Bab 12

3K 96 1
                                    

    Sebulan kemudian...

Eddie telah menjalani beberapa temu duga di beberapa syarikat namun disebabkan dia baru menamatkan pelajarannya dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman,dia tidak berjaya dalam setiap temu duganya.Akhirnya selepas beberapa minggu menjadi penganggur terhormat Eddie telah mendapat kerja.

Pada suatu pagi Eliya bersiap-siap untuk pergi ke sekolah namun dia pelik kerana selalunya Eddie masih berlingkar di atas katil tetapi berbeza pula hari ini kerana Eddie turut bersiap-siap untuk ke tempat kerja.
"abang..bila dapat kerja?..tak tahu pun.."
"baru je terima panggilan dari diorang semalam.."jawab Eddie selamba.
"kerja apa tu ,abang?"soal Eliya penuh minat.
"ada la..nanti Liya mesti tau juga.."
"ala..bagi la tau..kat mana?"soal Eliya ingin tahu.
"sayang..sabar la..nanti sayang akan tahu juga..don't worry,okay?..dah siap?..jom abang hantar pergi sekolah..nanti lambat pula.."ujar Eddie ingin menukar topik.Eliya sudah menarik muncung panjang tanda memprotes. Cup... bibir mereka bersatu.Eliya membulatkan matanya kerana Eddie dengan selamba mengucupnya walaupun dia sedang merajuk.
"abang..!!.."Eliya sudah terjerit kecil.
"tu la..muncungkan lagi bibir tu..kan dah kena cium.."ujar Eddie sambil tergelak nakal.

Eliya dan Eddie keluar dari bilik mereka sambil bergurau senda.
"amboi..macam pengantin baru ummie tengok kamu berdua ni.."usik Puan Naimah.Encik Harun,Encik Farid dan Puan Marina sudah tersenyum-senyum melihat telatah mereka berdua.Eliya sudah malu-malu kucing manakala Eddie dengan selambanya mencium pipi isterinya yang comel dalam pakaian sekolah.Eliya membulatkan matanya kepada Eddie kerana kelakuannya di hadapan ibubapa mereka.
"mesti la..hari-hari pun honeymoon ummie.."ujar Eddie mengusik.Muka Eliya sudah merah padan akibat apa yang dikatakan oleh Eddie.
"Eddie..ingat sikit..isteri kamu tu masih pelajar..kena tumpukan perhatian pada pelajaran juga..jangan asyik nak berkepit je dengan isteri..nanti tak pasal-pasal ada orang baru sebelum tamat sekolah menengah pula.."ujar Encik Farid kepada anaknya.Eddie memandang Eliya lalu mengenyitkan sebelah matanya.Eliya pula menjengkelkan matanya.
"eh..kamu berdua ni..sampai bila nak berdiri kat situ..cepat la sarapan nanti lambat pula.."celah Puan Marina.Eliya menelek jam tangannya masih ada satu jam sebelum waktu persekolahannya bermula.Mereka sekeluarga bersarapan bersama pada pagi itu.

Waktu rehat sudah bermula..Eliya keluar dari kelasnya bersama Rabiatul untuk ke kantin.
"Eli..kau makin berseri-seri la..hari ni punya seri lain macam..tak macam masa kau balik honeymoon hari tu..kali ni lebih sikit.."ujar Abby ketika mereka berdua duduk di bangku kantin.
"banyak la kau punya seri..biasa-biasa je.."balas Eliya.Tiba-tiba seorang murid datang kepada Eliya.Eliya dan Rabiatul menghentikan perbualan mereka sebentar apabila perasan pelajar tersebut sedang berjalan ke tempat mereka.
"Eliya..cikgu Junaida panggil..dia kata ada hal nak jumpa..dia kat bilik guru sekarang.."ujar Bobo,ketua kelas mereka.Eliya pelik kerana dia hanya penolong ketua kelas,kenapa guru kelas mereka memanggilnya.
"eh..Bobo..apa hal cikgu nak jumpa?..selalukan kalau ada kau..aku ni ibarat invisible je.."ujar Eliya pelik.
"erm..lupa pula aku nak beritahu kau..hari ni aku tak masuk kelas sebab kena ikuti kem..jadi,semua tugas aku, aku berikan pada kau secara rasmi ye cik Invisible.."usik Bobo yang agak mesra 'alam' itu.Eliya tergelak lalu mengangguk sebelum Bobo beredar dari situ.
"Abby..sorry ek..aku terpaksa chaw dulu la nampak gaya..nanti jumpa dalam kelas je la.."ujar Eliya.
"by the way,Eli..bukan ke kelas lepas rehat ni tak ada sebab cikgu Hani cuti sebab ikut suaminya ke luar negara..so..maksudnya hari ni tak ada kelas L.K la kan?"ujar Rabiatul ceria.
"hisy..kau ni..cikgu Hani baru je cuti semalam,kau dah happy sangat..mana tau cikgu tak jadi cuti ke..lagi satu..kau ingat sekolah senang-senang ke nak beri kita duduk tak ada guru dalam kelas..no way,girl..pasti ada cikgu ganti punya..percaya la.."balas Eliya.
"ala..kau ni..spoil je..baru nak release stress kau dah tambah.."
"mestilah..aku kan penasihat terbaik kau..a.k.a b.f.f kau..tak ingat ke cik Rabiatul Adawiyyoh Binti Supalio Joko Surman.."ujar Eliya sambil tergelak.
"hisy..diam la..jangan la sebut nama panjang aku..malu la.."bisik Rabiatul sambil mengerutkan wajahnya.
"dah la..malas aku nak layan kau..cikgu Junaida dah panggil kau tu..bye Miss Abby.."ujar Eliya sebelum beredar ke bilik guru.

