"Umi! Tolong Mia! Encik pembunuh bersiri datang!"

*

*

*

Sepanjang berada di dalam kereta dengan Carl Hans Mikael, wajah Damia masam mencuka.

Mulut yang sebelum ini bising dengan bebelannya langsung tidak kedengaran dan itu mengundang perasaan hairan Carl Hans Mikael.

"Kau dari keluar dari rumah tadi terus bisu. Mulut kau sakit ke? Ke penat nak bercakap?" sinis Carl Hans Mikael bertanya.

Dipandang sekilas ke arah Damia yang tegak duduk dengan mata terhala pada jalan raya dengan wajah masam mencuka itu. Marah betul bila gadis itu tahu rancangannya bersama Puan Laila.

Carl Hans Mikael sudah merancang untuk memikat gadis itu dengan cara sebaik mungkin, dan dia juga telah bersepakat dengan Puan Laila. Jadi, tak hairan lah kalau dia boleh bermesra dengan ibu gadis itu.

Gigi diketap kuat. Damia yang tak memberikan sebarang respon pada pertanyaannya sedikit sebanyak mencabar keegoannya. Dia tak kisah jika Damia ingin bersikap dingin dengannya.

Tapi satu, jika dia tak boleh mendapatkan gadis itu dengan cara lembut dia akan gunakan cara kasar.

Persis seperti abangnya, yang penting Damia akan jadi haknya. Siapa suruh buat dia tertarik dengan gadis itu?

Stereng kereta dihentak kuat dengan tapak tangannya.

"Aku tanya kau kan? Jawablah! Dah bisu sangat ke? Takkan telinga kau pun dah pekak sama!"

Terhinjut bahu Damia, tersentak dengan suara lelaki itu yang keras dipendengaran telinganya.

Bagaimana dia tak seram dengan lelaki ini, sekejap okay kadang bengis macam sekarang.

"Saya tak nak bercakap dan saya malas nak bercakap dengan awak, abang handsome. Puas?" dijelingnya wajah tegang lelaki itu sekilas.

Carl Hans Mikael tergelak sinis dengan kata-kata gadis itu. Berani menjawab. Lalu pedal minyak ditekan kuat menambahkan lagi kelajuan kereta yang sedia laju. Mahu menakutkan gadis itu.

Damia mula menggenggam erat tali pinggang keledar disisi badannya dengan wajah cuak, kecut perut bila dirasakan kereta lelaki itu semakin laju meluncur di jalan raya.

"A-abang handsome jangan lah b-bawak laju sangat. Ba-bahaya lah!" tergagap-gagap Damia bersuara.

Terasa seakan ingin melayang saja badan kecilnya tika ini, ditoleh sesaat ke arah lelaki itu yang memandu dengan wajah tenang. Air liur ditelan kasar, seriau dibuatnya.

"Apa? Aku tak dengar. Kuat sikit kalau bercakap tu. Sejak bila kau jadi ayu macam tu? Sebelum ni mulut bukan main bising." senyuman sinis terukir dibibirnya.

Damia mengemam rapat bibirnya menahan perasaan geram dihati bila disindir lelaki misteri itu.

Matanya mula bergenang dengan airmata bila dirinya semakin ketakutan sekarang.

"Tolong lah perlahan. Saya mintak maaf lah abang handsome. Janji! Lepas ni saya tak buat macam tadi lagi. Please, abang handsome." terpaksa dia merayu dengn suara serak ingin menangis.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now