Bungkusan makanan itu dibuka lalu ditolak ke arah Husna. Terkelip-kelip mata gadis itu memandang bungkusan nasi dan Que bersilih-ganti.

Hairan kerana sebelum ini ada pembantu yang menyediakan makanan untuknya.

Malah Que dengan wajah tak berperasaannya menarik kembali bungkusan makanan itu ke arahnya, sudu yang tersedia diatas meja dicapai.

Gadis itu selalu saja dilayannya bagai budak kecil, suruh makan pun dia terkebil-kebil.

"Buka mulut."

Husna sedikit tersentak, perasaan hairan pada lelaki itu lenyap begitu saja. Wajah tak beriak lelaki tersebut dipandang sekilas sebelum menunduk.

Malu bila ingin disuap lelaki itu lagipun dia gugup bila berhadapan dengan lelaki tersebut.

"Takpe, saya boleh makan sendiri." kata Husna perlahan menolak secara lembut tanpa memandang lelaki itu.

Sudu disuakan pada Husna, gadis itu yang menolak untuk disuapkan tak dihiraukan malah dia menunduk sedikit kepalanya melihat wajah Husna yang sedang tertunduk itu.

Senyuman sinis terukir dibibir, gadis itu malu rupanya.

Timbul idea nakal untuk menyakat gadis itu, dia merapatkan kerusinya pada meja lalu dengan sengajanya kaki kanannya digeselkan perlahan pada betis terdedah Husna.

Mata tetap melihat reaksi yang akan ditunjukkan gadis tersebut.

Husna ternganga kecil bila terasa betisnya disentuh sesuatu yang dingin, terkejut.

Dia melihat sedikit ke bawah meja dan apa yang dilihatnya kaki lelaki itu yang sedang bergesel dibetisnya.

Spontan Husna mendongak memandang Que pelik.

"Once again, dear. Open your cute mouth before I do more than this." kening diangkat sebelah dengan muka tak berperasaannya, sengaja mengugut.

Que menahan ketawanya daripada terkeluar, sumpah gadis kecil dihadapan dia yang terkebil-kebil dengan bibir yang sedikit terbuka sambil pandang dia itu jelas kenaifannya.

Macam mana dia tak obses dengan Husna. Haih!

Wajah Husna pula secara spontan berkerut geram bila diugut lelaki itu, hairan dengan perbuatan lelaki tersebut.

Tapi cuma seketika bila dia terpandang anak mata tajam silver-grey tersebut sedang menikam wajahnya.

"Tapi-" dia ingin membantah dan tak mahu lelaki itu meyuapnya makan. Terasa janggal.

Que yang geram dengan kedegilan gadis itu tersenyum sinis, boleh tahan degil rupanya budak ni walaupun takut-takut.

Lantas kakinya yang masih lagi menggesel betis Husna dibawah meja makin naik ke atas.

Mahu melihat sejauh mana kedegilan Husna bila dia lakukan perkara itu. Terkadang suka dia mengusik gadis tersebut yang selalu blur disebabkan takut dengannya.

Tak tahu apa yang ditakutkan Husna.

"Nak aku paksa kau buka mulut ke buka benda lain? Hm?" duga Que menekankan suaranya dengan renungan tajamnya.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now