Bab 21

2.6K 72 3
                                    

Eddie Ryqarl masuk ke rumahnya tepat jam 9 malam.Sejak dari pertemuannya dengan Intan Nurhuda petang tadi,dia tidak dapat berfikir tentang perkara lain selain dari isterinya sahaja.Dia runsing untuk mencari jalan agar dia dapat berjumpa dengan Eliya.Sudah la isterinya itu pergi ke luar negara tanpa pengetahuannya tambahan lagi dia langsung tidak tahu dimana gadis itu berada.Yang dia tahu hanyalah gadis itu kini berada di Australia bersama Rabiatul.Eddie meraup mukanya sambil merenung anak ikan yang berenang dikolam kecil yang terletak dilaman rumah mereka.Tiba-tiba dia terasa ada orang duduk disampingnya.
"Eddie.."kedengaran suara garau disebelahnya membuatkan Eddie pantas memandang gerangan yang memanggilnya itu.
"papa..papa..maafkan Eddie..Eddie betul-betul tak salah dalam hal ni..Eddie dianiaya,papa.."ujar Eddie bersungguh-sungguh.Encik Farid tersenyum lalu mengusap belakang anaknya itu.
"papa tahu..ayah dah ceritakan kat papa tadi..maafkan papa ,ya nak..papa bertindak meluru tadi.."ujar Encik Farid dalam nada perlahan.
"tak apa,papa..Eddie faham..Eddie pun salah dalam hal ni sebab terlalu ikutkan perasaan sampai isteri yang Eddie amat cintai pun sanggup Eddie pinggirkan dan akhirnya Eddie yang rasa kehilangan sekarang..dimana dia pun Eddie tak tahu.."ujar Eddie sayu.
"papa tahu Liya dimana,nak.."beritahu Encik Farid tenang.
"ya ke papa?!..tolonglah beritahu Eddie,papa..Eddie dah tak sanggup jauh dari dia lagi..enam bulan berjauhan dengan Eliya buat Eddie sesak untuk bernafas papa..Eddie nak selalu berada disamping dia papa.."ujar Eddie jujur.
"Eddie..seperti mana yang Eddie rasa tu..itu jugalah yang dirasai Eliya,Eddie..setiap hari sepanjang dia berpantang,hanya nama Eddie saja yang selalu disebut-sebutnya..berkali-kali kami suruh dia call Eddie tapi dia hanya menangis..dia tahu Eddie masih marahkan dia..kami tak tahu apa yang berlaku antara korang berdua Cuma satu aje papa nak pesan..sebagai seorang suami,kita harus bersifat rasional..jangan cepat melenting dan cemburu dengan apa yang kita nampak..papa dapat agak Eddie cemburukan si abang angkat Eliya,kan?..Eddie..jangan risau..papa tahu,Eliya tu hanya cintakan Eddie seorang sahaja..kalau dia tak cintakan Eddie..dia tak sudi nak mengandungkan anak Eddie walaupun buat sementara..dan ingatlah mungkin bukan rezeki kamu berdua untuk dapat cahaya mata dalam masa terdekat ni..jangan putus asa,ya nak?.."nasihat Encik Farid tenang.
"lagi satu..Eliya suruh papa serahkan ini pada kamu.."ujar Encik Farid lalu menghulurkan cincin perkahwinan milik Eliya kepada Eddie.Eddie mengambil cincin itu lemah dengan rasa sebak dan rasa serba salah mula mencengkam jiwanya.Dia tahu kali ini dia telah tersilap andaian lagi tapi dia harus juga selidik hal sebenar dari mulut Zafril sendiri. 'ya allah..bantulah hambamu ini menyelesaikan kemelut yang melanda rumah tanggaku ini..Liya..maafkan abang..maafkan abang,sayang..'.

Keesokkan harinya,Eddie masuk ke pejabat seperti biasa.Kelibat Intan Nurhuda sudah tidak kelihatan membuatkan Eddie dapat bernafas dengan lega.Sejurus masuk ke ruangannya Eddie pantas mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor seseorang.Dia harus mengetahui perkara sebenar hari itu juga walau apa pun terjadi.Beberapa minit kemudian panggilannya berjawab.
