Terkedu Puan Maimunah. Segalanya telah diketahui oleh Carl Que Alexander.

Atau, Nur Husna juga mempunyai kaitan dengan lelaki itu. Ingin bertanya dia tak mampu kerana terlalu takutkan lelaki tersebut.

Pisau yang diselit di tepi pinggangnya ditarik keluar.

Puan Maimunah terpana, dia cuba mengundur ke belakang walaupun terasa payah untuk bergerak. Kecut perutnya melihat pisau ditangan lelaki itu.

"Kau tahu kenapa aku cakap macam tu? Anak tiri yang kau seksa, kau dera tu isteri aku. Aku tak akan biarkan orang yang sakitkan dia terlepas. Dan aku sendiri yang akan balas balik apa yang KAU BUAT DEKAT DIA!"

SREET!

Pisau tersebut ditekankan pada dahi Maimunah lalu ditoreh turun ke hidung melintasi bibir wanita tersebut.

Jelas terbelah dua kedua-dua bibir Puan Maimunah. Rontaannya tak bergerak kerana dipegang oleh anak buah lelaki itu.

"Arhhh! T-tolong! M-maafkan aku! ARGHH!"

Carl Que Alexander tersenyum sinis, sebelum wajahnya bertukar bengis dengan mata yang memerah apabila ruang matanya terlayar semua penderaan yang dilakukan Puan Maimunah pada Nur Husna.

'Maaf makcik! Nur tak buat!'

'Nur tak salah makcik! Nur tak tahu apa-apa!'

'Jangan buat Nur macam ni.. Nur dah tak ada sesiapa selain makcik.. Tolong lah...'

Terngiang-ngiang lagi tangisan isterinya yang merayu dan merintih kesakitan apabila didera Puan Maimunah saban hari. Jika mahu bukti, rakaman yang diberikan anak buahnya masih ada.

Dia boleh mendakwa Puan Maimunah di mahkamah tapi wanita itu tak cukup untuk diberi pengajaran jika dipenjara saja.

Jadi keputusannya ialah Puan Maimunah harus dibunuh!

ZAP!

Disiat dan dilapahnya kulit muka Puan Maimunah hingga menampakkan isi-isi daging putih wajah wanita itu yang bercampur dengan darah yang mengalir.

Sebelah tangan lagi yang juga memegang sebilah pisau memotong tepi bibir Puan Maimunah.

Puan Maimunah ternganga lebar bila tepi bibirnya yang dipotong tak dapat ditutup seperti sediakala.

Matanya terbeliak dan wajahnya juga ngeri dilihat dengan sebelah muka yang disiat kulitnya.

Carl Que Alexander tersengih kecil, dia bangun lalu berjalan ke arah telaga yang menggelegak dengan air panas itu lalu dengan kuantiti sebotol air dicedoknya sebelum kembali ke arah Puan Maimunah.

BLUSHH!

Tanpa kata, terus disimbahnya air yang panas menggelegak itu pada wajah Puan Maimunah yang menggeletar kesakitan.

Daging mukanya seakan masak dirasakan tika ini. Tak cukup dengan itu, dituang pula air panas tersebut ke dalam mulut Puan Maimunah yang ternganga luas itu.

ZAS!

Sebelah tangan kiri Puan Maimunah dipotong kasar dan laju seakan sedang mencantas lalang yang panjang.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now