"Kau nak lari mana?"

Carl Hans Mikael tersenyum sinis melihat Damia yang ketakutan, bukan itu saja malah gadis kecil itu sempat lagi membebel padanya.

Mulut memang tak boleh diam, dia yang terpaksa tadah telinga pun letih.

"Abang handsome tahu tak saya dah lewat. Abang handsome time macam ni lah nak culik saya! Nanti Umi marahkan saya pulak, bukan marah abang handsome! Benci lah macam ni!" muncung-muncung bibir Damia menggerutu geram pada lelaki itu.

Damia memeluk tubuh dengan wajah masam mencuka di sebelah Carl Hans Mikael yang tenang memandu dengan muka dinginnya.

Menyesal pula dia bertemu dengan lelaki kacak itu tempoh hari.

Mana dia tak mengamuk bila lelaki itu memaksanya untuk mengikut lelaki tersebut. Kereta Vivanya pula ditinggalkan di parkir kereta.

Tak habis dengan itu, selamba saja lelaki itu mengheretnya masuk ke dalam kereta. Umi macam mana?

"Abang handsome ni harap muka je handsome! Tapi takde perasaan! Umi saya macam mana dekat pasaraya tu? Kalau saya terlepas nanti saya nak buat report! Biar padan muka abang handsome! Huh!" dijelingnya setajam pisau lelaki itu dengan ekor mata.

Tak habis lagi?

Carl Hans Mikael tercengang mendengar kata-kata gadis mulut murai itu.

Dia membelok keretanya di salah sebuah restoran yang berdekatan, sempat ditoleh ke arah Damia yang sedang membebel itu.

"Eh mulut murai! Cuba kalau sehari kau tak membebel tak boleh ke? Tak tenang eh hidup kau kalau tak membebel? Umi kau tu aku dah hantar dia balik. Puas hati? Dah! Tutup mulut kau tu sekejap."

Kereta diberhentikan tak jauh dari restoran itu sambil merenung Damia tajam. Niatnya untuk terus pulang langsung terbatal bila terserempak dengan gadis cute itu.

Alang-alang dia pun dah lapar, angkut jelah sekali dengan gadis cute tersebut.

Damia merengus tak puas hati. Dia tak mahu mengikuti lelaki kacak itu, dia nak balik nak tolong ibu dia dekat rumah.

Memang lah berbunga-bunga hati dapat bertemu dan keluar bersama dengan abang handsome tu, tapi dia tak suka dipaksa-paksa. Hish!

Carl Hans Mikael membuka pintu kereta dari dalam lalu melangkah keluar. Damia pula masih berdegil, dia memeluk tubuh tanpa mengikut lelaki itu keluar.

"Keluar lah, kau jangan nak degil sangat! Cepat!" dingin saja Carl Hans Mikael berkata.

Melihat gadis comel itu yang berpura-pura tak mendengar arahannya, pintu kereta dihempas kasar lalu dia berlalu ke arah pintu sebelah Damia hingga terhinjut bahu Damia dibuatnya.

Terkejut.

"Tak nak! Abang handsome pergi lah makan sorang-sorang! Ajak makcik yang lalu dekat situ teman abang handsome makan! Saya tak nak keluar! Saya nak balik! Nak makan dengan Umi!"

Terjuih-juih bibir Damia memandang wajah bengang Carl Hans Mikael. Mata yang bulat dan berkerut ingin menangis dipamerkan pada lelaki itu.

Mahu mengumpan Carl Hans Mikael.

Bibir diketap kuat. Sakit pula hatinya melayan perangai gadis tersebut. Sudah lah degil, keras kepala!

Tanpa banyak soal, direntapnya kuat lengan Damia membuatkan gadis itu terjerit kecil. Sakit dan terkejut.

"Degil sangat kan? Mulut pun tak reti nak tutup! Baik kau ikut aku sebelum aku suruh anak buah aku tembak Umi kau tu lepastu campak dalam gaung! Nak?" ugutnya dengan nada serius.

Mr Killer's Girl  |✔|حيث تعيش القصص. اكتشف الآن