"Assalamualaikum cikgu..cikgu nak jumpa saya ke?.."tanya Eliya kepada cikgu Junaida yang sedang membetulkan make-upnya.Cikgu Junaida memang digelar anak dara berhias di sekolah itu.Setiap hari cara pemakaiannya memang dahsyat.Bagai ingin mendapat anugerah pelakon terbaik sahaja.Walaupun dia sudah mencecah 26 tahun namun dia masih anggun dan cantik.Mujur guru lelaki sekolah mereka semuanya sudah berumur jadi tak mudah la untuk Cikgu Junaida memikat mereka.
"waalaikumsalam..Raihanna..cikgu hari ni mungkin tak masuk kelas sebab ada mesyuarat sekejap lagi..so,saya nak kamu tolong kawal keadaan kelas dan perkenalkan cikgu baru kamu ni dengan pelajar-pelajar kelas ye.."ujar Cikgu Junaida lembut.Eliya memandang kearah cikgu yang dimaksudkan oleh Cikgu Junaida tadi.Mulut Eliya sudah terlopong.
"kenalkan ni cikgu L.K baru kamu..cikgu Eddie Ryqarl..dia la yang akan gantikan cikgu Hani..Ed,kenalkan ni Eliya Raihanna..penolong kelas 4 L.K Ceria.."ujar Cikgu Junaida dalam antonasi yang agak manja.Eddie menangguk sedikit kearah Eliya.Eliya segera tersedar dari lamunan lalu senyum kearah Eddie. 'OMG!!...my husband ni..dah buang tabiat ke?..layan je la lakonan dia ni..siap la dia balik rumah nanti..'Hati Eliya berkata-kata.
"saya Eliya Raihanna..penolong kelas..sila beri tunjuk ajar pada saya..ab..eh..cikgu Eddie.."ujar Eliya kekok.
"okay..that's all for now..Raihanna,awak boleh tunjuk cikgu Eddie kelas..and Ed..awak boleh ikut Raihanna..see you later.."ujar Cikgu Junaida manja.Eliya sudah mencebik kerana muak dengan sikap cikgu Junaida yang sudah mengedik dengan Eddie.Eliya jalan beriringan dengan Eddie ke kelasnya.Dalam perjalanan Eliya hanya memasamkan mukanya.
"Liya..abang minta maaf..abang tak berniat nak selindung dari Liya tapi mesti Liya marah kalau abang beritahu tadi pagi.."ujar Eddie perlahan bagi mengelakkan sesiapa mendengar perbualan mereka berdua.
"sambung kat rumah je..and ingat..kita tak kenal satu sama lain kat sekolah ni.."bisik Eliya seakan-akan memberi amaran.Sejurus sampai di kelas,para pelajar perempuan sudah berdehem-dehem kerana melihat guru mereka yang muda dan kacak itu.Tetapi lain pula dengan Rabiatul.Dia sudah terlopong melihat gerangan guru baru mereka itu.
"class..perkenalkan..ni cikgu Eddie Ryqarl..cikgu L.K kita yang baru mengantikan cikgu Hani.."ujar Eliya di hadapan.
"assalamualaikum kelas..saya cikgu Eddie..saya akan mengajar kamu untuk matapelajaran lukisan kejuruteraan buat masa ni..ada apa-apa soalan boleh tanya saya terus,ya?.."ujar Eddie mesra kepada pelajar-pelajar barunya.Eliya sudah kembali duduk di tempatnya bersebelahan dengan Rabiatul.
"eh..Eli..tu kan.."ujar Rabiatul namun belum sempat Rabiatul menghabiskan ayatnya Eliya sudah memotong.
"ya..aku tahu..aku pun terkejut tadi..dia tak bagitahu aku pun pasal hal ni.."
"daebak..hebat..dahsyat..fantastic..awesome.." ujar Rabiatul teruja dengan apa yang baru terjadi ini. 'mesti menarik cerita Eli kali ni..'Rabiatul bermonolog sendirian.
"cikgu saya ada soalan.."ujar salah seorang murid perempuan didalam kelas tersebut.
"ya..perkenalkan diri awak dan berikan soalan awak tu?.."ujar Eddie.
"Nama saya Maiya..soalan saya adalah..cikgu dah kahwin ke belum?.."tanya Maiya.Kedegaran beberapa pelajar lelaki bersorak.
"senyap semua..erm..apa pendapat awak ,Maiya..awak tengok saya ni macam dah kahwin ke belum?.."soalan Maiya berjawab dengan soalan.Eddie tersenyum kearah Maiya apabila gadis itu sudah kelihatan sedang berfikir.
"cikgu belum kahwin?.."soal Maiya lagi.Eddie tergelak.
"kalau awak rasa macam tu..macam tu la.."jawab Eddie.Eliya sudah panas hati melihatkan kemesraan Eddie namun dia segera beristighfar kerana dia tahu Eddie sedang menjalankan tugasnya.
"okay..ada apa-apa soalan lagi?..kalau tak ada saya nak sambung pelajaran yang telah tertangguh sebelum ni.."ujar Eddie lembut sambil tersenyum kepada setiap pelajar barunya.

