Bab 36

1.8K 60 0
                                    

    Angin malam menampar lembut wajah Eliya menerbitkan satu rasa ketenangan didalam hati wanita itu.Eliya memejamkan matanya sambil menikmati keindahan malam dari beranda biliknya.Cupp.. terasa pipinya dikucup lembut.Pantas matanya dibuka.
"kenapa sayang duduk kat luar ni?..kan sejuk malam ni.."Eddie merangkul pinggang Eliya sambil sebelah tangannya menyelitkan rambut Eliya dibelakang telinga.
"saja nak duduk kat luar..nak menikmati angin malam..nanti tak lama lagi mesti Liya rindu dengan angin malam kat sini,kan abang?.."soal Eliya lalu memandang wajah suaminya disisi.Eddie mengangguk sambil tersenyum.
"so,apa surprise yang sayang kata nak beri pada abang tu?.."Eliya tersenyum mendengar pertanyaan Eddie.Eliya mengusap pipi suaminya dengan penuh kasih sayang.
"I'm pregnant.."bisik Eliya sambil tersenyum.Eddie memandang wajah Eliya dengan teruja.
"betul ke sayang?..are you serious?..ya allah..alhamdulillah..I love you so much sayang..thank you for the best surprise.."ujar Eddie lalu mengucup pipi Eliya bertalu-talu.Eddie mendakap Eliya dengan perasaan gembira.
"thank you sayang.."ujar Eddie.Eliya memandang Eddie.
"no..thank you sebab abang masih bersama Liya sehingga sekarang..Liya harap kalau suatu hari nanti kalau Liya dah tak ada..abang jagalah anak-anak kita dengan penuh kasih sayang,ya?..jangan pernah sesekali tinggalkan mereka.."Eddie meletakkan jari telunjuknya ke bibir Eliya.
"syyy...jangan cakap macam tu..abang tak suka..no matter what happen..Liya dan abang yang akan jaga anak-anak kita..no one can replace you in my heart.."Eliya hanya tersenyum mendengar apa yang dikatakan oleh Eddie. 'and no body can take you from me..'hati Eliya berkata-kata.Eliya tersenyum lalu memeluk pinggang suaminya.Kepalanya dilentokkan ke dada bidang milik Eddie.
"agak-agak kali ni dapat girl atau boy?.."soal Eliya sambil bermain-main dengan jari jemari Eddie.
"tak kesah..kalau boy muka mesti macam Liya..and girl mesti macam abang.."ujar Eddie.
"aik..bukan ke selalunya orang cakap kacak macam ayahnya..cantik macam ibunya..kenapa abang punya versi lain sikit?.."soal Eliya lalu mendongak memandang wajah Eddie.
"sebab selalunya memang macam tu pun..tapi abang tak kesah..abang handsome..Liya pun cantik..so apa nak risau?.."soal Eddie.Eliya mengerutkan mukanya sambil tersenyum lalu mencucuk pinggang Eddie sehingga Eddie mengeliat akibat kegelian.
"perasan betul.."Eddie tergelak mendengar apa yang dikatakan oleh Eliya.
"betul la..tengok princess and hero..walaupun kacukan muka abang dan Liya..tapi tetap comel and handsome.."Eliya menjulingkan matanya ke atas. Eddie mengucup dahi Eliya.
"nakal eh isteri abang ni sekarang.."
"mestilah..barulah abang sayang lebih dan tak pandang orang lain.."Namun beberapa minit kemudian Eliya mengetap bibirnya. 'Alamak..mulut ni..janganlah cakap macam tu..kalau kantoi macam mana..adoii..'.
"mana abang pernah cari yang lain?..memang dari dulu lagi Liya je yang abang kejar..walaupun selalunya abang yang cemburu sebab ada orang tu selalu manja-manja dengan orang lain..sedih hati abang sebab orang tu selalunya nak marah-marah aje dengan abang.."Eddie membuat muka sedih.Eliya mengusap pipi suaminya.
"but I still love you,right?..tetap juga Liya disamping abang sehingga hari ni.."
"hurm..ye la..teruk betul penangan Liya ni..semua lelaki boleh jatuh hati..kadang-kadang abang rasa nak ikat je kaki tangan Liya kat rumah ni supaya tak ada orang boleh ambil Liya dari abang.."Eddie mencubit pipi Eliya dengan wajah geram.Eliya tergelak kuat.
"ye la..siapa suruh abang tak manjakan Liya..Liya cari la tempat lain untuk bermanja..Liya ni macam kucing tau..kalau tuan Liya tak selalu layan,Liya pergi la cari tuan baru..kalau tuan Liya marah,Liya cakar dia sampai berdarah..beranilah marah Liya.."usik Eliya.
"amboi..nak manja-manja macam kucing,ya?..isy..isy..isy..kalau Sofy dengan Heyqarl dengar mesti diorang jealous sebab daddy manjakan mama tak manjakan diorang.."
"dah daddy diorang ni asyik busy aje memanjang..kalau free pun mesti layan Sofy dan Heyqarl je..kesian tau mama ni sorang-sorang.."Tiba-tiba badan Eliya terasa seperti diawangan.Ternyata Eddie sudah mencepungnya.
"ehh..nak pergi mana ni?..Liya masih nak duduk sini la.."Eddie tersenyum.
"kata tadi daddy asyik manjakan princess dengan hero aje..ni nak manja dengan mama la pula.."balas Eddie.Eliya sudah tersenyum malu.

