"Coi! Mulut kau.. Aku ni bukan apa, nak cari yang sedap mata memandang je. Baru rare kalau aku pergi office sebulan sekali, kan?"

Zull tergelak sinis. Badan disandarkan pada kerusi dengan tangan yang disilangkan di dada memerhati gelagat rakan-rakannya. Carl Ayden memeluk tubuh sambil tersenyum sinis.

"Kau kata apa? Rare? Heh! Tak sedap mata memandang tak ada hal bhai, yang penting kau 'power', semua sedap memandang." celah Zull yang berdiam diri sedari tadi.

Carl Amsyar dan Fazz menoleh ke arah Zull yang sedang merenungnya dengan pandangan kosong. Carl Ayden tergelak, cukup sinis dipendengaran Fazz.

"Kutuk boxer aku sangat! Aku peduli apa kalau tak gentle, tapi nak tahu 'barang' aku 'power 'ke tak, kau tengok bini aku pun dah tahu."

Terbatuk Carl Amsyar dengan pernyataan abangnya. Fazz tersengih-sengih manakala Zull meraup wajahnya sambil tergelak kecil. Carl Ayden memang tak makan saman bila berbicara.

"'Power'? Kau tengok lah nanti. Masa tu korang semua dah tak pandang aku sebelah mata."

Mereka bertiga tersenyum penuh makna sebaik mendengar kata-kata Fazz. Sengaja mahu mencabar Fazz.

*

*

*

Aressa memadamkan bara api rokok lalu dicampak ke atas jalan tar itu. Dia saja mengambil angin malam disekitar taman permainan itu.

Mahu memberi masa untuk Carl Que Alexander dan Nur Husna bermesra.

Dia melabuhkan punggung dibangku kecil yang tersedia disitu. Kepala didongak ke atas merenung langit yang kelam dan gelap sambil memikirian perancangannya dengan Carl Que Alexander.

"When too love..."

Aressa menoleh ke kiri dan ke kanan sebaik mendengar suara seseorang tapi tiada sesiapa yang kelihatan.

Tapi dia yakin, suara yang berkata itu dikenalinya.

"Who the fuck are you?!" soalnya dengan suara dicelah gigi.

Tangan dikepal membentuk penumbuk. Anak matanya memerhati disekeliling taman permainan itu, berjaga-jaga dari diserang oleh individu tersebut.

"You will do everything.."

Serentak muncul kelibat seseorang yang tak dapat dilihat wajahnya kerana hoodie yang dipakai menutup wajahnya. Aressa merenung tajam, cuba mengecam wajah tersebut.

"But, what it's like if - "

Susuk tubuh tersebut membelakangi Aressa, hoodie yang menutup wajahnya ditarik ke atas sekaligus memperlihatkan wajahnya.

Anak mata bewarna biru tua itu gelap dengan pelbagai perasaan yang bercampur-baur.

Aressa diam tanpa bersuara, menunggu kata-kata susuk tubuh itu yang seterusnya. Berdebar-debar juga hatinya bila dia seakan mengenali susuk tubuh tersebut.

" - Something is ours being seized?"

Perlahan badan dipalingkan ke arah Aressa, berhadapan dengan gadis itu. Sebaik bertentang mata, dia tersenyum sinis melihat riak terkejut Aressa.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now