Kelas mereka tamat sejam kemudian.Eliya bagai cacing kepanasan ,setiap minit dia akan menelek jam tangannya.Hari itu terasa amat lambat masa berjalan.Segala kemarahan dan perasaan ingin tahu sudah mencapai tahap maksima dalam diri Eliya.Dia ingin segera bertemu Eddie namun dia tidak boleh berbuat demikian kerana mereka berada di sekolah. 'tiga..dua..satu..'Eliya berkira-kira sendirian detik-detik tamat waktu persekolahan.Tiba-tiba loceng berbunyi.Eliya sudah tersenyum senang lalu segera keluar dari kelasnya dari pintu belakang.Belum sempat rakan-rakannya mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengajarnya,Eliya sudah hilang dari pandangan mata.Eliya berlari-lari anak menuju ke perhentian bas sekolahnya dan sejurus dia sampai di perhentian bas ,kereta Eddie sudah kelihatan di luar.Eliya cepat menyelinap masuk ke dalam kereta suaminya kerana bimbang ada sesiapa yang mengenali mereka atau mengetahui mengenai mereka.
"assalamualaikum..abang..kenapa abang tak beritahu Liya yang abang minta kerja kat sekolah Liya?..Kenapa abang tak cakap yang abang mengajar kelas Liya?..Kenapa abang tak cakap yang abang ganti cikgu Hani?...dan.."Eliya berhenti sejenak untuk bernafas lalu kembali bersuara.
"dan kenapa abang tak cakap abang ni cikgu L.K Liya yang baru?.."tanya Eliya bertubi-tubi.Eddie hanya tersenyum.
"dah..habis dah soalan?..abang rasa la Liya ni layak la kerja dengan Lembaga Peperiksaan..sebab boleh buat soalan banyak sangat..mesti pening budak-budak nak jawab..tak pun kerja sebagai pegawai soal siasat..mesti penjenayah pengsan sebab tak tahu nak jawab yang mana.."ujar Eddie sambil tergelak kecil.
"abang..Liya tak ada mood la nak gurau sekarang..Liya tengah serius ni..abang boleh main-main pula.."ujar Eliya dalam nada merajuk.
"ya allah..sayang ni..abang cakap betul la..Liya tahu tak abang tak sempat jawab salam Liya lagi tau..soalan Liya bertubi-tubi datang dah macam machine gun dah..Liya..Liya.."
"ye la..jawab salam tu cepat-cepat..pastu jawab soalan Liya.."ujar Eliya.Eddie menggeleng kepala sambil tersenyum.Dia hanya menurut sahaja perintah isterinya.
"so,apa jawapan bagi soalan Liya?.."tanya Eliya.Eddie tersenyum nakal lalu menunjuk ke arah pipinya.
"as usually.."
"abang ni..kan abang tengah drive tu..takkan Liya kena kiss abang sekarang kot.."
"eh..itu satu kewajipan..tak kira apa yang abang tengah buat..Liya tetap kena kiss abang juga..tu kan perjanjian kita.."balas Eddie manja.
Eliya mencebik lalu segera mengucup pipi suaminya.
"hurm..macam tak ikhlas je..sekali lagi.."usik Eddie.
Eliya menghela nafas berat lalu ingin mengucup sekali lagi namun lain pula jadinya apabila Eddie mengambil kesempatan dengan memusingkan wajahnya ke arah Eliya.Pantas bibir mereka bersatu.
"abang..kan tengah drive tu..buat-buat bersabar la kot ya pun..nanti ke longkang pula kita.."ujar Eliya risau.
"alaa..ke longkang atau ke bilik?..."tanya Eddie nakal.Eliya menjeling Eddie lalu satu cubitan hinggap ke lengan Eddie.Eddie mengaduh sakit.
"so cepat la jawab soalan Liya.."ujar Eliya dengan perasaan ingin tahu.
"nanti la..kat rumah ya sayang..abang penat la..first day kerja..dengan peminat banyak pula tu.."ujar Eddie merengek sambil mengusik Eliya yang sudah masam mencuka apabila mendengar perkataan 'peminat' yang keluar dari mulut Eddie.
"huh..peminat konon..biar Liya sembelih diorang seekor-seekor..baru tahu apa nasib diorang nanti.."ujar Eliya bernada cemburu.Eddie hanya tergelak.
"mak ai..garangnya Puan Eliya Raihanna ni.."
"eh..mesti la..dah laki kita kena ngorat..nanti kena ambil orang..mahu menangis tak berlagu kita.."balas Eliya.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora