Bab 45

2.5K 84 3
                                    

    "Ries,betul ke you balik esok?.."soal Eliya bersama keluhan.Ries yang sedang duduk disamping Eliya hanya tersenyum.
"kenapa?..you tak nak I balik ke?.."Eliya mengangguk tanda mengiakan kata-kata lelaki itu.
"nanti I mesti sunyi..suami I pun dah dapat pengganti I..tinggallah I seorang dengan anak-anak.."
"mana ada you seorang..I kan ada.."
"tapi you jauh.."Entah kenapa Eliya berasa amat berat untuk membiarkan Ries pulang ke tanah air.Padahal lelaki itu sudah mengambil cuti dua minggu tanpa gaji demi menemaninya di Sydney.
Mujur majikan mereka tidak kisah memandangkan Ries adalah salah satu jurutera yang menjadi tulang belakang syarikat mereka.Jika tidak,pasti lelaki itu sudah dipanggil oleh bos mereka.
"you nak I selalu dekat dengan you ke?.."soal Ries sambil tersenyum penuh makna.Eliya hanya mengangguk bagai burung belatuk tanpa memandang kearah Ries.Sebenarnya dia tidak faham akan makna disebalik kata-kata Ries itu.
"kalau macam itu..nikah dengan I..I akan selalu ada disisi you tanpa dipinta.."bisik Ries romantis.Eliya menelan liurnya.Nampaknya dia sudah tersilap beri jawapan kepada lelaki itu.Eliya memandang Ries sambil terkebil-kebil.
"hey..I gurau je la..don't be so serious..kesian I tengok muka you yang macam ayam tercekik dedak.."usik Ries.Eliya segera menumbuk lengan lelaki itu.
"you ni ada-ada aje cara nak usik I ,kan?"
"yeah..because I want to see your precious smile everyday..your smile make my day..you tahu I tak boleh hidup tenang kalau tak tengok senyuman kat wajah you.."
"dah..dah..mula la merepek dia tu..mengada tau..kalau orang dengar nanti orang ingat I pula yang curang..bukan Eddie.."ujar Eliya tersenyum sambil mensisip air Iced Mocha miliknya.
"you tak sedih lagi?.."
"kenapa you nak I menangis kat dalam café ni ke?.."soal Eliya sambil tergelak nakal.
"tak la..I just wondering..dia dah menikah hampir dua hari and you nampak lebih relaks selepas dia menikah.."
"hurm..I rasa lega sebab sekurang-kurangnya perempuan tu dah berhenti dari mencari akal untuk membuat onar.."balas Eliya tenang.Ries tersenyum bangga.
"that's my girl..I bangga dengan you.."Eliya hanya tersengih.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.Eliya melihat nama yang tertera diskrin telefon bimbitnya.
"siapa?.."soal Ries.
"kak Maria.."jawab Eliya sebelum menjawab panggilan tersebut.
"ya kak Maria?.."Eliya mendiamkan diri buat seketika mendengar apa yang dikatakan oleh Maria Hanna.Tiba-tiba telefon bimbitnya terlepas dari pegangannya.Air matanya mula mengalir laju.Ries terkejut melihat perubahan Eliya.Telefon bimbit wanita itu segera diambil.
"why?..what happen?.."soal Ries risau.
"Zafril..Zafril dah tak ada.."ujar Eliya sebelum tangisannya terhambur.Ries segera menarik tangan Eliya lalu mereka bergegas ke kereta dan memandu laju menuju ke hospital,dimana jenazah Zafril dibawa.

Eliya merenung pusara Zafril dengan air mata yang tidak henti-henti.Tidak dia sangka hasrat lelaki itu tidak kesampaian.Ries mengusap bahu Eliya.
"sabarlah Liya..Allah sayangkan Zafril sebab tu Dia mengambil Zafril lebih awal.."pujuk Ries.
"tapi I tak ada disamping dia semasa dia menghembuskan nafas terakhir sedangkan dia pernah cakap bahawa dia nak I ada disampingnya ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya.."
"Liya..semua itu sudah ditentukan Allah..kita cuma mampu merancang tetapi Allah yang menetapkan segala-galanya..Zafril sudah terlalu banyak menanggung kesakitan dalam hidupnya..biarlah dia pergi dengan tenang..dan you jangan menangis lagi sebab dia akan bertambah terseksa jika you menangisi pemergian dia.."Perlahan Ries membawa Eliya keluar dari kawasan perkuburan Islam itu.
Eliya menoleh ke arah pusara Zafril. 'Ril..pergilah dengan tenang..terima kasih kerana pernah menjadi salah satu kenangan indah dalam hidup Anna..Anna harap Ril akan tenang disana..'

