PROLOG

14.9K 246 8
                                    

"Liya..Kalau dah besar nanti Liya nak kahwin dengan lelaki yang macam mana?,"tanya Eddie kepada Eliya Raihanna yang merupakan sepupu angkatnya yang enam tahun lebih kecil darinya.
"Erm..Liya nanti nak kahwin dengan laki yang baik..Hensem..Kaya raya..Dan tak play boy macam Eddie,"balas Eliya selamba ketika sedang makan ais krim di hadapan sekolah ketika sedang menunggu bas.
"Liya ni gatal tau..Baru umur 10 tahun dah pandai cakap pasal kahwin,"ujar Eddie yang baru berusia 16 tahun ketika itu.
"Ala..Eddie yang mulakan dulu..Liya cuma sambung je..Hehehe.."Eliya berkata-kata selamba.
"Banyak la Liya punya sambung..Dah la..Jom..Bas dah sampai tu.."balas Eddie Ryqarl.
Eliya merupakan satu-satunya cucu kandung atuk Samad yang mempunyai seorang anak angkat dan seorang anak kandung iaitu Harun ayah Eliya manakala Farid pula bapa kepada Eddie yang merupakan anak angkat kepada atuk Samad.
Eddie dan Eliya membesar dalam keluarga yang sama serta rumah yang sama sejak kecil lagi Eddie dan Eliya bagai isi dengan kuku tidak dapat dipisahkan.
Mereka sentiasa bersama dalam apa juga yang dilakukan sejak kecil.Pernah sekali Eddie dimarahi oleh bapanya dan telah dihukum berkurung dalam bilik,Eliya yang melihat peristiwa itu juga turut menangis dihadapan pintu bilik supaya dia juga menerima hukuman yang sama dengan Eddie.Akhirnya Eddie tidak dihukum kerana Eliya yang menjadi penyelamatnya.Walaupun mereka kadang kala seperti anjing dan kucing sering bergaduh,mereka tetap tidak dapat dipisahkan.
Eliya dan Eddie tiba dirumah atuk mereka.Keluarga Eddie dan keluarga Eliya tinggal serumah dengan atuk Samad.
"Assalamualaikum!.."ujar Eddie dan Eliya serentak.
"Walaikumsalam..Dah balik dah cucu atuk berdua ni,"ujar atuk Samad yang sedang duduk di kerusi malas yang terletak di ruang hadapan rumah.Mereka berdua berlumba kearah atuk Samad untuk mencium pipi atuk Samad.
"Hisy..Bau busuk la cucu-cucu atuk ni..Dah..Pergi mandi..dah macam bau telur tembelang dah kamu berdua ni.."ujar atuk Samad sambil menutup hidungnya.
"Telur tembelang tu apa,Eddie?.."tanya Eliya kepada Eddie sambil mengaru kepalanya yang tak gatal.
"Mana la Eddie tau.."balas Eddie.
"Laa..Apalah kamu berdua ni..Telur tembelang tu telur yang dah rosak..Dah cepat pergi mandi atuk ada cerita nak cerita kat kamu berdua.."ujar atuk Samad.
Eliya memandang kearah Eddie begitu juga dengan Eddie.Tiba-tiba Eliya mengira kiraan tiga..
"satu...dua...tiga!.."ujar Eliya sebelum berlari sepantas kilat diikuti Eddie menuju ke bilik mandi.Segala buku dan beg sekolah bersepah di ruang hadapan rumah.Atuk Samad menggeleng kepalanya sambil menepuk dahi.Puan Marina ibu kepada Eliya keluar dari dapur membawa air minuman untuk atuk Samad terkejut melihat keadaan yang bersepah di ruangan itu lalu menjerit..
"Eddie!!!...Eliya!!!..Kenapa tinggal beg kat sini?.."suara Puan Marina mulai kedengaran kuat seperti selalu. Selepas beberapa minit kelihatan Puan Naimah, ibu kepada Eddie menuju ke ruangan tersebut sambil memiat telinga kedua-dua Eddie dan Eliya.
"Hah..Nasib baik Ima nampak diorang ni lari macam pelesit tadi Mar kalau tak agak-agaknya sampai bila la beg tu duk berlongok kat situ,"ujar Puan Naimah geram.
Puan Naimah dan Puan Marina amat rapat dan mendidik serta mengasihi Eddie dan Eliya sama sahaja tanpa ada yang lebih mahupun kurang..
"Ala..Umi dengan mumy jangan la marah..Eddie dengan Liya cuma lumba masuk tandas je..Siapa yang kalah kena angkat beg sendiri dan pemenang,"ujar Eddie.
"Eddie..Mumy faham kamu tu nak main-main dengan Eliya tapi kamu tu dah besar panjang dah tapi perangai macam budak-budak..Jangan kamu layan sangat si Liya ni..Dah anak dara pun lari macam jantan.."marah Puan Marina.
"Umi tengok mumy tu dia cakap Liya macam jantan.."Adu Eliya kepada Puan Naimah.Walaupun Eddie anak kepada Puan Naimah namun Puan Naimah lebih rapat dengan Eliya berbanding anaknya sendiri begitu juga Puan Marina yang amat memanjakan Eddie.
"Dah la..Eddie dan Liya angkat beg tu ya sayang lepas tu letak kat bilik masing-masing.."Sampuk atuk Samad yang tidak ingin memanjangkan hal yang remeh ni.
"Abah..Buat apa manjakan diorang ni sangat nanti di pijak kepala kami berdua macam mana,"ujar Puan Marina.
"Mumy and umi..Maafkan kami..Janji tak buat lagi..Ehh,insyallah tak buat lagi,"ujar Eddie manakala Eliya hanya menganggukkan saja segala yang dikatakan oleh Eddie. Puan Marina dan Puan Naimah hanya tersenyum lalu mengangguk juga.
"Hah..macam tu kan bagus.."ajuk Eliya gaya atuk Samad.
"Eh..Ajuk atuk ye..Sini biar atuk geletek dia,"ujar atuk Samad.

