Wajah gadis itu juga jelas terpancar riak ketakutan terhadap wanita yang selalu menyakitinya itu. Berharap agar kali ini dia tak membuat ibu tirinya marah.

Puan Maimunah yang masih lagi terasa berbahang makin sakit hatinya melihat lelaki-lelaki itu merenung Husna.

Pasti gadis polos itu sengaja mahu meminta simpati. Gelas yang dihulur oleh anak tirinya ditepis kasar.

"Aku tak nak air ni! Berambus!"

PRANG!

Bunyi kaca pecah memenuhi ruang tamu tersebut. Husna tersentak, wajah masam mencuka makciknya dipandang sekilas.

Kaca gelas yang berkecai di atas lantai dikutip perlahan, airmata yang ingin mengalir ditahan tidak mahu menaikkan lagi kemarahan Puan Maimunah.

"Hoi, orang tua. Kau yang pecahkan, kau lah yang kutip."

Puan Maimunah yang melihat Husna mengutip serpihan kaca itu merengus geram.

Perempuan ini mesti sengaja tunjuk simpati pada lelaki-lelaki itu tambah lagi bila lelaki itu membelanya walaupun sebenarnya cuma menegur.

"Masuk dalam bilik kau! Sekarang!" tangan kecil Husna yang mengutip serpihan kaca disepaknya kuat membuatkan gadis itu mengetap gigi menahan sakit.

Husna segera bangun dengan tangan yang menitik dengan beberapa titisan darah apabila kaca yang dikutipnya tertusuk dalam tangannya akibat daripada perbuatan Puan Maimunah itu.

Sebelah tangan pula mengesat airmata yang mengalir keluar.

Sempat ditoleh sekilas ke arah lelaki yang bersuara tadi sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya dengan wajah berkerut sakit.

Dia dengar lelaki itu menyindir, tapi tak berani untuk mengingkar arahan ibu tirinya.

Husna tahu, tiada siapa yang akan menyebelahinya. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang menjadi mangsa dera ibu tirinya tanpa sebab.

Hari yang dilalui tidak pernah badannya tak menjadi mangsa amarah wanita itu. Tapi dia tetap bersabar, berharap agar Puan Maimunah berubah.

Ianya mustahil, kerana sedari ibu bapanya meninggal lagi wanita itu sudah menunjukkan rasa benci padanya. Tapi, Husna langsung tak tahu apa salahnya.

Carl Que Alexander bangun berdiri dengan kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar iikuti anak buahnya yang lain.

Apa yang disaksikan itu membuktikan bahawa Puan Maimunah itu tak layak untuk diberi rasa simpati.

Manakala, Puan Maimunah tersenyum kelat, mahu mengambil hati lelaki itu yang berura-ura untuk pergi.

Mujur saja mereka tidak mendesaknya untuk membayar hutang lelaki itu hari ini, kalau tidak dia tak tahu mahu membayarnya bagaimana.

"Ingat, orang aku datang hujung minggu nanti. Kalau takde jugak, kau aku jual jadi pelacur dekat KL tu. Ni peluang terakhir kau, aku tak main-main."

Tertelan air liur Puan Maimunah saat mendengar amaran lelaki tersebut.

Manakala Que tersenyum sinis, mereka melangkah keluar daripada rumah kayu itu seperti tiada apa-apa.

*

*

*

Carl Ayden bercekak pinggang merenung tajam wajah anak sulungnya, Carl Que Alexander.

Gambar yang dihantar anak buahnya mengejutkan Carl Ayden dan Zara Nafisa. Tidak faham mengapa Que memilih untuk membunuh.

Gambar yang diterima adalah dimana Que sedang membakar tubuh mayat lelaki dengan menggunakan minyak petrol.

Mr Killer's Girl  |✔|Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu