Nur Husna mengangkat lukisan hasil daripada suaminya. Dia juga baru tahu bahawa suaminya itu pandai melukis. Lelaki bengis dan menakutkan macam suaminya pun pandai juga melukis.

Lukisan tersebut diusapnya lembut. Tika itu dia baru saja selesai solat isyak, suaminya pula berada ditingkat bawah bersama anak buahnya yang lain.

Bila ditanya, Carl Que Alexander hanya mengarahkan supaya dia duduk di dalam bilik saja.

"Hijo de puta!"

Nur Husna tersentak, bergema suara yang penuh dengan amarah suaminya ditingkat bawah. Tergesa-gesa lukisan yang dipegangnya diletakkan ke atas meja.

Jantung yang berdetak hebat disentuh lembut, risau dia memikirkan suaminya dan dalam masa yang sama tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.

PRANG!

Bunyi kaca pecah menambahkan lagi ketakutan Nur Husna. Matanya mula bergenang dengan airmata.

Nur Husna duduk memeluk lutut di dinding biliknya yang berhampiran dengan pintu bilik tersebut.

BANG!

"Fuck!"

Carl Que Alexander merenung tajam ke arah lelaki yang telah ditembaknya itu. Lelaki tersebut menyentuh lengan kanannya yang berdarah dengan wajah berkerut sakit.

"Chris.. d-dia nak kau." lemah lelaki itu bersuara menahan sakit di lengannya.

Anak buah Carl Que Alexander yang melihat wajah tegang dan juga bunyi gigi berlaga lelaki itu mula menunduk ke bawah.

Baran dan amarah Carl Que Alexander menggerunkan mereka, serasa mahu lemah kaki untuk berdiri.

"GET OUT!" penuh keras nada Carl Que Alexander.

Sekali jerkahan, terus lelaki tersebut bangun dan berlalu keluar daripada rumahnya dengan langkah longlai.

Carl Que Alexander merengus geram seraya menghempas kasar punggungnya di atas sofa.

Amarahnya memuncak naik saat mendapat tahu dia mula memunculkan diri setelah sekian lama menyepi dan paling menaikkan api kemarahannya apabila ramai anak buahnya dibunuh oleh dia.

Gudang yang membekalkan dan juga menjual senjata api dan senjata tajam berlesen itu hampir saja musnah dan diletupkan oleh si dia.

Lelaki tadi yang menjadi mangsa amukannya kerana lelaki itu yang diarahkan untuk mengawal gudang tersebut.

Kini, dia harus lebih peka dan berhati-hati kerana dia juga licik sama sepertinya.

Nampaknya, peristiwa lama akan berulang untuk kali kedua dan yang paling ditakutinya jika dia akan menjadikan Nur Husna sebagai umpannya.

Tak! Dia tak akan biarkan!

"Buat kerja macam biasa. Keluar!"

Anak buahnya yang lain akur dan semuanya bergerak keluar daripada rumahnya.

Carl Que Alexander mengusap pelipisnya perlahan, cuba menenangkan hati yang sedang menggelegak tika ini.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now