'Tak ada belas kasihan, ingat!'

Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Hatinya memang lembut dan mudah tersentuh tapi dia harus lakukan seperti apa yang diingatkan suaminya.

Mata bulatnya mula memancarkan sinar penuh kebencian pada 'lipas' yang menjadi sasarannya iaitu papan kayu yang sederhana besar tersebut. Cuba untuk mengeluarkan aura ' tiada belas kasihan' dalam dirinya.

Setelah memastikan semua pesanan suaminya, Nur Husna mula menyentuh picu pistol tersebut. Mata ditutup rapat dan dibuka kembali, serentak itu -

BANG!

Badan kecilnya mula mengeras, masih tak terbiasa dengan bunyi tembakan yang kuat menyapa gegendang telinganya.

Nafas yang tak sekata akibat terperanjat itu cuba distabilkan.

Nur Husna menggenggam erat pistol ditangannya yang sedikit menggigil itu. Sebaik dia memandang ke hadapan dimana sasaran yang ditargetnya tadi, dia ternganga kecil.

Tembakan yang dilepaskan tepat mengena ditengah-tengah papan kayu sederhana besar yang mempunyai tompokan putih ditengah-tengahnya. Ini bermakna tembakannya tepat pada sasaran!

"Yess!" jeritnya halus seraya menepuk tangannya perlahan dengan senyuman dibibirnya.

Teruja dengan apa yang dilakukannya. Butir peluru yang lain dimasukkan dan bersedia untuk menembak untuk kali yang kedua dan seterusnya.

*

*

*

Carl Que Alexander membuka pintu bilik perlahan dengan jaket kulit yang tersangkut dibahu kanannya.

Wajahnya yang kusut sebentar tadi berubah tenang sebaik melihat isterinya sedang menyangkut kain telekung dipenyangkut.

"Abang."

Nur Husna tersenyum nipis melihat susuk tubuh suaminya, dia melangkah ke arah Carl Que Alexander lalu tangan kanan suaminya dicapai sebelum tunduk mencium belakang tapak tangan lelaki itu.

"Abang dah makan? Nak Husna hidangkan?" soalnya lembut, prihatin.

Dahi Nur Husna dikucup lama tanpa menjawab soalan isterinya terlebih dahulu. Dia merenung wajah Nur Husna dalam sebelum tersenyum.

"Aku dah makan tadi."

Nur Husna mengangguk sambil mengambil jaket kulit suaminya lalu dia menuju ke arah penyangkut, tuala dicapai lalu diberikan pada Carl Que Alexander.

Carl Que Alexander mengambil tuala yang dihulurkan Nur Husna, sempat dikucup pipi kanan isterinya sekilas sebelum berlalu ke arah bilik air meninggalkan Nur Husna yang membahang malu itu.

Pakaian suaminya diambil lalu diletakkan di atas katil, dia bersandar dikepala katil menunggu Carl Que Alexander selesai membersihkan diri. Sambil itu dia mengemas tempat tidur seadanya.

Sepuluh minit kemudian, Carl Que Alexander keluar daripada bilik air.

Nur Husna mengambil pakaian yang diletakkan di atas katil lalu diberikan pada suaminya dengan mata yang dielakkan daripada memandang dada suaminya yang terdedah itu.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now