Bagaimana dia mahu menolong gadis itu sedangkan Carl Que Alexander bukan sembarangan orang-lelaki itu cukup licik.

Macam ni lah Nur, aunty tak yakin Nur terlepas dari dia kalau Nur duduk dekat sini. Aunty bukan nak halau Nur tapi aunty rasa baik Nur bersiap sekarang, pinjam baju aunty dulu. Nur duduk rumah sewa lain. Boleh?"

Pantas Nur Husna bersetuju, cadangan Rozana boleh diterima pakai. Dia harus bersembunyi di tempat lain buat masa sekarang.

Baru dia ingin melangkah pergi dari ruang tamu itu, kedengaran deruman enjin kereta diluar rumah.

Bukan sebuah kereta tetapi mungkin dalam dua atau tiga buah kereta diluar rumah sewa Rozana. Nur Husna berpandangan antara satu sama lain dengan Rozana.

Masing-masing dengan wajah berubah pucat.

"Nur pergi masuk dalam bilik, cepat!" arah Rozana cemas dengan suara yang berbisik.

Bagai lipas kudung Nur Husna berlari ke arah bilik Rozana. Airmata mula membasahi pipinya dengan badan yang menggigil ketakutan.

Apa yang harus dia lakukan sekarang?

BAM!

Terhinjut bahu Rozana bila pintu rumahnya ditendang kasar daripada luar.

Muncul wajah menyinga Carl Que Alexander bersama beberapa orang anak buahnya yang berdiri di belakang lelaki itu.

"Mana perempuan tu?!"

Rozana cuba menenangkan hatinya yang berdegup hebat seakan mahu pecah saja dadanya berhadapan dengan lelaki yang mula berubah bengis itu.

Riak wajah yang pucat tak berdarah dan juga terselit sedikit gusar itu cuba dikawal sebaik mungkin.

"P-perempuan mana kau ni Que? M-mana ada sesiapa dalam rumah aku. Aku sorang je. Kau c-cari siapa ni?" anya Rozana berpura-pura tak mengetahui apa-apa.

Carl Que Alexander memberi isyarat mata pada anak buahnya supaya menggeladah seluruh pelusuk rumah Rozana mencari Nur Husna.

Dia berpaling kembali ke arah Rozana yang dilihat seakan takut-takut itu.

"Tch. Kau nampak bodoh sangat bila kau buat tak tahu macam tu." sinis Carl Que Alexander berkata.

Dia menghampiri Rozana yang berdiri tegak di tepi meja kecil ruang tamu itu. Rozana tak pandai menipu, tengok cara Rozana tergagap-gagap bercakap pun dia dah tahu.

Lagi-lagi bila dia melihat kesan tapak kaki Nur Husna yang terlekat di lantai.

Sudah jelas kesan tapak kaki yang kotor melekat diatas lantai itu menandakan ada yang lain selain Rozana.

"Betul! Mana ada orang lain. K-kau nak buat a-apa ni Que?" telan air liur Rozana melihat pisau ditangan lelaki itu.

Carl Que Alexander dengan wajah tak berperasaannya menolak tubuh Rozana kuat hingga membuatkan perempuan itu terduduk tersandar di sofa.

Lantas pisau yang berada ditangannya dihalakan tepat pada leher Rozana.

"Aku tak suka cakap banyak , kau tahu kan? So, cakap dekat aku MANA HUSNA! " jerkahnya tepat dihadapan wajah ketakutan Rozana.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now