"assalamualaikum,Maria.."
"walaikumsalam,Eddie..apa khabar?..lama tak dengar khabar you.."ujar Maria Hanna dihujung talian.
"erm..I sihat cuma hati I yang tak sihat.."balas Eddie.Kedengaran gelak dihujung talian.
"ni mesti pasal isteri kesayangan you tu pergi luar negara kan?.."tekaan Maria Hanna mengena.
"ye..I call ni nak minta nombor Zafril..I tahu dia pun di Australia juga kan?.."soal Eddie yang berbaur cemburu namun dia segera beristighfar.
"Eddie..relax la..adik I dan isteri you tu jauh tau..adik I belajar di Tasmania..dan isteri you pula di Perth..kan jauh tu..takkan la diorang tu nak bermadu asmara kot..agak-agak la Eddie kalau nak cemburu..you tahu tak you dah buat isteri you tu cukup terseksa sepanjang enam bulan ni.."ujar Maria Hanna yang selalu mendengar cerita mengenai Eliya dari Zafril.Eddie mengeluh perlahan.Walaupun ayat Maria Hanna agak pedas namun memang benar apa yang dikatakan oleh wanita itu.Dia memang cemburu buta dan cemburunya itu telah merosakkan hubungannya dengan Eliya.
"I tahu,Maria..I cuma nak perbetulkan keadaan aje..tolonglah berikan I nombor Zafril dan alamat dia disana.."ujar Eddie seakan-akan merayu.
"okay I cuma akan bagi maklumat pasal Zafril sahaja..tapi I takkan beritahu you dimana kedudukan sebenar Eliya..dia terlalu terluka Eddie..berilah dia waktu untuk menyendiri dan menenangkan hati dia.."ujar Maria Hanna.
"baiklah,Maria..by the way, thanks.."ujar Eddie.
"you're welcome.."ujar Maria Hanna sebelum mematikan talian.Beberapa minit kemudian,Eddie mendapat pesanan ringkas dari Maria Hanna berkaitan dengan maklumat mengenai Zafril di Tasmania,Australia.Eddie tersenyum gembira.Dia mencatit maklumat tersebut dalam diarinya sebelum memulakan kerjanya. 'sabar Eddie jangan terlalu terburu-buru..'dia mengingatkan dirinya sendiri.


Eliya mengetuk pintu bilik Rabiatul agak kuat menyebabkan gadis itu tersedar dari lenanya.Dijeling jam yang terletak disisi katil sebelum dia terjatuh dari katilnya.Rabiatul membulatkan matanya apabila melihat jam sudah menunjukkan ke angka 9 pagi. 'ya allah!..aku dah lambat!!..'Rabiatul berlari masuk ke dalam bilik mandi sebelum beberapa minit kemudian dia keluar dari bilik dalam keadaan tergopoh-gopoh.Eliya sudah menyarung kasutnya.
"wey..asal tak kejut aku awal?.."soal Rabiatul sambil memilih kasut yang ingin dipakainya.
"patutnya aku yang tanya kau soalan tu..ada ke patut kau malam tadi tidur awal pun boleh bangun lewat..hisy..dah la pagi ni ada kelas dengan Mr.Paul..matilah kita kalau lambat kali ni.."ujar Eliya sebelum dia kelam kabut mengunci pintu apartment yang disewanya bersama empat lagi pelajar yang lain iaitu Emilyn,Rabiatul,Katty dan dirinya.Walaupun mereka baru sebulan tinggal di Perth namun dia amat selesa dengan masyarakat disini.Walaupun dia islam dan bertudung namun mereka tidak memandang serong kepadanya.Rakan barunya merangkap teman serumahnya iaitu Emilyn yang berasal dari gadis yang mempunyai darah campuran Cina-Belanda itu amat peramah dan baik orangnya manakala Katty yang merupakan gadis tempatan yang berasal dari Pulau Melville itu juga sama seperti Emilyn.Mereka tidak pernah meminggirkan Eliya dan Rabiatul kerana berlainan agama bahkan mereka juga menghormati Eliya dan Rabiatul dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama islam.

Eliya mendahului Rabiatul ketika masuk ke dalam dewan kuliah.Ketika itu Mr.Paul sedang tekun memberi penerangan tentang slide yang disediakan.Eliya dan Rabiatul masuk dengan senyap-senyap.Lagak mereka sudah kelihatan seperti pencuri yang mahu memecah rumah sahaja.Mereka menghela nafas lega apabila Mr.Paul tidak berkata apa-apa namun sejurus mereka duduk di kerusi Mr.Paul menyebut nama mereka.
"Eliya..can you tell me what is your excuse for being late..again today?.."soal Mr.Paul dan sengaja ditekankan diperkataan 'again'.Eliya tersenyum comel lalu memandang kearah Mr.Paul.
"there was a traffic jammed,Mr.Paul.. so,I was stucked in it.."ujar Eliya.
"ouh..so you think it's a perfect excuse for being late today..last time I will accept your excuse but today I really upset with both of you..Abby..what is your excuse for being late today?.."ujar Mr.Paul lalu memandang Rabiatul yang sudah terkulat-kulat.Bukan Eliya tidak tahu rakannya itu pantang ditanya oleh guru atau pensyarah pasti kelu lidahnya untuk menjawab.
"Abby..the time is not waiting for you..I'm waiting for an answer.."ujar Mr.Paul tegas.
"I..I.."Abby sudah gagap.
"she was with me,Mr.Paul.."ujar Eliya.
"okay then..meet me after the class..both of you.."ujar Mr.Paul lalu meneruskan penerangannya yang tergendala sebentar tadi.
"thanks,Eli..jasamu ku kenang.."bisik Rabiatul kepada Eliya.Eliya hanya tersenyum lalu menangguk.

Selepas tamat kelas Mr.Paul,Eliya dan Rabiatul bergegas kearah Mr.Paul yang sedang menyusun kertas dimeja hadapan dewan kuliah.
"Girls..I really upset for both of you..I really want you to be punctual..can't you just be on time in every of my class?..I really hope that this time is the last time for both of you to come late into my class..there will be no more next time for being late,deal?.."soal Mr.Paul dengan senyuman yang terukir dibibir lelaki tua yang kelihatan hampir seusia dengan atuk Samad.
"okay..deal,Mr.Paul..thanks for giving us a last chance.."ujar Eliya manakala Rabiatul hanya mengangguk sambil tersenyum.Dia suka dengan cara Mr.Paul.Walaupun lelaki tua itu kelihatan garang namun dia tetap murah dengan senyuman.Rindu pula Eliya dengan datuknya apabila melihat Mr.Paul.
"thanks Mr.Paul..see you this Thursday..good bye Mr.Paul.."ujar Rabiatul sebelum dia dan Eliya beredar dari dewan kuliah tersebut.
"huh..nasib baik dia tak marah kita teruk-teruk..seram juga aku tengok muka dia tadi masa kita masuk kelas.."ujar Rabiatul kepada Eliya ketika mereka sedang berjalan keluar dari bangunan tersebut.
"Eli..aku nak tanya kau ni..kita ke sini kan untuk short course aje..kau rasa lepas habis short course ni,kita nak stay sini lagi ke?.."soal Rabiatul.Eliya juga sebenarnya ada terfikir juga tentang hal tersebut.Selepas setahun mereka akan tamat short course tersebut namun dia masih belum memikirkan hala tujunya kemudian hari. 'ah..malas nak fikir..biarlah masa yang menentukan segala..buat sesak otak aje nak fikir..'hati Eliya berkata-kata.
"erm..aku pun tak fikir lagi,Abby..biarlah takdir menentu segala.."ujar Eliya dengan nada seperti seorang sasterawan negara yang menyampaikan sajak.
"ececeh..malas aku nak layan hang..eyh..hari ni Zafril kata nak datang..katanya nak ajak kita merayau..jom?.."ajak Rabiatul.
"alaa,Abby..aku nak ikut tapi aku penatlah..minggu ni kan agak busy sikit..aku ingat bersempenakan esok sabtu dan kita cuti..aku nak rehat secukup-cukupnya..kau cakap dengan Zafril lusa aje la dia datang.."ujar Eliya.Rabiatul terdiam sejenak lalu segera tersenyum.
