"Jangan. Nanti kalo Encik Taehyung nampak macam mana? Kan dia suruh Cik Ara rehat dalam bilik"

Ara menarik muncung panjang. Bukan apa, dari petang tadi dia duduk terperap dalam bilik. Takkan dia nak duduk goyang kaki je

"Mak cik..panggil Ara je. Tak payahlah bercik cik dengan saya" kata Ara dengan lembut

"Yelah. Ara pergilah berehat. Kalo tak nak, pergi duduk depan sana. Biar mak cik siapkan makan malam. Lagipon, mak cik dah biasa buat semua ni sorang-ii"

"Betul mak cik tak nak Ara tolong?"

Mak cik Choi mengangguk

Ara mengukirkan senyuman. Kakinya mula melangkah meninggalkan ruang dapur itu. Dia ikhlas nak bantu mak cik Choi di dapur tapi wanita itu langsung tak membenarkannya

Dia berjalan ke arah sliding door. Terus dia ke halaman rumah untuk mengambil udara segar pada waktu malam. Angin sejuk yang menyapa tubuhnya langsung tak dihiraukan. Dia cuma mahukan ketenangan

"Tak sejuk ke duduk luar malam-ii ni?"

Suara perlahan dari belakang membuatkan lamunan Ara terhenti. Terus dia berpaling untuk melihat Taehyung yang sedang menyandarkan bahu kirinya di sliding door

"Boleh selesema nanti kalo duduk lama-ii kat luar ni. Patutlah saya tengok awak takde dalam bilik" gurau Taehyung. Dia mula mengatur langkah ke arah bangku yang diduduki Ara. "Boleh saya duduk sini?"

Ara mengangguk. Gadis itu mengesot ke tepi sedikit untuk memberi ruang kepada lelaki itu

"Are you feeling better?" soal Taehyung sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas bangku

Ara mengangguk lagi. Rasa tak selesa pulak bila Taehyung duduk terlalu dekat dengannya. Lebih-ii lagi cuma mereka berdua je dekat luar ni

"Uhm..Taehyung" panggil Ara

Taehyung memandang Ara di sebelah. Kening sebelahnya dinaikkan sambil bibirnya tersenyum lebar. Berbunga hatinya apabila mendengar Ara memanggil namanya

"Gomawo" ucap Ara sambil menunduk

Senyuman Taehyung kini bertukar sinis. "For what?"

"Uhm..saya tak tau macam mana nak balas budi awak. Awak dah banyak tolong saya. Mian sebab dah banyak menyusahkah awak"

"Kan saya dah cakap sebelum ni. Saya ikhlas bantu awak. So please, jangan ulang lagi apa yang awak cakap tadi tu"

"Tapi tetap saya rasa bersalah sebab selalu menyusahkan awak. Saya tak septutnya muncul dalam hidup awak, Taehyung"

Taehyung berdecit. Wajah Ara ditenungnya lama sebelum dia mendekati gadis itu."Jangan cakap macam tu. Awak tak perlu rasa bersalah. Kan saya sendiri yang nak tolong awak"

"Tapi kenapa? Kenapa awak sanggup nak tolong saya?"

Taehyung menjongket bahu. Dia tersenyum nipis. "Entah. Maybe sebab awak nampak special di mata saya"

Ara mengetap bibir. Perlahan lahan dia mengesot ke belakang apabila Taehyung semakin mendekat

Tiba-ii dia teringat kembali peristiwa semalam. Terus dia bangun dari bangku yang didudukinya tadi. Dia jadi takut bila mengenangkan semua itu

"Mian. Saya..saya masuk ke dalam dulu"

Taehyung melepaskan keluhan. Belum sempat pon Ara nak membuka langkah, Taehyung terlebih dahulu memaut tangannya. "Wae? Awak saja nak lari dari saya kan?"

"Bu..bukan macam tu..saya.." Ara menggigit bibir bawah. Dia menunduk sambil memejam mata rapat-ii. Hampir sahaja menitiskan air mata

Bukan dia sengaja nak berjauhan dengan Taehyung cuma hatinya itu masih tersisa dengan rasa takut

"Heyy" Taehyung turut bangun. Jarinya menyentuh dagu Ara lalu mengangkat wajah gadis itu supaya memandangnya

Mata mereka mula bertaut

"I'm not gonna hurt you. Saya tau awak masih takut. But I know you're strong" ucap lelaki itu

" Tapi Taehyung—"

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, Ara" Taehyung tersenyum. Matanya berlari ke serata wajah gadis itu. "You're safe with me. Saya akan sentiasa ada bersama awak"

Ara cuma diam. Perlahan lahan bibirnya menguntum senyum. Entah kenapa dia jadi malu bila mata mereka bertentangan. Jantungnya berdebar hebat

"Do you trust me?" bisik Taehyung lagi

Ara mengangguk perlahan. Matanya terpejam apabila tangan Taehyung mula melingkari pinggangnya lalu membawanya ke dalam pelukan lelaki itu

Yang peliknya, dia turut berasa selamat dengan Taehyung. Dia percayakan lelaki itu

"Ehem. Buat apa tu?" tegur seseorang

Ara mencelik semula apabila Taehyung mula meleraikan pelukannya. Pandangan gadis itu dihala ke arah sliding door. Merona wajahnya sebaik sahaja melihat Encik Kim di sana

"Tak elok berdua duaan kat luar waktu malam macam ni. Berpelukan pulak tu" Encik Kim menggeleng

Niat nak tutup semula pintu sliding tadi. Terus tak jadi bila nampak mereka berpelukan kat luar. Ingatkan penyangak mana yang bukak pintu ni tadi

"Appa jangan pikir yang bukan-ii. Tae bukan buat benda yang tak baik pon" Taehyung tak puas hati. Baru nak lama-ii dengan Ara kat luar ni

"Dah..dah. Mari masuk. Makan malam dah siap dah tu. Jangan lupa kunci balik pintu ni nanti" pesan Encik Kim sebelum orang tua itu meluru masuk ke dalam semula

Taehyung menggeleng. Kemudian, dia memandang Ara yang masih merona itu. Bibirnya tersenyum manis lalu mencapai tangannya mencapai tangan gadis itu

Ara mendongak. Gadis itu turut tersenyum apabila Taehyung mula menariknya pergi dari situ

"Kajja kita masuk"

TBC

----------

Just nak cakap yang author still tak boleh nak move on dengan mv dna. And yeah..Jungkook smirk duhh dalam tu. Dia saja nak bagi aku curang dengan Tae. Ni yang aku geram ni *tumbuk muka Jungkook* 😂 k. bye

 bye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[OG] Stay With Me + TaehyungWhere stories live. Discover now