Hari itu Maria Hanna telah mengadakan kenduri doa selamat.Walaupun mereka tinggal di negara orang namun Alhamdullilah,ramai mualaf dan kenalan Umar dari masjid telah hadir di majlis itu.
Casey yang bukan beragama islam juga turut menghadiri majlis itu.Dia juga turut berasa sedih dengan pemergian Zafril.Walaupun mereka sudah menjangka pemergian Zafril itu tetapi dia tidak dapat membendung perasaannya kerana dialah yang telah melihat betapa Zafril begitu terseksa menanggung penyakitnya itu selama hampir setahun dia menjadi jururawat peribadi kepada lelaki itu.Eliya dan Ries turut membantu Maria Hanna dan Umar menguruskan majlis malam itu.Majlis tamat tepat jam sembilan malam.
Eliya duduk dilaman belakang rumah Maria Hanna sambil termenung mengingatkan perbualannya dengan Zafril mengenai solat taubat.Alhamdulillah,dia sempat mengajar lelaki itu cara untuk menunaikan solat sunat taubat dan membaca Al-quran.
Tiba-tiba dia teringat surat yang diberikan oleh Casey kepadanya sebentar tadi.Tangannya segera menyeluk poket jubah yang dipakainya.Kata Casey,Zafril sempat menulis surat itu semalam dan menyerahkan kepada Casey.
Lelaki itu menyuruh Casey agar memberikan surat itu kepada Eliya setelah dia sudah tiada.Siapa sangka keesokkan harinya Zafril telah dikejarkan ke hospital dalam keadaan nazak setelah mengalami masalah pernafasan.Sel kansernya sudah merebak sehingga menyebabkan banyak organnya sudah tidak dapat berfungsi.

Eliya membuka sampul surat yang berwarna putih itu dan mengeluarkan kertas yang elok berlipat.

Assalamualaikum Anna,

Saat Anna membaca surat ni,Ril sudah tiada lagi atas muka bumi ini.Ril harap Anna dapat menerima pemergian Ril ini.Terima kasih yang tidak terhingga Ril ucapkan pada Anna sebab sudi menemani Ril disaat Ril sudah hampir berputus asa untuk bertarung dengan penyakit Ril.Ril sentiasa sayangkan Anna.Ril harap sangat Anna dapat berbahagia disamping orang yang menyayangi Anna
.Ril tahu pernikahan Anna dan Eddie sedang mengalami dugaan yang sangat besar buat masa ni.Ril doakan kalian dapat menyelesaikan masalah ini dengan cara yang baik tanpa menyebabkan sesiapa kecewa dan patah hati.Maaf,Ril tak dapat menemani Anna ketika Anna menghadapi dugaan berat ini.Tetapi Ril lega sekurang-kurangnya ada lagi insan yang boleh Ril harapkan untuk menjaga Anna.Ril berasa tenang kerana Ril tahu Ries sangat mencintai Anna.
Andai kata perkahwinan Anna dan Eddie mencapai penghujungnya,terimalah cinta Ries.Dia seorang lelaki yang baik.Ril tahu dia cintakan Anna sepenuh hatinya melalui cara dia memandang Anna dan segala yang dia sanggup lakukan untuk Anna.Ril doakan yang terbaik untuk Anna.
Andai kata Eddie dan Anna kembali bahagia seperti dulu,cubalah untuk menjadi isteri yang baik.Ril tahu Anna rasa Anna seorang isteri yang tidak sempurna tetapi ketidaksempurnaan Annalah yang menjadi pelengkap kepada Eddie,begitu juga sebaliknya.Ril sentiasa mendoakan kesejahteraan Anna sekeluarga.Jagalah anak-anak Anna.Mereka itu adalah anugerah yang Allah berikan untuk Anna sebagai pelengkap rumah tangga Anna.Didiklah mereka dengan sebaiknya.
Akhir sekali Ril nak ucapkan terima kasih sekali lagi sebab pernah memberikan kebahagiaan buat Ril.Ril tak akan pernah lupa kenangan indah kita suatu ketika dahulu.Sedekahkan Ril Al-fatihah sebagai jawapan kepada surat ini.Berbahagialah Anna sesungguhnya Anna layak untuk merasai kemanisan bahagia itu.Ril hadiahkan kebahagiaan Ril pada Anna,gunakanlah dengan sebaiknya...


Yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mu,

Zafril

Eliya menyeka air matanya lalu menyimpan semula surat itu kedalam sampulnya sebelum memasukkan semula surat itu.
"hey..kenapa menangis seorang ni?..puas I cari you, rupanya you tengah menangis seorang-seorang kat sini..berapa kali I pesan kalau nak nangis pastikan I ada disisi you dulu?.."Eliya memandang Ries bersama air mata yang masih bersisa dipipi.
Tiba-tiba Eliya menyentuh dada Ries yang berlapik baju yang dipakai oleh lelaki itu.Ries agak tergamam dengan situasi itu.
Dup..dap..dup..dap..Eliya tersenyum apabila merasa degupan jantung Ries yang sangat laju itu. 'betul cakap Ril..tak sangka Anna tak pernah sedar akan perasaan dia..'.Ries segera mengalihkan tangan Eliya.
Wajahnya putih milik lelaki itu mula kemerahan.Eliya tersenyum.
"thanks Ries.."ucap Eliya ikhlas.Ries memberanikan diri memandang wajah Eliya walaupun dia rasa seperti hendak melarikan diri dari situ kerana rahsia perasaannya hampir terbongkar.
"for what?.."Eliya hanya menggelengkan kepalanya.Ries hanya tersenyum lalu memandang kearah lain.'Thanks for loving me..'jawab hati Eliya kepada soalan Ries itu.Eliya menyentuh tangan Ries membuatkan lelaki itu segera memandangnya semula.
"Ries..boleh tak you stay dengan I sikit masa lagi?.."soal Eliya.
"berikan I tiga sebab kenapa I perlu stay sedikit masa lagi?.."Eliya memandang langit sambil mengusap dagunya lagak seperti seorang detektif.
"sebab pertama adalah I ni rasa macam tak puas menangis..so mengikut akta yang dicipta oleh yang berhormat lagi kacak, Dato' Syed Riezwan Al-Habib ,kalau I nak nangis I kena nangis kat sebelah dia.."Ries menahan senyumnya apabila mendengar jawapan Eliya.Wajahnya sengaja diseriuskan semula.
"next?.."
"erm..next sebab saya Eliya Rihanna binti Harun,dengan berat hatinya tak nak Syed Riezwan Al-Habib untuk pulang ke tanah air manakala saya ditinggalkan seorang.."
"lagi?.."
"sebab..sebab apa ya?..err..sekejap I fikir.."Ries mendapat idea untuk mengusik wanita kesayangannya itu.
"sebab you nanti rindukan I kan?.."Eliya menjengkelkan matanya.
"perasan.."Ries tergelak lihat reaksi Eliya itu.
"so apakah jawapan encik Syed Riezwan Al-Habib ?..sudikah anda menerima alasan yang diberikan oleh saya.."
"err..I rasa macam susah untuk menerima alasan you tu.."Ries masih dalam mood mengusiknya.Tiba-tiba wajah Eliya berubah sayu.
"tak apalah..I sedar,I ni bukanlah seseorang yang penting dalam hidup you..apalah nasib I,semua lelaki yang I kenal tak pernah menghargai I..agak-agaknya nasib I ni memang malang ek?..ada suami pun ditinggalkan.."ujar Eliya perlahan.Entah kenapa dia terasa sedih dengan ayatnya itu.
Air matanya sekali lagi menitis.Niat asalnya hanyalah untuk bergurau dengan Ries tetapi entah kenapa dia terasa amat sebak selepas menuturkan ayat itu.Ries menyeka air mata Eliya menggunakan jarinya.
"hey..kenapa menangis ni?..I gurau aje la..mestilah I akan stay dengan you..I sanggup kena buang kerja tau asalkan dapat memenuhi permintaan you tu..I'm sorry,okay?.."pujuk Ries lembut.Air mata Eliya bagai tidak mahu berhenti.
"Liya..janganlah nangis..I pula rasa serba salah sebab cakap macam tu tadi..I minta maaf sangat-sangat,okay?..jangan nangis lagi,ya?..you nak ke nanti baby ni keluar,kuat nangis macam you?.."soal Ries lagi.
"banyak la you..ada kena mengena dengan baby ke?.."
"adalah.."
"siapa cakap?.."
"I yang cakap.."usik Ries lagi.Eliya segera mencubit lengan Ries perlahan.
"mengada tau.."Akhirnya mereka berdua ketawa.Ries memang seorang lelaki yang bijak untuk menenangkan Eliya.
Itulah sebabnya Eliya sentiasa selesa apabila bersama lelaki itu walaupun hatinya mencintai Eddie.Kadang kala orang yang kita cintai itu tidak semestinya dapat menenangkan kita.Itulah peliknya hati manusia.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now