"Saya tanya baik-baik, abang handsome tu nak marah-marah! Saya ada perasaan, mesti lah terasa. Abang handsome kan tak ada perasaan, memanglah!" hamburnya dengan perasaan marah.

Damia tercengang saat tubuhnya ditarik kuat hingga terdorong ke depan, sebelah tangan menahan dada lelaki itu. Jarak antara mereka berdua agak rapat tika ini.

Kalau Umi nampak, bala!

Carl Hans Mikael menunduk sedikit, direnungnya tajam anak mata gadis itu dengan perasaan yang bercampur-baur. Bukan niatnya untuk menyakiti hati gadis tersebut.

"Kau tak perlu risaukan aku, aku okay. Kau kena risaukan diri kau tu, aku tak selalu ada dengan kau. Jaga diri kau baik-baik, faham?"

Lembut suara Carl Hans Mikael memujuk dan berharap Damia mengambil serius kata-katanya saat ini kerana dia lebih pentingkan keselamatan gadis itu daripadanya.

Damia terdiam, cuba menghadam kata-kata lelaki itu. Suara yang serius dan penuh ketegasan di pendengarannya. Hatinya tiba-tiba saja berdetak hebat.

"M-maksud abang handsome?" soalnya dengan dada yang berdebar.

Carl Hans Mikael menghembus nafas kasar, kepala Damia yang terselindung dengan tudung itu diusap lembut. Dia sayangkan gadis yang bakal menjadi isterinya nanti.

"Aku sayang kau, kau ingat tu. Jaga diri, Damia."

Dapat dirasakan ada sesuatu yang cuba disampaikan lelaki itu padanya. Apa yang penting, ianya bukan petanda yang baik untuk dirinya.

Jantungnya berdebar-debar memikirkan hal tersebut.

'Saya pun sayang abang handsome.'

*

*

*

"Always look at the target you're punching!"

Nur Husna menghayunkan penumbuk kanannya perlahan tapi kuat.

Latihan kali ini yang diajar suaminya adalah 'punching speed bag' dimana dia harus menumbuk speed-bag bersaiz kecil dari pergerakan yang perlahan dan laju tetapi kuat.

Setengah jam berlalu, tapi suaminya tak mengizinkan dia untuk berehat. Nur Husna hanya menurut, ianya untuk dirinya juga.

"Slow and faster!"

Nur Husna menarik nafas panjang. Tangan kanan dan kiri sudah sedia digenggam membentuk penumbuk. Nafasnya laju dan kasar.

Nur Husna menumbuk perlahan, lalu diubah kembali pada posisi asal dan ditumbuk lagi menggunakan tangan kirinya pula tapi agak laju.

Diulang perkara yang sama, peluh yang menitik di dahi dihiraukan.

Tumbukan yang dibuat laju dan perlahan, matanya tetap fokus ke arah speed-bag tersebut kerana itu yang ditekankan suaminya sekaligus melatih untuk terus fokus pada target.

"Faster!"

Pergerakan tangan yang tadinya perlahan dan laju kini dilajukan lagi seperti arahan yang keluar dari bibir Carl Que Alexander.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now