Eddie bersiap-siap dihadapan cermin manakala Eliya pula duduk bersilang kaki di sofa yang terletak bertentangan dengan cermin solek bilik mereka.Eddie tersenyum apabila matanya bersatu dengan renungan Eliya melalui pantulan cermin.
"kenapa sayang pandang abang macam tu?.."soal Eddie sambil tersenyum.Eliya bangun dari duduknya lalu mencapai kot milik Eddie dan menyarungkannya ke tubuh suaminya.
"nothing..mesti Liya nanti bosan duduk rumah sorang-sorang..nak pergi pejabat pula, dah tak ada apa lagi Liya nak buat sebab Encik Osman dah serahkan semuanya pada Ries.."Eliya membetulkan tali leher Eddie lalu memegang bahu Eddie.
"sayang nak abang temankan sayang ke hari ini?.."Eliya tersenyum lalu menggelengkan kepalanya. 'kalau abang temankan Liya kat rumah..gagal la misi Liya hari ini..'hati Eliya menjawab.
"it's okay..nantikan abang akan temankan Liya pergi Australia..so,sekarang ni abang pergi je la pejabat uruskan apa yang patut.."ujar Eliya.Eddie tersenyum lalu merangkul pinggang Eliya.
"but I will miss you for sure..macam mana ni?.."soal Eddie dalam nada berat.Eliya memegang kedua-dua pipi Eddie.
"it's okay..just call me.."ujar Eliya lalu mendekatkan wajahnya ke wajah Eddie sehingga hidung mereka berlaga.
"mama..daddy..oma panggil breakfast..ehh..sorry mama,daddy.."ujar Sofea lalu segera menundukkan wajahnya.Eliya dan Eddie memandang Sofea lalu tergelak.
"tahu pun malu..siapa suruh masuk bilik mama dan daddy tanpa ketuk pintu?.."soal Eliya.
"sorry mama.."ujar Sofea sayu bersama wajah seakan-akan hendak menangis.
"dah..mari sini kita group hug,nak?.."soal Eddie bagi mengembalikan keceriaan diwajah Sofea.Sofea memandang Eddie sambil tersenyum lalu mengangguk.Eddie mendepakan tangannya dan Sofea berlari dan melompat kedalam pelukan Eddie.
"geram tau mama dengan Sofy ni..tak bagi mama peluang sikit pun nak manja-manja dengan daddy.."ujar Eliya lalu mencubit pipi comel anaknya itu.Sofea hanya tergelak.
"lepas ni princess kena la bagi mama manja-manja dengan daddy..kesian mama dan adik..diorang pun nak manja dengan daddy juga.."Sofea memandang Eliya dengan senyuman teruja.
"betul ke mama?..Sofy nak dapat adik ke?.."soal Sofea teruja.Eliya mengangguk sambil mencium pipi anaknya itu.
"yess..sayang mama dan daddy.."Sofea memeluk Eliya dan Eddie yang mendukungnya.Mereka bertiga saling berpelukan dengan perasaan bahagia. 'ya allah..semoga keharmonian dan kasih sayang kami berkekalan sehingga ke akhir hayat kami..'Eliya dan Eddie saling berpandangan dengan senyuman bahagia yang menghiasi bibir mereka.

