Husna berjalan kaki untuk pulang ke rumah sewa Rozana kerana jarak rumah dan juga tempatnya bekerja tidak jauh, hanya mengambil masa berbelas minit saja.

Terdetik rasa takut dihati sewaktu melalui lorong gelap itu tetapi dia cuba untuk beranikan diri. Tali beg silangnya digenggam kemas sambil melajukan lagi langkah kakinya.

"ARGHH!"

Dia tersentak. Jantungnya serta-merta berdegup kencang apabila terdengar jeritan seseorang yang berada betul-betul dihadapan lorong yang dilaluinya sekarang.

Dia terkaku seketika .

Semakin dia menghampiri kawasan tersebut, jeritan seseorang yang berada dalam kesakitan itu makin jelas kedengaran.

Dia tiada pilihan lain, untuk berpatah balik dia juga tak tahu kemana harus pergi. Dia hanya perlu melepasi kawasan itu secepat yang mungkin.

BANG!

Terbuntang mata Husna melihat kejadian yang berlaku depan matanya, tubuh kecil Husna menggigil ketakutan.

Tak berkelip matanya melihat seorang lelaki yang terlentang di atas jalan dengan darah yang membuak-buak keluar dari mulut lelaki itu.

Pertama kali dia melihat sesuatu yang menakutkan secara terang-terangan. Kali ini, sendi lututnya terasa begitu lemah bila lelaki yang melepaskan tembakan itu menoleh ke arahnya dengan pandangan tajam.

"M-maaf, s-saya tak sengaja."

Husna mengundur perlahan-lahan ke belakang apabila terlihat tangan lelaki itu bergerak-gerak, yang ditakutinya sekarang adalah kerana sepucuk pistol berada di tangan lelaki tersebut.

Airmata mengalir laju membasahi pipinya. Husna berpaling ke belakang lalu berlari laju dengan perasaan berdebar-debar tanpa menoleh ke belakang.

Dia yakin lelaki itu atau tepat lagi si pembunuh itu sedang mengejarnya tika ini dan dia perlu pantas.

Semuanya secara kebetulan dan tak disengajakan, jka dia tahu akan terjadi begini dia lebih rela untuk menelefon Rozana datang mengambilnya.

"STOP! Aku tembak kau!"

Makin pantas larian Husna, kata-kata berbaur amaran daripada lelaki itu tak dihiraukan.

Beg silangnya yang terjatuh diabaikan, dia ingin menyelamatkan dirinya daripada pembunuh itu.

BUK!

Husna tersungkur di atas jalan raya. Tiada sesiapa di kawasan yang sunyi dan juga samar-samar diterangi cahaya lampu jalan.

Hanya dia seorang diri dan juga pembunuh itu, jika dia dibunuh malam ini belum tentu ada yang tahu.

Husna mengeluh sakit bila melihat lutut kirinya berdarah yang berdarah akibat terjatuh. Kain yang dipakainya terkoyak pada lutut dan kulit lututnya menggelupas.

Airmata lebat mengalir di pipi kerana pedih di lututnya dan juga ketakutan pada lelaki itu. Dia sedaya-upaya cuba untuk bangun.

Sempat dia menoleh ke belakang, susuk tubuh lelaki itu makin menghampirinya yang bersimpuh di atas jalan raya itu.

Gigi diketap kuat menahan sakit dan perit di lututnya, dia gagahkan juga untuk bangun dan dia berjaya.

"TOLONG!!!"

Dengan keadaan terhincut-hincut dia tetap berlari, lampu rumah sewa Rozana juga sudah kelihatan dari jauh bermakna dia semakin hampir dengan rumah sewa Rozana.

Malangnya, lariannya yang perlahan itu membuatkan lelaki itu berjaya mengejar dan sekaligus mendapatkannya. Bahu Nur Husna dipeluk daripada belakang dengan sebelah tangan.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now