"Kau rasa, kau perlu ke tahu apa aku nak buat? Kau tanya, aku jawab lah. Aku cuma nak makan. Tangan aku lapar, dah lama dia tak makan."

Syuk menghampiri lelaki yang terbaring lemah itu setelah dibelasah olehnya sebentar tadi sebaik menerima arahan daripada Carl Que Alexander. Lelaki itu betul-betul lembik ketika ini, tidak berdaya untuk melawan.

"Zhàocháng."(macam biasa) mata diisyaratkan pada lelaki yang mempunyai tattoo dikepalanya.

Chen, lelaki cina bertatu dikepala itu mengangguk sebelum menuju ke arah dinding dipenjuru bilik.

Dengan menekan satu butang kecil bewarna hitam dinding itu mula terbuka; iaitu tempat persembunyian simpanan segala jenis senjata.

Puan Maimunah menggeletar ketakutan melihat pisau, pistol dan segala peralatan tajam jelas terlihat dimatanya.

Wajah Puan Maimunah makin pucat kerana terlampau takut.

Chen menghampiri Syuk, lalu sebuah kotak besi yang berisi dengan pelbagai jenis alatan tajam diberikan pada lelaki itu.

Syuk tersengih jahat, sebilah pisau panjang dan tajam diambil lalu dijilat muncung pisau tersebut sambil menyeringai jahat.

Syuk menendang kuat tepi kepala lelaki tersebut hingga terteleng ke kanan. Kakinya pula yang menendang itu terkena pada bekas lebam yang berbekas di tepi kepala lelaki tersebut.

"Bangun!" arahnya keras tanpa mempedulikan kesakitan lelaki itu.

"ARGHH!"

Kepala lelaki itu dicengkam dari belakang lalu diangkat menghadap wajahnya, wajah yang sedang berkerut kesakitan itu dipandang kosong.

ZAP!

Pisau yang berada ditangannya ditusuk tepat di sebelah mata kiri lelaki itu. Darah mengalir keluar dari celah matanya.

Lelaki itu meronta sakit tapi cengkaman yang kuat dikepalanya membataskan pergerakannya.

ZAP!

Mata sebelah kanan pula ditikamnya agak dalam lalu ditarik keluar, kedua-dua biji mata lelaki itu terjatuh pada peha lelaki tersebut sebaik Syuk mencungkil keluar.

Darah yang bagaikan air mengalir itu dipandang dengan senyuman puas.

"Mata dah hilang. Tak dapat lah mata kau tengok 'barang' awek tua kau tu lagi. Kesian.." kata Syuk sinis berbisik sambil tergelak kecil.

Dua bebola mata lelaki itu dikuis dengan hujung mata pisau tajam tersebut. Puan Maimunah yang melihat terbeliak matanya dengan badan yang terketar-ketar.

Adakah nasibnya sama seperti itu atau lebih teruk?

Penyeksaan dan penderaan yang dilakukan pada Nur Husna merangkap anak tirinya sebelum ini satu-persatu terlayar diruang matanya.

Bagaimana dia memukul, mengherdik, mencaci gadis tak bersalah itu tanpa rasa simpati.

Sekarang, dia sedar. Apa yang dia lakukan pada Nur Husna berbalik padanya tanpa dia sangka.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now