Part4-Mix Feelings🍦

135 6 4
                                    

Hadiff P.O.V
Aku dengan Arisha still tunggu Azref datang dekat lobby syarikat. Arisha sibuk dengan laptop dia dari tadi. Nervous mungkin. Enjin Range Rover maroonku sudah siap dipanaskan. Baru sahaja aku nak bercakap dengan Arisha iPhone7 ku berdering. Ternyata call dari Azref."Ha hello mana kau ni, dah pukul berapa"aku terus bertanya keberadaan dia."Weh, aku mintak maaf sangat, aku demam teruk hari ni. Sorry tak dapat nak uruskan hal hal kau kat KL"kata Azref.

"Aduh macam macam lah kau. File pasal project ni semua kau letak kat mana"aku tanya lagi."Aku dah bagi kat Arisha semalam. Ada dekat dia"terang Azref."Hah okay lah kalau macam tu. Aku drive sendiri je"kataku lantas menamatkan panggilan."Dah jom"aku mengajak Arisha. Dia kelihatan termanggu manggu tapi masih mengikut jejak langkahku ke arah kereta."Mana azref?"tanya Arisha di luar kereta. Aku dah masuk ke bahagian pemandu. Guard di sebelah aku sapa sambil senyum.

"Dia ada hal, kita terpaksa pergi berdua"terang aku sambil memakai seatbelt. Arisha masih tercegat dekat luar kereta."Kau tak reti nak masuk ke?Nak suruh aku bukakkan pintu plus bentangkan red carpet ke apa?"aku tanya dia dengan perasaan bengang."Saya duduk depan ke?"tanya dia. Aku cuba tahan nak ketawa.

"Yelah habis kau nak duduk belakang?Banyak cantik muka nenek kau ingat aku driver kau ke apa"jawabku sinis. Aku melihat Arisha mendengus geram sebelum dia masuk ke dalam dan menghempas pintu kereta dengan agak kuat."Hagaklah kalau marah pun janganlah nak buat macam tu. Tercabut pintu kereta aku, kau beli kan aku kereta baru"kataku tapi Arisha buat tak endah dan hanya memakai seatbelt. Aku malas nak layan dan terus memulakan perjalanan.

Arisha P.O.V
Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Aku memang bukan jenis suka start conversation dulu. Si Hadiff sebelah ni pulak kepala angin. Malas aku nak layan. Tadi makan dekat r&r pun masing masing tarik muka. Haih. Sedang masing masing buat perang saraf tiba tiba handphone dia berbunyi. Aku buat muka taknak ambil tahu.

"Eh tolong swipe kan. Siapa call?"tanya dia yang tengah drive."Sweetheart"jawabku pendek lantas memberi handphone ke tangan dia."Hello"kata dia."Oh so how?Semua okay kan dekat sana?Send my regards to your grandma k sayang"kata dia and buat aku rasa loya dengar. First time aku dengar si Hadiff ni jadi sweet macam ni. Ingatkan hati batu."Okay I need to go now I tengah drive. I love you"pamit Hadiff menamatkan panggilan. Suasana hening kembali. Tanpa aku sedar  Hadiff dah park kereta dekat salah satu bangunan.

"Jom meeting dah nak start"kata dia laju keluar dari kereta. Eee, bukan nak tolong aku angkat barang. Langsung tak gentle. Aku berjalan laju mengejar langkah dia. Masuk sahaja ke dalam bilik meeting boleh kata semua orang dah ada."I'm sorry cause I'm late, Mr.Simpson"kata Hadiff lembut."It's okay have a seat"kata lelaki separuh usia yang Hadiff tegur tadi. Selepas itu, mesyuarat pun bermula. Aku hanya diam membisu sebab ni first time ikut dia."Prepare PowerPoint lepas ni turn kita"bisik Hadiff di sebelah.Aku mengangguk. Rasa berdebar pulak even bukan aku yang akan present. Hadiff melangkah ke depan dan mula buat pembentangan.

Serious hari ni nampak handsome dengan suit sebab selalu dekat office dia pakai kemeja dengan slack biasa je. Eh, dah pahal aku puji mamat tu pulak. Dalam 15 minit Hadiff selesai present. Semua nampak berpuas hati."Okay thank you for your hard work today guys. I will inform you all if I have any follow up after this"kata Mr.Simpson. Semua mengangguk dan mesyuarat bersurai.

