48.Masalah!

Depuis le début
                                    

"Okay, aku pergi dulu!"

Tak sempat Alice mahu membalas, Erina sudah menerpa sepantas angin ke arah Gotham berbadan kurus. Sekelip mata sahaja sudah muncul di depan. Gotham itu kelihatan agak terkejut dengan ke hadirannya secara tiba-tiba.

"Heee ... terkejut tak?" Erina tersengih.

Gotham itu merengus kasar. Kuku tajamnya mahu mencakar tetapi Erina lebih pantas bertindak. Tangan ditepis oleh angin. Badan Gotham ditolak dengan tekanan angin, sehingga terpelanting ke atas lalu menghentak dinding putih. Impak itu, dinding kedai mulai retak sedikit.

"Arghh!" perlahan-lahan Gotham itu bergerak. Badan ditegakkan. Kepala menyenget. Mata kuningnya memandang Erina. Ia merengus. Mukanya yang hodoh bertambah lagi hodoh kerana menahan marah. Ia kembali menyerang Erina.

Gadis kecil itu lebih pantas mengelak. Angin berpusar di atas telapak tangan lalu membaling tepat pada muka. Ia jatuh terduduk dan mengerang sakit. Darah mengalir di celahan bibir. Namun masih tersenyum. Ia bangun dan menyerang Erina dengan lebih pantas.

Alice masih berdiri di situ. Matanya hanya melihat sahaja Erina yang sedang bergelut. Kemudian beralih kepada Joshua yang sedang berbalas serangan.

Mana lagi satu? tadi bukan bertiga ke?

Alice menoleh ke kiri dan kanan. Tidak sempat dia mahu memalingkan muka ke belakang, belakang badannya dihentam kuat. Dia terdorong ke depan dan ercampak ke dinding!

Suara garau menyapa gegendang telinga Alice. Dia mengangkat muka. Gotham berbadan sasa menghiasi pandangannya. Ia tersenyum menyeringai.

Tulang-tulang terasa sakit. Mukanya berkerut. Boleh tahan kuat juga dia terhentak. Perlahan-lahan dia mengerakkan badan.

"Alice, kau okay ke?" pekik Joshua sambil menumbuk-numbuk perut Gotham berbadan gempal.

"Aku okay! Argh!"

Kaki dicengkam kemas. Alice ditarik sehingga jatuh ke atas lantai. Kali kedua badannya terhentak pada lantai. Rasa sakit mula menjalar di seluruh badan. Tersekat-sekat dia menarik nafas!

"Sakit? huh?"

"Kau ... akan terima balasannya!"

Gotham berbadan sasa itu tergelak besar bila mendengar kata-kata Alice. Pipi Alice dicengkam kuat. Kuku tajam mencucuk pipi mulusnya sehingga terluka. Tubuh Alice diangkat. Kakinya tidak mencecah lantai! Alice tergapai-gapai.

"Alice!"

Joshua berlari mahu mendapatkan, Alice. Namun dia di halang! Gotham berbadan gempal menyerang tanpa henti seolah-olah tidak mahu membenarkannya pergi.

Satu tolakkan angin kuat menghentam Gotham berbadan sasa itu. Ia berganjak ke belakang. Alice terlepas. Dia jatuh terduduk.

"Aku rasa lepas ini kau kena berlatih."

Erina tersengih. Alice tersenyum kelat. Darah yang mengalir dipipi dikesat perlahan. Berkerut dahinya menahan rasa pedih. Alice bangkit, dia berdiri di sebelah Erina. Tangannya mengeluarkan cahaya silau.

"Mana lagi satu?"soal Alice.

" Sudah tumbang aku kerja kan!" Erina tergelak.

Gotham tadi menyerang dengan kayu di tangan. Entah mana dia rembat, tak tahulah. Mereka berdua menunduk. Serentak itu mereka menendang tepat pada perut gotham. Alice terus memancarkan cahaya pada badan gotham, cahaya itu menembusi perut gotham. Ia menjerit nyaring sebelum lenyap dari pandangan mata!

"Whoa ... kau boleh buat macam tu? tapi macam mana?" soal Erina teruja.

"Hmm ... kau pun boleh buat."

White Guardians ( Editing)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant