"Umi cuma harap Hans dapat jaga Mia sebaik mungkin kalau satu hari nanti Umi dah tak ada disisi dia. Itu je permintaan Umi." perlahan Puan Laila bersuara.

Puan Laila tersenyum kelat dengan wajah penuh berharap memandang Carl Hans Mikael. Bahu Damia digoyang lembut membangunkan gadis itu.

Carl Hans Mikael yang melihat segera menghampiri Puan Laila. Dia tak mahu mengejutkan Damia dari lenanya, mahu gadis itu tenang dahulu.

"Biar Hans je hantar dia dalam bilik. Umi tidur lah, jangan risau. Hans dah upah orang kawal rumah Umi. Lagipun Hans nak kena balik."

Carl Hans Mikael mencempung penuh berhati-hati tubuh kecil Damia, manakala Puan Laila yang turut bangun itu memandang ke arah anak gadisnya sekilas sebelum berlalu masuk ke dalam bilik.

Carl Hans Mikael melangkah ke arah bilik tidur Damia yang terletak bersebelahan dengan bilik Puan Laila, tubuh gadis itu dibaringkan ke atas katil lalu selimut ditarik menutup tubuh Damia.

"Aku mintak maaf." bisiknya perlahan.

Lama dia menatap wajah yang kelihatan agak pucat Damia. Dan untuk pertama kalinya dia melihat gadis itu tanpa tudung dikepala. Rambut lurus Damia yang panjang separas bahu diusap perlahan.

Badan ditundukkan sedikit lalu dahi Damia dikucup perlahan sebelum dia melangkah keluar daripada bilik gadis itu. Pintu bilik Damia ditutup rapat.

*

*

*

Joe merenung tajam ke arah anak buahnya yang sedang menunduk memandang lantai. Pistol di tangannya digenggam erat dengan wajah tegang.

"Perempuan sorang tak boleh nak handle! Korang bodoh sangat ke?!" tengkingnya dengan riak wajah tertekan.

Terangkat bahu tiga orang lelaki itu ditengking oleh Joe.

Joe mengetap rahangnya sambil memejam rapat kelopak mata, tak habis fikir dia dibuatnya bila lelaki yang diupahnya telah dibunuh.

Dia mendekati tiga orang lelaki itu. Chris yang bersandar disofa dengan kedua belah kaki yang dilunjurkan ke atas meja hanya memandang kosong anak buah Joe. Asap rokok dihembus perlahan.

"Sorang dah mampus! Korang pun patut mampus sekali! Kerja macam tu pun tak boleh buat!"

BANG! BANG!

Lelaki yang berada ditengah-tengah antara dua orang lelaki yang berada disebelah kiri dan kanannya terbaring diatas lantai apabila ditembak oleh Joe di dahinya.

"Sorry boss, tapi ada orang yang selamatkan perempuan tu!" ujar lelaki disebelah kiri dengan wajah yang pucat tak berdarah.

Joe tergelak sinis, pistol ditangan dipandang sepintas lalu sebelum dihalakan pada lelaki yang bersuara itu. Alasan yang diberikan langsung tak boleh diterimanya.

"Sebab kau bodoh!" hamburnya penuh berang.

BANG! BANG!

Mangsa kedua Joe kini tertiarap di atas lantai dengan darah yang mengalir keluar dari kepalanya, dua das tembakan tepat terkena pada kepala lelaki tersebut.

Mr Killer's Girl  |✔|Donde viven las historias. Descúbrelo ahora