Bibir dan matanya lebam dan juga berdarah dibelasah Carl Que Alexander, pistol juga turut dipatahkan oleh lelaki itu.

Carl Que Alexander meraup rambutnya ke belakang lalu kakinya diangkat tinggi sebelum menendang bawah dagu lelaki itu. Darah tersembur keluar dari mulut lelaki tersebut.

"Bukan kau yang bunuh aku, tapi aku yang akan bunuh kau. Bodoh!" hamburnya dingin dengan mata yang tajam.

Kaki diatur menuju ke keretanya, anak buahnya yang baru sampai terus meluru ke arah lelaki itu lalu diheret masuk ke dalam kereta.

Nur Husna menggenggam erat tangannya. Ditoleh sekilas ke arah suaminya yang tenang memandu tanpa sebarang riak diwajahnya.

Bahu suaminya masih lagi jelas dengan kesan tembakan.

Bibir digigit kuat dengan fikiran yang bercelaru. Semuanya sebab dia ke suaminya terpaksa menghadapi situasi sebentar tadi?

Jika ya, apa yang perlu dia lakukan? Dia tak rela melihat suaminya begitu untuk hari yang akan datang.

Tangan kiri Carl Que Alexander yang berada di atas peha itu dicapai lalu ditarik lembut.

Reaksi pelik suaminya dibalas dengan senyuman hambar.

"Husna mintak maaf kalau semua ni sebab Husna, abang yang kena. Kita pergi klinik ya?" ujarnya lembut dengan perasaan serba-salah.

CUP!

Belakang tangan suaminya dikucup lembut lalu tangan kasar itu digengggamnya kemas seakan menyatakan rasa bersalahnya.

Carl Que Alexander hanya diam tanpa sebarang respon.

Bukan salah isterinya, tetapi memang itu yang selalu dia hadapi selama bertahun-tahun. Kini, bila ada Nur Husna dia mesti lebih berhati-hati.


*

*

*

Damia menutup kelopak matanya rapat lalu ditarik selimut menutup separuh badannya.

Dia yang sedang menggumam bait-bait lirik lagu kegemarannya terus terhenti sebaik mendengar enjin kereta Carl Hans Mikael.

"Mia! Keluar sekarang! Hans dah ada dekat bawah ni!" laung Puan Laila dari arah ruang tamu sambil mempelawa lelaki itu masuk.

Carl Hans Mikael tersenyum sambil menunduk sedikit.

Niatnya datang ke rumah Puan Laila untuk meminta keizinan membawa Damia berjumpa dengan papa dan mamanya.

"Mia tak larat lah Umi.. Mia demam.."

Berkerut dahi Puan Laila, balasan suara Damia dapat didengar walaupun perlahan kerana jarak bilik Damia dan ruang tamu tak begitu jauh.

Hairan dia bila anaknya itu tiba-tiba saja demam.

Tadi elok saja, suara gadis itu bernyanyi kecil sempat didengarnya. Puan Laila tersenyum pada Carl Hans Mikael yang turut berkerut hairan.

Damia pastinya sengaja kerana tak mahu berjumpa dengan lelaki itu.

Minggu lepas anaknya bukan main menangis-nangis tak mahu berjumpa lelaki tersebut. Katanya, Carl Hans Mikael pembunuh bersiri.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now