas maghrib aku datang amik kau. Pastikan aku sampai kau dah siap okay"kata dia sebelum keluar dari bilikku. Hekeleh dahlah ajak orang dating lepastu nak paksa paksa pulak.

Hadiff P.O.V
Aku rasa dah sampai masanya kot aku mula buat first step untuk tawan hati Arisha. Jujur, aku boleh gila kalau sehari tak tengok muka dia. Tak apa, kita berkenalan dulu lagi rapat, kalau dah memang jodoh tak kemana kan. Papa and mama pun nak sangat aku kahwin dengan perempuan bertudung. Hah nanti aku bawak kan si Arisha ni balik rumah if dah sampai masanya lah.

Arisha P.O.V
Sampai rumah je dah pukul 6:30 sebab macam biasa jalan jammed. Letihnya badan. Masuk je pintu rumah aku nampak semua ada dekat ruang tamu termasuk ayah."Hah Arisha dah balik pun"sapa ibu. Aku terus menyalam tangan ayah, ibu, Abang Arash dan Kak Yasmin."Ada apa semua duduk dekat depan ni?Macam ada mesyuarat tergempar pulak"kataku lantas mengambil tempat duduk di sebelah ibu."Memang ada pun Sha oi"kata ayah.

"Kenapa?What's going on here"soalku."Abang kamu tu dapat tawaran kerja dekat Australia. Malam ni dah kene gerak dah"kata ibu buat aku terkejut. Mak aih biar betul. Alah kene pisah lagi dengan Abang."Wah bestnyaaaa, baguslah Kak Yasmin pun memang kerja dekat sana kan"kataku lantas memeluk kakak iparku."Tulah sayang, akak bersyukur jugak Abang Arash dapat tawaran kerja dekat sana. Tak payah lah nak berpisah dengan dia"kata kak Yasmin lembut.

"Alhamdulillah, Allah permudahkan semua"kata ayah pula."But wait what, Abang gerak malam ni ke?Ibu ayah hantar pergi airport ke macam mana?"tanyaku laju."Takdelah sayang, ayah ada event penting malam ni tak dapat nak hantar Abang"kata ibu pula."Ohhhh"kataku."Asal dik?Kau ada nak pergi dating ke malam ni?"tanya Abang. Sengaja tahu dia ni."Mana ada lah"pantas aku jawab."Yeye lahtu"kata Arash lagi."Dah dah jangan gaduh. Arisha pergi lah mandi, rehat. Kan baru balik kerja tu"arah ibu dan aku hanya menurut.

Selesai solat maghrib aku turun ke bawah untuk tolong kak  Yasmin siapkan barang dia. Baru je nak duduk atas sofa ayah dengan Abang yang baru balik from masjid masuk ke dalam rumah. Aku hanya ignore mereka dan tolong kak Yasmin apa yang patut. Sibuk nau mengemas barang Kak Yasmin sampai tak perasan semua orang perhatikan aku dari tadi.

"Asal semua pandang Sha macam tu?"tanyaku.Abang dah buat signal pandang kanan. Aku hanya menurut. Bila aku toleh, hakalah sejak bila Hadiff ada dalam rumah pulak ni. Aduhmak dengan aku pakai baju tidur. Nasib aku pakai tudung."Awak buat apa kat sini?"tanyaku spontan."Lupa ke saya kata kita ada kerja nak siapkan malam ni"kata Hadiff. But wait, SAYA?Hadiff bahasakan diri SAYA?Omg kena rakam ni lol. Okay fikir positif maybe sebab depan family kot.

"Oh hah lupa kita nak pergi MITC kan. Okay awak tunggu jap saya siap"kataku laju dan meminta diri untuk naik ke atas. Bila aku turun balik. Semua orang tersenyum senyum macam kerang busuk."Hah Hadiff tunggu apa lagi. Jom lah"aku saja ajak Hadiff keluar dari rumah cepat cepat.

"Eh sekejap lah Arisha oi, bakal adik ipar abang baru nak berbual bual dengan ayah"kata Arash buat mataku terbeliak. ADIK IPAR?Aku salah dengar ke apa?Hadiff dah senyum senyum macam apa. Seronok kau eh."Dah jangan nak mengada cepat lah Hadiff cepat pergi cepat balik"kataku dan terus bersalaman dengan ayah ibu, Arash and Kak Yasmin.

Aku sempat buat drama ah sebab lepas ni susah dah nak jumpa Abang."Sorry ye Hadiff, bakal isteri kau memang macam ni. Manja terlebih lebih dengan abang dia yang handsome ni"kata Arash lantas aku menepuk tangan dia dengan kuat. Semua ketawa."Dah dah pergi lah gerak sekarang Arisha, balik awal ye"kata ayah dan aku mengangguk. Hadiff turut menyalam ayah dengan Arash sebelum kiteorang memulakan perjalanan ke MITC.

Hadiff P.OV
Lol minah kepala batu sebelah aku ni senyap je dari dalam kereta tadi. Tak bukak mulut langsung."Awak kene sampuk ke apa"tanyaku sambil menyisip Ice Americano yang kami beli di Starbucks tadi. Arisha jeling. Tapi still diam."Alah Arisha keluar lah kan suara tu. Bosan lah kita diam macam ni je"kataku lagi."Jap jap. Awak?Sejak bila ber awak-saya dengan saya ni?"tanya Arisha sambil memandang tepat ke arah mataku."Asal?Salah ke?Nak tackle perempuan kenalah guna bahasa yang sopan"kataku sengaja nak test tahap kesabaran Arisha.

"Hadiff, stop okay. Janganlah mainkan perasaan saya macam ni. Awak tu boss saya je tak lebih dari tu."kata Arisha seakan menggugat ego aku sebagai lelaki."Asal susah sangat awak nak terima saya?Saya ni tak handsome ke?Tak cukup kaya untuk awak?"tanyaku. Riak muka Arisha berubah."Awak ingat saya tengok semua tu ke untuk cari bakal suami saya?Orang yang bakal jadi imam saya?"tempik Arisha pula.

"Okay sorry. But please give me your reason why awak susah sangat nak terima saya"kataku."Satu je. Awak tu milik orang. K dah stop cakap pasal ni please"kata Arisha lalu memalingkan muka ke arah pemain skateboard yang sedang ligat mempamirkan skill dia main skate."Saya dah putus dengan Azalea"kataku perlahan buat Arisha memandang ke arahku semula."But why Hadiff?Dia tu baik,talented and dia banyak tolong awak selama ni kan?"tanya dia bertalu talu."Baik?Mungkinlah.But maybe dia bukan yang terbaik untuk jadi jodoh saya"jawabku laju buat Arisha terpinga pinga.

"And kalau awak terima saya sekarang, minggu ni juga saya boleh hantar rombongan meminang"tambahku lagi buat Arisha memandangku dengan muka pelik."Tak payah nak buat muka pelik sangat. Now saya memang dah tak terikat dengan mana mana perempuan so please stop layan saya macam saya ni stranger okay?"kataku dan Arisha kekal diam. Haih susah betul nak agak apa yang bermain dalam minda si Arisha ni.

crazy yet trueWhere stories live. Discover now