Eliya ketawa berdekah-dekah apabila digeletek oleh atuk Samad dan Eddie.Baginya, itu la saat yang paling gembira dalam hidupnya.Selepas mandi, Eddie dan Eliya keluar dan terlihat semua ahli keluarga sudah berkumpul.Eliya mengambil tempat di pangkuan Encik Harun manakala Eddie duduk disebelah bapanya,Encik Farid.
"Baiklah semua dah berada disini..atuk ada cerita untuk cucu atuk berdua ni..nak dengar tak?.."Tanya atuk Samad.
"Cerita apa pula kali ni tuk?"tanya Eddie.
"Dengar la dulu cerita atuk ni..Cerita zaman perang dulu."ujar atuk Samad.
"Hisy..Bising la Eddie ni..Liya nak dengar cerita atuk pun susah,"ujar Eliya kepada Eddie. Ibubapa mereka hanya tersenyum melihat keletah anak-anak mereka.Bagi mereka tanpa Eliya dan Eddie pasti rumah itu akan sunyi sepi tanpa gelak tawa.Eddie mencebik.
"Dah..Dah..Biar atuk mulakan cerita..Pada satu hari, ada seorang lelaki muda yang merupakan seorang askar..Masa tu Jepun serang negara kita..Dia ada seorang kawan yang dah kahwin dan ada anak kecil..Anak lelaki,"ujar atuk Samad sebelum Eliya menyampuk.
"Abis tu askar tu tak kahwin lagi ke?"tanya Eliya. Eddie memandang Eliya lalu meletakkan jari telunjuk dibibirnya tanda menyuruh Eliya mendiamkan diri.Eliya hanya menjelirkan lidah.
"Ye..Dia tak kahwin lagi..Dah biar atuk sambung..Satu malam askar tu lalu kat kawasan rumah kawan dia. Tiba-tiba dia terlihat rumah kawan dia tu dah terbakar dan terdengar suara orang minta tolong dari dalam rumah.."
"Habis tu macam mana tuk?"tanya Eddie pula yang sudah tidak sabar ingin tahu apakah yang terjadi.
"Dia rempuh pintu rumah kawan dia tu dan ketika itu isteri kawannya dah meninggal..Tinggal kawan askar tu je yang hidup..Jadi dia sempat keluarkan kawan dia dari rumah tu bersama bayi lelaki tunggalnya..Kawan askar tu terbatuk-batuk dan membuat perjanjian bahawa mereka akan kahwinkan anak mereka..Askar tu pun terpaksa la setuju kemudian, terus kawan dia meninggal dunia..Tapi malangnya selepas askar tu kahwin.. Isteri askar tu lahirkan seorang anak tapi anak lelaki kemudian isteri askar tu pun meninggal semasa melahirkan anak pertama mereka tu.."
"Laa..Tak best la cerita kalau gitu tuk..Mengalahkan sinetron je,"ujar Eddie kembali.
"Nak buat macam mana dah takdir, Eddie.. Bukan boleh ubah,"balas atuk Samad.
"Abis tu tuk, takkan diorang nak kahwinkan anak lelaki diorang kot,"ujar Eliya yang masih belum matang pemikirannya. Ibubapa mereka hanya tergelak kecil mendengar apa yang dikatakan oleh Eliya.
"Takkan la nak kahwinkan laki sama laki..Mesti la perjanjian tu berlanjutan sehingga cucu mereka pula,"ujar atuk Samad.
"Laa..Kesian cucu dia jadi mangsa..Tapi hensem tak cucu kawan askar tu..Kalau hensem Liya pun sudi nak kahwin dengan dia ,atuk,"ujar Eliya selamba.Eddie menggeleng kepalanya.
"Tengok tu tuk..Gatal tau cucu atuk sorang ni..Dari kat depan sekolah dah cerita pasal kahwin,"ujar Eddie kepada atuk Samad yang hanya tersenyum.



















e='mso-bidi-�Fдa5 

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now