"okay,Madam.."ujar Rabiatul lalu menghantar pesanan ringkas buat Zafril.Rabiatul gembira dengan Eliya yang seakan-akan kembali kepada diri asalnya sebelum berkahwin dengan Eddie.Dia tahu Eliya masih teringat akan suaminya itu setiap malam namun dia bersyukur kerana Eliya sudah dapat menerima apa yang terjadi dengan hati yang terbuka.Ketika mereka sedang berjalan menuju ke perpustakaan seorang jejaka terlanggar bahu Eliya sehingga Eliya jatuh terduduk manakala buku yang dibawa oleh Eliya dan jejaka itu sudah bertaburan dijalan.
"ooh dear..I'm so sorry..I really didn't saw you.."ujar lelaki yang bercermin mata dan bermata biru laut itu.Wajahnya sungguh kacak dan mempunyai daya tarikan.Eliya hanya tersenyum lalu bangun dari duduknya namun kakinya terasa sakit akibat terseliuh.
"It's okay.."jawab Eliya namun semasa dia cuba berdiri tegak baru dia terasa sakit yang teramat sangat.
"Auch.."
"miss..are you okay?..let me help you.."ujar lelaki itu lalu membantu Rabiatul memapah Eliya sehingga ke bangku berdekatan.
"I think we have to bring her to the clinic.."ujar lelaki tersebut.
"Eli..kau okay tak ni?..risau aku dibuatnya.."ujar Rabiatul.
"aku okay jangan risau..kejap lagi elok la tu.."jawab Eliya.
"she's okay..I think we don't have to bring her to the clinic.."beritahu Rabiatul kepada lelaki itu.
"okay then if that what she said..no force.."ujar lelaki itu lalu tersenyum menampakkan lesung pipitnya di pipi kanan.Eliya dan Rabiatul sedikit terlopong melihat kekacakkan lelaki itu namun mereka segera menutup keterujaan mereka dengan senyuman.
"by the way,I'm Abby..and this is my friend..Eliya.."ujar Rabiatul memperkenalkan diri.Lelaki tadi mengangguk sambil tersenyum lagi.
"I'm Albert..ouh..sorry,girls..got to go..see you next time..nice meeting you.."ujar Albert ketika dia melihat jam tangannya.Eliya dan Rabiatul hanya melambai kearah jejaka kacak yang berbadan tinggi lampai dan sedikit sasa itu.
"aiseyman..handsome betul mamat tadi tu..ya allah tetapkanlah hatiku buat abang Farouq aje kat Malaysia tu..kuatkanlah imanku ya allah.."doa Rabiatul bersungguh-sungguh.Eliya tergelak mendengar doa kawannya itu. 'ada-ada aje Abby ni..'

Seminggu kemudian..
Eddie duduk dibirai katilnya lalu membuka diarinya sebelum mendail nombor Zafril.Beberapa minit kemudian kedengaran suara Zafril dihujung talian.
"hello..Zafril..ni aku..Eddie.."ujar Eddie.
"erm..kau nak apa call aku?.."soal Zafril kasar.
"aku nak kau terang kat aku perkara sebenar tentang kau dan isteri aku.."Tiba-tiba kedengaran tawa sinis Zafril dihujung talian.
"ooh..selepas enam bulan kau tinggalkan dia seorang baru sekarang kau nak tahu tentang hal sebenar..dahsyat..memang dahsyat..aku tak sangka ada lelaki yang macam kau ni dalam dunia..selepas bertindak baru nak siasat hal sebenar..hisy..aku tak faham kenapalah Eliya tu cintakan kau sangat..kalau aku jadi dia dah lama aku tinggalkan lelaki yang menyakitkan hati macam kau ni.."ujar Zafril geram.Kalaulah Eddie berada dihadapannya kini pasti dia akan belasah Eddie sampai lembik.
"Zafril..aku call kau ni bukan sebab nak cari gaduh atau nak bertengkar pasal Eliya..aku tahu aku dah tersilap langkah..aku harap kau tolong aku untuk ceritakan hal sebenar yang terjadi..dan pasal hari tu..maafkan aku sebab aku terlalu ikutkan perasaan marah dan cemburu aku.."ujar Eddie.
"erm..apa yang kau nak tahu?.."tanya Zafril acuh tak acuh.
"aku nak tahu cerita sebenar dari A hingga Z tentang apa yang terjadi antara kau dan Eliya..aku tak nak kau selindung apa-apa pun dari pengetahuan aku.."ujar Eddie lagi.Akhirnya Zafril menceritakan hal sebenar mengenai kejadian pada malam yang dia bertemu Eliya.

PERTH,AUSTRALIA
Eliya melihat kakinya yang berbalut.Sebentar tadi dia telah dibawa ke klinik kerana kesakitan dipergelangan kaki yang amat menganggu dirinya.Dia terimbau kembali kenangan dia bersama Eddie ketika berbulan madu di Langkawi.Perlahan air mata Eliya menitis lagi. 'Eliya..kenapalah kau lemah sangat..mungkin Eddie dah nikah bahkan mungkin dia dah pergi berbulan madu dengan isteri baru dia..buat apa kau nak fikirkan pasal dia lagi..entah-entah dia dah tak ingatkan kau lagi..'.Sedang Eliya sedang asyik termenung bahunya ditepuk.Eliya tersedar dari lamunannya.Dia melihat gerangan yang menepuk bahunya sebentar tadi ternyata ianya Albert.Jejaka itu menghulurkan sehelai tisu buat Eliya.Eliya tergelak kecil lalu mengambil tisu tersebut dan mengesat air matanya.
"are you crying because you're in pain?..if you are..I will be very regretful for making a beautiful girl like you to cry.."ujar Albert yang kacak bermata biru itu.Eliya hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
"don't worry..it's true that I'm in deep pain but it's not your fault.."balas Eliya.Albert tersenyum lagi membuatkan hati Eliya sedikit tenang melihat senyuman jejaka kacak berketurunan inggeris itu.
"ouh..it must be love problem,right?..I'm sure that guy will be very regretful for making a sweet girl like you to shed a tears for him.."ujar Albert lembut seakan-akan memujuk.
"wow..you are very good in guessing.."balas Eliya.
"so tell me,where are you from?.."soal Albert ceria dan peramah seperti semalam.
"I'm from Malaysia..and you?.."
"well..I'm from Brazil actually.. but my parents stayed here for long time so, now we are Australian.."beritahu Albert ramah.
"which part are you from?"soal Eliya lagi.
"we lived in Gold Coast but since I'm continuing my studies so now I'm renting an apartment near by here.."balas Albert lagi.
"by the way,where is your friend?..her name is Abby,right?"
"yeah..she's on her way here.."ujar Eliya dengan senyuman yang sentiasa menghiasi bibirnya ketika berada disamping Albert.Dia senang dengan kehadiran Albert walaupun mereka baru sahaja mengenali satu sama lain.
"by the way..are you free this Saturday?"soal Albert dengan senyuman yang sentiasa menarik perhatian Eliya untuk terus merenung wajah itu.
"yup..why?.."soal Eliya pula.
"okay then..actually I want to show you some interesting place here in Perth since you're new in town.."ujar Albert.Eliya pantas menangguk-angguk kepalanya dengan wajah ceria.Sebenarnya dia memang teruja untuk bersiar-siar disekitar Perth memandangkan dia baru sahaja tiba dari Malaysia membuatkan dia tiada masa untuk ke mana-mana tambahan pula dia memerlukan warga tempatan untuk menjadi juru pandunya ketika di Perth.Bagai mengantuk disorongkan bantal,Eliya terus menerima pelawaan Albert walaupun kakinya belum pulih sepenuhnya.
"great..tomorrow I'll fetch you at your place.."ujar Albert lagi.Beberapa minit kemudian kelihatan kelibat Rabiatul berlari-lari anak menuju kearah mereka.
"sorry for being late..jom Eliya.."ujar Rabiatul lalu memapah Eliya.Albert juga membantu bahkan dia juga menawarkan untuk menghantar gadis berdua itu ke apartment mereka yang kebetulan dua blok sahaja dari kediaman Albert.Eliya dan Rabiatul terus bersetuju memandangkan pergerakan Eliya agak terbatas.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now