Bab 53

3.4K 77 2
                                    

    Eliya melihat penampilannya dihadapan cermin.Selepas dia berasa puas hati,Eliya segera mencapai beg tangannya.Ketika itu Ries baru selesai menunaikan solat zohor.Seperti biasa,dia akan pulang waktu tengah hari untuk makan bersama Eliya dan solat sebelum kembali bertugas disyarikat.Eliya membantu Ries menyarungkan kot ke tubuh lelaki itu.Tali leher lelaki itu turut di perbetulkan.
"okay,dah handsome macam biasa.."ujar Eliya sambil mengucup pipi suaminya namun dia segera mengesat pipi lelaki itu yang mempunyai kesan gincu.
"habis dah comot pipi,bie.."
"biarlah..nanti tak adalah orang nak mengorat bie sebab tahu bie dah kena kiss dengan isteri bie sebelum pergi kerja.."balas Ries.
"haa..baguslah tu..nanti habis bie kena usik dengan Encik Osman.."Mereka keluar dari bilik itu beriringan.Eliya segera mendukung Dania yang sedang bermain didalam play pan .
"you nak jumpa Eddie sampai pukul berapa?.."
"sekejap aje kot..nanti I call you selepas dah selesai.."Ries hanya mengangguk lalu dia mengunci pintu rumah.Eliya yang sedang mendukung Dania segera masuk ke dalam kereta bersama Ries.Sejurus pagar tertutup,kereta Ries meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan elit itu.
"Bie.."
"hmm.."
"you tak kisah ke I jumpa Eddie?.."
"kenapa pula I nak kisah?.."
"you tak..err..cemburu?.."soal Eliya.Ries tergelak lalu mencapai tangan Eliya dan mengucup lembut.
"I kenal you macam mana..dulu pun sebelum bercerai dengan Eddie,you jaga maruah suami you walaupun you keluar dengan I..so,buat apa I nak risau?..I percayakan you.."Eliya tersenyum mendengar kata-kata Ries.
"thanks sebab percayakan I.."
"darling,apa guna kita kahwin kalau I tak percayakan you?..perkahwinan itu sendiri adalah suatu kepercayaan..kalau you tak percayakan I dan I tak percayakan you..you nak ke terima I jadi suami you?.."Eliya terdiam sejenak.Betul juga apa yang dikatakan oleh Ries.Jika dia tidak percayakan lelaki itu,buat apa dia mempertaruhkan kehidupannya untuk bersama Ries.
"betul cakap you,bie..tak sangka I ada suami yang sangat cerdik,handsome,kaya,berkarisma,boleh bimbing I dan paling penting..I love you.."ujar Eliya.Ries terdengar mendengar kata-kata isterinya.
"pa..pa.."tiba-tiba Dania berkata-kata.Eliya dan Ries saling berpandangan sambil tersenyum teruja.
"apa sayang?..cuba panggil papa lagi.."ujar Eliya.Si kecil Dania itu ketawa lalu sekali lagi dia menyebut papa.Mereka berdua sangat gembira dengan apa yang mereka baru lihat itu.
"dah besar dah anak kita,darling.."ujar Ries.
"ahh..tak ada..I belum sedia lagi nak tambah satu lagi..sakit bersalinkan Dania ni pun masih lagi I boleh ingat.."ujar Eliya bersama muka yang dikerutkan.Ries tergelak.
"ada I cakap apa-apa ke?..you yang emosi..I cuma cakap anak kita dah besar aje,kan?..ada I cakap nak tambah satu lagi ke?.."soal Ries sambil tergelak.Eliya mendekatkan wajahnya ke pipi Ries yang sedang memandu itu.
"because I know my husband very well..kalau dia tak cakap pun tapi dia memang ada memasang niat,.."ujar Eliya lalu mengucup pipi Ries.Lelaki itu hanya tergelak mendengar kata-kata isterinya itu.



Eliya mengambil tempat dihadapan meja kerja Eddie.Terasa agak janggal pula apabila berjumpa Eddie tanpa ditemani Ries seperti biasa.Eddie segera bangun dan mengambil Dania dari ribaan Eliya.Pipi tembam si kecil itu diciumnya bertalu-talu.
"kenapa Liya nak jumpa Eddie?.."soal Eddie yang kembali duduk ditempatnya sambil meriba Dania.Dia mengusap lembut rambut Dania yang lebat itu dengan penuh rasa rindu.
"Liya nak bincang dengan Eddie pasal Intan.."Kening Eddie terangkat apabila mendengar nama isterinya itu disebut.
"kenapa dia kacau Liya lagi ke?..Eddie dah bagi amaran pada dia pun dia masih kacau Liya lagi?.."soal Eddie.
"tak..alhamdulillah dia tak kacau rumah tangga kami..Cuma,boleh tak Liya nak beritahu Eddie sesuatu?.."
"apa dia?.."
"sebenarnya beberapa hari lepas,Intan ada berjumpa dengan Liya dan Ries.."
"buat apa dia jumpa Liya dan Ries?.."soal Eddie dalam nada sedikit tegang.Eliya menelan liurnya.Sudah lama dia tidak berdepan dengan perangai panas baran Eddie ini jadi dia agak gentar kerana Ries sangat berbeza dengan Eddie.Jika Ries marah atau tidak puas hati lelaki itu lebih suka menegurnya secara lembut dan berbincang dengannya.Berbeza dengan Eddie yang cepat melenting itu.
"Eddie sabarlah dulu..dengar dulu apa yang Liya nak cerita ni.."Eddie kembali diam.
"dia datang nak minta ampun dengan Liya dan Liya dah pun maafkan dia sebab Liya rasa perkara ni dah lama..Liya pun dah memilih untuk meneruskan hidup bersama Ries..Eddie pun dah jadi milik Intan,so tak perlulah kita besar-besarkan lagi hal ni..apa-apa pun Eddie dan Liya kan masih sepupu..takkan Liya nak benci kakak sepupu Liya sendiri.."
"habis tu kenapa dia cakap apa pada Liya?.."
"dia beritahu pasal kondisi kandungannya..Eddie,Liya rasa dah tiba masanya Eddie lupakan semua perkara yang dah lepas..Intan sanggup berkorban untuk mengandungkan anak Eddie walaupun dia terpaksa menghadapi risiko.."
"risiko?.."soal Eddie pelik.Hatinya mula terasa tidak enak.Eliya segera menceritakan segala-galanya kepada Eddie.Pucat wajah Eddie mendengar apa yang dikatakan oleh Eliya.Adakah dia bakal kehilangan isterinya buat kali kedua?.Eliya segera bangun lalu mengambil Dania dari pangkuan Eddie.
"Liya harap Eddie jagalah hati dia..perkara yang sudah lepas janganlah kita kenangkan lagi..Liya balik dulu..assalamualaikum.."ucap Eliya sebelum dia keluar dari ruangan pejabat Eddie itu.Eddie meraup wajahnya kesal.Segera kunci keretanya diambil dan dia keluar dari pejabatnya itu dengan tergesa-gesa.Hanya satu yang dia hendak lakukan iaitu memohon keampunan dari isterinya itu akibat kekasaran yang dilakukannya.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now