Tangisan Nur Husna juga jarang dilihat.

Seketika, Nur Husna berjalan menghampiri mereka berdua untuk keluar daripada bilik tersebut jadi dia terpaksa melepasi Aressa dan Carl Que Alexander.

Wajah ditunduk kebawah tanpa memandang dua insan yang merenungnya itu.

Carl Que Alexander mengerut kening saat Aressa membisikkan sesuatu padanya, lalu dia tersengih sinis. Sebaik Nur Husna melintasinya, pantas lengan gadis itu disambarnya.

"I think I have something to do. By the way, your skills is awesome Mrs Xander." ujar Aressa seikhlas hatinya seraya tersengih kecil.

Nur Husna tersenyum sedikit. Lengan yang dcengkam suaminya cuba dilepaskan, sebelah tangan halusnya cuba merungkai jemari Carl Que Alexander tapi tak berjaya.

Setelah Aressa berlalu keluar, lengan isterinya ditarik kuat hingga tubuh kecil Nur Husna terdorong ke depan dan wajah isterinya tersembam di dadanya.

"Lepaslah! H-Husna nak keluar."

Nur Husna meronta-ronta untuk menjauhkan diri tapi Carl Que Alexander hanya membiarkan saja.

Pinggang isterinya dipeluk kemas lalu dagu diletakkan pada bahu Nur Husna.

"Just five minutes." bisiknya dibahu Nur Husna perlahan.

Carl Que Alexander begitu juga Nur Husna sepi tanpa sebarang kata.

Lima minit berlalu, pelukan dipinggang isterinya dilonggarkan dan dia menunduk ke bawah mencari wajah isterinya.

"Saya isteri abang, tapi saya tak penting. Abang fahamkan?" tutur Nur Husna dengan suara yang bergetar halus.

Nur Husna menolak dada suaminya perlahan lalu dia melangkah kaki keluar daripada bilik.

Carl Que Alexander menggenggam penumbuknya, tak boleh menyalahkan isterinya yang tak mengendahkannya.

"Husna!"

Laju Nur Husna berjalan meningalkan Carl Que Alexander. Berlari anak dia menaiki anak tangga ke tingkat atas apabila suaminya mengejarnya daripada belakang.

Carl Que Alexander cuba meraih tangan Nur Husna tapi apa yang mengejutkannya bila isterinya itu melayangkan penumbuk ke wajahnya tetapi mujur sempat dielaknya.

"Ganas. I like." mata dikenyitkan pada isterinya seraya tergelak sinis.

Nur Husna mengetap rapat bibirnya, wajahnya merah padam menahan geram sekaligus mengingati layanan suaminya sebelum ini.

Dalam hati dia memarahi dirinya sendiri kerana hampir saja menaikkan tangan pada suaminya.

"Abang pergilah layan Aressa, buat apa kacau Husna?" jelas nada kecewa dan terkilannya.

"Shit!" carut Carl Que Alexander perlahan.

Nur Husna terus saja berjalan masuk ke dalam bilik lalu pintu ditutup rapat tapi ditahan oleh tangan besar suaminya.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now