Part22-Finally💍🍦

127 5 2
                                    

Arisha P.O.V
Ramai orang dah mula memenuhi ruang tamu rumah seawal jam 9 pagi. Aku pun dah siap didandan. Pagi ni tunang dulu. Bak kata ibu bagi lah aku merasa jadi tunangan orang even tak sampai beberapa jam lagi dah jadi isteri orang pula. Busana pink lembut yang ibu tempah khas untuk aku sungguh memukau mata. Aku yang pakai pun rasa macam artis je lol.

"Sha betul ke ni kau dik?"tanya Arash sambil melihat muka aku. Make up yang Kak Fifi pakai kan takde lah tebal mana. Natural je aku tengok."Betul lah ni aku. Dah pahal lah kau tanya soalan mengarut pagi pagi buta ni"kataku kepada Arash. Dia memang tak boleh tengok aku senang mesti ada je yang dia nak bahan."Takdelah, cantik sangat ni"kata dia buat aku tergelak kecil."Well"kataku seakan nak membangga diri dengan si Arash ni."Eleh menyesal lah aku puji. Perangai kau sama je dengan Hadiff suka masuk bakul angkat sendiri"kata Arash dan kak Yasmin menepuk bahu dia arahkan dia untuk diam.

Aku dah boleh nampak baby bump Kak Yasmin,comel sangat. Baru sahaja Arash nak sambung kacau aku, Mak Long bagitahu keluarga Hadiff dah sampai. Felamaks berdebar nya. Ibu masuk ke bilik untuk mengiringiku ke arah pelamin kecil yang tersergam indah di kawasan tepi ruang tamu rumah. Dah confirm lah aku jadi perhatian ramai. Aku hanya menundukkan pandangan. Ibu kekal menenangkan aku. Selepas itu, mula lah sesi berpantun bagai. Aku tak dengar satu apa pun. Ada jugak aku cuba cari kelibat Hadiff tapi macam takde je. Aduh Hadiff.

Selepas itu, sesi menyarung cincin pula bermula. Mama nampak cantik sangat hari ni. Sebentuk cincin belah rotan disarungkan ke jari manisku. Tampak simple. Alah cincin tunang je pun. Aku memeluk mama dan ibu selepas itu Kak Aliyyah datang menyapa aku. Aku menyalam tangan dia dengan sopan. Sekejap je dah selesai majlis tunang ni. Apa lagi, yang lain dah mula nak ajak aku tangkap gambar. But family comes first. Kami tangkap gambar family dulu. Tapi masalahnya, batang hidung si Hadiff tak nampak nampak dari tadi.

"Arisha cari siapa?Hadiff ke?"tanya Kak Yasmin yang duduk di sebelahku selepas sesi bergambar tamat. Semua tetamu sedang menjamu selera di khemah. Aku mengangguk."Dia tak inform ke dia tak dapat datang?"tanya Kak Aliyyah pula."Takde pun. Arisha tunggu juga call ke WhatsApp ke from dia tapi takde apa apa noti pun"kataku seakan resah. Kak Yasmin dan Kak Aliyyah hanya tersenyum melihat karenah aku.

Aku bukan apa, risau Hadiff tak sihat ke, ada apa apa jadi dekat dia ke. Allahu, risaulah."Dah jangan risau sangat. Lagipun orang lelaki kan tak digalakkan datang waktu tunang. Sabarlah lepas zohor karang jumpa. Tengok Hadiff puas puas"kata Arash tiba tiba menyampuk. Aku geram je tengok dia tahu. Aku cuba menepis perasaan negatif yang menghantui minda aku.

Hadiff P.O.V
Semua kaum Adam dari pihak keluarga aku dan Arisha dah selesai solat Jumaat dekat Masjid Selat. Tunggu Arisha sampai je. Aduh berdebar ni. Eventhough aku nampak macam tenang tapi dalam hati ni hanya Allah yang tahu. Suasana dalam masjid agak tenang setelah para jemaah mula balik. Selepas 20 minit, pihak perempuan pun sampai. Semua berpusu-pusu masuk ke dalam masjid. Dengan bawa dulang hantarannya. Aku sempat curi pandang Arisha.

Dia nampak tenang. Haah lupa minah tu kan memang takde perasaan. Lepas itu, tok kadi mula memanggil aku dan papa untuk buat kepastian aku yang akan nikah hari ni. Aku diam dan hanya mampu berselawat nak tenangkan hati. Tok Imam dengan Tok Kadi mula bertanya beberapa soalan asas tentang agama Islam, Alhamdulillah, semua aku dapat jawab dengab lancar. Ayah dah mula mengatur langkah ke depan untuk mengijab kabulkan satu satunya puteri dia. Now, tiba lah waktu yang dinanti-nantikan.

"Izz Irfan Hadiff bin Dato Abdul Rahman"kata ayah Arisha."Ye saya"aku menjawab."Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Arisha Sofia binti Halim, dengab mas kahwinnya, dua ratus ringgit tunai"kata ayah dan aku menjawab"Aku terima nikah, Arisha Sofia binti Halim, dengan mas kahwinnya, dua ratus ringgit tunai".Alhamdulillah, dengan sekali lafaz aku dan Arisha dah sah menjadi suami isteri. Semua membaca surah al-Fatihah atas tanda kesyukuran. Selepas itu, acara pembatalan air sembahyang.