Sofea memimpin tangan Eddie dan Eliya sambil menuruni anak tangga.
"ya allah..bertuah punya budak..oma suruh panggil daddy dan mama turun cepat tapi dia yang tukang panggil pun turun lambat juga.."ujar Puan Naimah.Sofea hanya tersengih memandang wajah Puan Naimah.
"umi..mana mummy dan yang lain?.."soal Eddie apabila perasan bahawa hanya Puan Naimah sahaja yang bersama mereka.
"ohh..mummy dengan papa kamu tu balik kampung..ayah pula macam biasalah,pagi-pagi lagi sudah keluar..nak pergi memancing katanya.."
"ohh..umi tak keluar ke?.."soal Eliya.
"tak la..umi bercadang hari ini nak rehat sikit.."jawab Puan Naimah.Sejurus mereka semua mengambil tempat masing-masing,doa makan dibacakan oleh Eddie sebelum mereka sekeluarga menikmati juadah.
"abang..abang tahu tak nantikan kita akan dapat adik.."ujar Sofea dalam nada teruja.
"betul ke mama?..yes..lepas ni kalau dapat adik boy,Heyqarl tak nak main dengan Sofea lagi.."Sofea sudah menarik muncung panjang apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Heyqarl.
"kamu mengandung ke Liya?..alhamdulillah.."ujar Puan Naimah yang berpura-pura seakan-akan tidak mengetahui berita itu.Eliya hanya tersenyum sambil mengangguk.
"tak baik Heyqarl cakap macam tu kat princess..kalau ada adik boy pun kenalah main sama-sama..kan Heyqarl,Sofea dengan baby semua adik beradik..tak baik tau gaduh-gaduh.."tegur Eddie.Heyqarl hanya memasamkan wajahnya manakala Sofea sudah tersenyum gembira kerana Eddie menyebelahinya.Eddie melihat jam tangannya.
"okay daddy have to go to work..sini peluk daddy sikit.."Heyqarl dan Sofea segera bangun dari duduk mereka lalu menyalam dan memeluk daddy mereka.
"Eddie pergi kerja dulu ya umi.."ujar Eddie lalu menyalami Puan Naimah.Eliya mengambil briefcase milik Eddie lalu jalan beriringan dengan suaminya itu.
"sini nak kiss princess besar pula.."ujar Eddie lalu memeluk Eliya lalu mengucup dahi isterinya itu.Tangan kanannya diletakkan ke perut Eliya yang masih kempis.
"baby jangan nakal-nakal,okay?..jangan buat mama pening atau sakit.."ujar Eddie.Eliya hanya tergelak mendengar pesanan oleh suaminya itu.
"daddy pun jangan nakal-nakal..nanti jangan lupa call..takut baby rindu.."ujar Eliya sambil merangkul leher Eddie.
"baby je rindu..mama baby tak rindu ke?.."
"kalau baby rindu sikit..mama baby rindu banyak.."jawab Eliya.
"sayang ni sengaja je tak nak bagi abang pergi kerja ,kan?"
"dah..dah..pergi kerja cepat..jangan lupa balik awal sikit tau.."pesan Eliya sambil menolak tubuh Eddie agar lelaki itu segera beredar ke tempat kerja.
"okay..take care ,ya sayang?.."Eliya hanya mengangguk sambil melambaikan tangannya.Didalam benaknya dia sudah mula merancang apa yang bakal dilakukannya sebentar lagi. 'siaplah kau perempuan..kau belum kenal lagi siapa Eliya Rihanna..'hati Eliya berkata-kata dengan semangat untuk melaksanakan rancangannya.


Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now