Hadiff P.O.V
Fuh nasib baik lah semua berjalan lancar. Aku kalau boleh nak balik Melaka sekarang jugak, tapi Mr.Simpson beria suruh aku stay KL for a night. Aku tak boleh nak menolak sebab dia client penting. Arisha pun terpaksa lah stay sekali."Kau ada bawak baju lebih kan?"aku tanya dia masa on the way ke hotel yang Mr.Simpson dah booked."Ada"jawab dia pendek.

Jam dah menunjukkan pukul 6 petang. Lepas mintak kunci bilik aku suruh Arisha rehat dekat bilik dia. Aku ajak dia dinner sama sama pukul 8. Sambil tunggu Arisha di lobby hotel aku terserempak dengan Harris salah seorang musuh ketat aku dalam business."Wow look who's here"sapa dia. Aku hanya diam."Come on bro jangan macam ni. Long time no see. Bulan 7 nanti kita meet lagi"kata dia membakar api kemarahan aku.

"Apa kau nak ni Harris?"tanyaku geram."Tak ada apa"jawab dia sinis."Wait aku rasa macam kau bawak someone tadi. Mana dia?"tanya Harris sambil mata dia melilau."Yang kau sibuk sangat nak uruskan hidup aku kenapa?Kau tercabar aku bawak perempuan datang hotel ke"aku saja ingin menduga Harris."Wow just wow. Mentang mentang kekasih hati kau tak ada dekat Malaysia kau boleh bermaharajalela dengan perempuan lain dekat sini ye. Good job bro"kata Harris lagi.

"Kalau ye pun aku nak suka suka dekat sini kau ada masalah?"tanya aku."Haha what ever lah Hadiff. Jangan sampai sweetheart kau tahu kau ada perempuan simpanan lain sudah lah. Good luck bro"kata Harris lantas menepuk bahuku tanda pamit. Aku rasa panas je dengar. Yang si Arisha ni mana tak keluar dari bilik. Aku mengatur langkah ke bilik dia dan apa yang aku nampak Arisha dengan beg dia dekat luar pintu bilik."Saya nak balik Melaka"kata dia pendek."Apa masalah kau ni?"soalku."Apa tujuan awak bawak saya stay sini?Nak tunjuk dekat orang lain awak mampu simpan banyak perempuan?Come on, saya pakai tudung macam ni pun kene labelled your perempuan simpanan by your friend. Saya taknak stay sini. Saya nak balik"kata dia. Sah dia dengar perbualan aku dengan Harris tadi.

Damn. Aku mula rasa bersalah. Serious tak ada niat pun nak cakap benda macam tu tadi. Aku just tak suka kalah dengan Harris."Saya nak balik naik bas"kata Arisha perlahan before dia mengatur langkah."Stop. Stay sini kejap aku amik barang aku"kataku lalu melangkah masuk ke dalam bilikku. Keluar dari hotel aku sempat inform Mr.Simpson aku  kena balik Melaka. Nasib dia faham. Sepanjang perjalanan Arisha langsung tak bukak mulut. Sumpah rasa bersalah gila.

Arisha P.O.V
Tak sangka aku tertidur dalam kereta si Hadiff. Sedar je dah sampai tol Ayer Keroh."Dah bangun?"tanya Hadiff dekat sebelah. Aku hanya mengangguk."Dah pukul 11 lebih ni. Aku hantar kau balik terus. Rumah kau dekat mana?"tanya dia."Taman Marina II"jawabku pendek."Area Klebang kan?K aku tahu"kata dia dan aku sambung mendiamkan diri.

Jujur,aku tahu Hadiff bukan lelaki yang nak ambil kesempatan atas aku. Tapi kata kata kawan dia tadi masih berlegar legar dalam benakku. Haih. Dalam 15 minit kami sampai di perkarangan rumah aku. Suasana malap semua dah tidur mungkin."Hmm Arisha"kata Hadiff semasa aku baru nak bukak pintu kereta dia."I'm sorry"aku hanya berpaling menghadap dia dan menundukkan pandangan.

"Sokaylah. Saya masuk dulu. Penat. Jumpa esok. Assalammualaikum"kataku laju."Waalaikumussalam. Eh jap nah amik ni"kata Hadiff lagi sambil menghulurkan bungkusan McDonald ke arah aku. Aku buat muka pelik."Amiklah, aku tahu kau lapar. Dah masuk cepat. Dah malam"kata dia agak dingin. Aku mengambil bungkusan itu dengan perlahan dan meminta diri. Kereta Hadiff  tak berganjak selagi aku tak masuk ke pagar rumah. Selesai lock pagar baru Range Rover maroon dia meluncur laju meninggalkan perkarangan rumahku. Haih, bercampur baur perasaan aku hari ni.

crazy yet trueWhere stories live. Discover now