Aku memalingkan muka ke arah Arisha dan ibu sedang memeluknya dengan erat. Haih anak manja. Aku terus pergi ke arah Arisha untuk menyarungkan cincin. Sebentuk cincin emas putih dengan 6 butir berlian di atas sebab nama Hadiff and Arisha ada 6 huruf hehe sweet tak kami lol. Camera man mula lah suruh buat gimmick sarungkan slow slow. Aku menurut sahaja. Arisha hanya memakaikan aku seutas jam tangan Daniel Wellington berwarna coklat muda. Dia yang beria taknak aku pakai cincin. Selalunya orang kucup dahi kan?Aku tarik hidung dia.

Habis merah tapi padan muka, siapa suruh degil sangat selama ni kalau dia tak keras kepala aku rasa dah lama aku bergelar suami dia. Semua ketawa melihat telatah kami berdua dan aku terus meletakkan tangan kananku di atas ubun-ubun Arisha sambil aku titipkan satu doa. Selepas itu, Arisha menyalam tanganku atas rasa hormat dia as isteri. Alhamdulillah, akhirnya terjalin juga ikatan yang sah antara aku dan dia.

Arisha P.O.V
Selesai majlis nikah, rasa ringan beban aku. Kenduri kesyukuran pun dah hampir selesai. Semua tetamu dan mula meninggalkan perkarangan majlis. Aku memang dari sampai rumah dah tukar baju. Rimas aku nak pakai baju putih tu lama lama. Dah lah siap dengan labuci labuci bagai. Make up dekat muka pun aku dah cuci. Lengah aku dok siapkan diri di hadapan cermin bilik aku, aku tak perasan Hadiff yang tengah landing atas katil bersaiz queenku dok perhati aku dari tadi.

"Dah kenapa pandang macam tu?Tak pernah tengok orang eh?"tanyaku kepada dia. Hadiff ketawa kecil. Dia masih dengan seluar baju melayu dia dengan t-shirt pagoda."Apa yang awak dok belek belek muka depan cermin dari tadi?Kalau dah tak lawa tu terima je retak cermin tu nanti"kata Hadiff nak menyakitkan hati aku."Saya cuci make up lah. Tak selesa"jawabku laju. Lepas itu, Hadiff mula datang menghampiriku dengan membawa something dekat tangan dia yang dia ambil dari beg dia di tepi katil."Dah siap belum?"tanya dia sambil membelek muka aku.

Fuh rasa macam kena renjatan elektrik je."Hmm lawa jugak isteri saya ni eh?Serious lah ni muka tak pakai make up?"tanya dia lagi.Aku dah buat muka malas nak layan."Elehhhhhh tadi cakap orang tak lawa and please selama ni saya pergi kerja pun saya tak make up lah"kataku."Ye tahu, tapi tahu kan diri awak tu macam mana?Mana pernah saya diri sedekat ni dengan awak"kata Hadiff lagi."Hah ni dah ada depan mata, tengok lah puas puas"kataku sengaja nak uji Hadiff. Hadiff terus menarik aku ke dalam dakapannya. Aku agak terkejut jugak. Wah jangan buat pasal mamat ni.

"Stay still, don't say anything"kata Hadiff membantutkan percakapan aku. Aku pun tak tahu kenapa aku hanya menurut. Nak dekat 5 minit jugak lah dia dok peluk aku. Aduh mamat ni."Done"kata Hadiff buat aku rasa pelik."Awak buat apa?"tanyaku. Hadiff menarik hidungku lembut. Habislah ni macam dah jadi habit dia. Rip my nose.

"Nak tahu?First, saya saja nak lepas rindu kat awak sebab last kita meet minggu lepas, second, saya nak uji kesabaran awak layan karenah saya, tiga, saya doakan awak jadi isteri yang solehah untuk saya, jadi anak yang solehah untuk ayah ibu even saya yang tanggung dosa awak now, saya doakan awak jadi ibu yang baik untuk anak anak saya, saya harap benih yang akan duduk dalam rahim awak adalah benih yang akan bercambah dan membesar jadi pohon yang menghijau. Last but not least, saya minta Allah lindungi awak tak kira mana awak berada and semoga Allah berkati perkahwinan kita ni, minta dijauhkan segala bencana"kata Hadiff panjang lebar buat air mata aku bergenang.

"One more thing, amik tafsir ni, saya belikan special untuk bakal wife saya masa pergi umrah hari tu, tak tahu pulak awak jodoh saya"kata Hadiff sambil ketawa kecil. Bersyukur sangat dapat husband macam dia ni. Allahu, sayu hati aku. Aku peluk Hadiff dengan lemah.

"Dah tak payah nak emo sangat eh?Bukan Arisha Sofia ni takde perasaan ke?Asal emo sangat ni?Dah jom keluar, saya lapar"kata Hadiff lantas mengesat air mataku dengan hujung jari dia. Selepas itu, dua dua mengatur langkah ke bawah untuk ke dapur. Lol, dua dua lapar😂

crazy yet trueTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon