Bab 38

1.8K 59 0
                                    

    Eliya memandang awan biru yang indah dari tingakap kapal terbang.Dia kembali teringat kenangannya semasa belajar di Perth dulu.Segala ingatannya tentang bagaimana dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran diluar negara walaupun ketika itu dia baru lepas pantang.Tiba-tiba bibirnya tersenyum.Dia teringat kembali perbualannya dan Ries semalam.

"Liya..I dengar you tak sihat beberapa hari ni?..kenapa?.. you ada masalah ke?.."soal Ries dihujung talian.Serta merta air mata Eliya mengalir.
"I dah jumpa dah perempuan yang cuba merampas suami I enam tahun lepas..ternyata perempuan yang kita jumpa ditaman bersama Eddie hari itulah si perampasnya.."
"macam mana you pasti pasal tu?" Eliya segera menceritakan segalanya yang terjadi dari awal dia terdengar perbualan Eddie sehingga ke saat bagaimana Intan melemparkan kata-kata sinis dan ugutan untuk merampas Eddie darinya.Ries mengucap panjang selepas Eliya tamat menceritakan segalanya.
"apa yang patut I buat sekarang,Ries?..I pasti perempuan tu akan selalu contact dengan Eddie walau apa pun caranya..I rasa even kami dah di Australia pun perempuan tu tetap akan kacau suami I.."ujar Eliya bersama esakkan.
"syy..you jangan cepat mengalah macam ni Eliya..I tahu you seorang wanita yang kuat..takkan baru sedikit musuh you mencabar dan ugut,you terus nak putus asa..I ada satu rancangan baik punya.."
"what is that?"soal Eliya kepada Ries dengan perasaan ingin tahu.Air matanya segera dikesat.
"esok sebelum you pergi airport..you minta handphone private Eddie..you pandai-pandai la berikan apa sahaja alasan..then you tinggalkan handphone tu kat rumah..pastikan Eddie leka dan tak teringat pasal phone dia..and for sure dia akan tinggalkan handphone yang digunakan untuk business pada papa you kan?..so perempuan tu tak akan dapat contact dia untuk beberapa bulan ini..I'm sure Eddie tak hafal nombor perempuan tu kan?..Satu cara lain yang boleh dia gunakan adalah melalui email..so you pandai-pandailah godam suami you punya email.."ujar Ries.Eliya tersenyum puas.
"thanks Ries..otak you betul-betul bergeliga..I rasa mesti sebab banyak sangat tengok cerita Filipina you tu..sebab tu la banyak sangat rancangan jahat yang you boleh suggestkan pada I,kan?.."Ries hanya tergelak dihujung talian.

"sayang termenung apa ni?..abang tengok jauh sayang termenung.."Eliya hanya tersenyum melihat suaminya.
"ehh..bila masa abang tukar tempat dengan Sofea?.."soal Eliya apabila perasan bahawa Sofea sudah tidak berada disebelahnya.
"biasalah..si kembar tu mana boleh pisah.."Eliya memandang kearah tempat duduk dihadapannya ternyata Sofea dan Heyqarl sudah nyenyak tidur.
"sayang fikirkan apa tadi?.."soal Eddie.
"tak ada apa..teringat aje kenangan dulu..macam mana Liya pergi Perth dengan Rabiatul..and apa yang jadi di Perth dulu.."
"jangan ingatlah kenangan pahit sayang tu.."
"kenapa pula?..ingat tak macam mana orang tu cuba pujuk Liya dulu..sanggup bermandi hujan walaupun musim sejuk..lepas tu demam sampai masuk hospital lagi..susah betul nak pujuk orang tu dulu.."usik Eliya sambil mencubit pipi Eddie.Eddie tergelak.
"ye la..dah isteri abang yang nakal ni nakal sangat..terpaksalah abang bermandi hujan.."
"and ingat lagi tak masa Liya beritahu abang yang Liya mengandungkan Heyqarl dan Sofea dulu..abang punyalah teruja sampai sanggup beli flight tiket untuk bawa Liya balik.."sambung Eliya lagi.
"indahnya masa tu kan,sayang?..and now sayang mengandung lagi and kita akan ke sana semula..anak daddy ni akan rasa suasana yang dirasa oleh kakak dan abang dia dulu.."Eddie mengusap perut Eliya.
"hurm..Cuma bezanya masa mengandungkan Sofea dan Heyqarl,daddy masih muda..sekarang dah tua la..dah masuk 3 series dah.."Eliya mengusik Eddie.Eddie segera menjengkelkan matanya sebelum mereka berdua tergelak.

Ting tong..Ting tong..
Kedengaran bunyi loceng dipintu rumah Maria Hanna.Wanita itu segera membuka pintu dan kelihatan wajah Eliya , Eddie dan anak-anaknya dihadapan pintu rumah itu.
"Assalamualaikum kak Maria..rindunya Liya dengan akak.."ujar Eliya.
"Walaikumsalam..ya allah..akak pun rindu sangat dengan Liya.." mereka berpelukan erat.Sofea dan Heyqarl turut menyalami Maria Hanna.
"dah besar dah anak-anak korang..ehh..apa kita berborak kat depan pintu ni..jomlah masuk.."ajak Maria Hanna.Mereka sekeluarga masuk ke dalam rumah yang agak besar itu.
"cantik rumah akak.."puji Eliya ikhlas.Maria Hanna hanya tersenyum mendengar pujian itu.
"mana suami you,Maria?.."soal Eddie setelah sekian lama hanya menjadi pendengar.
"ada..dia tengah solat sekejap..nanti dia turunlah tu.."Eliya memandang Eddie sekilas sebelum bertanya kepada Maria Hanna.
"err..Zafril mana,kak?.."soal Eliya.
"ada..Liya nak pergi tengok dia ke?..maaflah..dia tak berapa kuat untuk keluar dari bilik..tapi jangan risau..ada jururawat dia dalam bilik..Liya pergi la jenguk dia.."Eddie mengangguk memberi keizinan kepada isterinya untuk menjenguk keadaan Zafril.Sofea dan Heyqarl dibawa oleh Eliya untuk menjenguk Zafril.

Tuk..tuk..
Pintu yang sedikit terbuka itu diketuk dari luar.
"masuk.."kedengaran suara lemah Zafril dari dalam bilik itu.Perlahan Eliya menolak pintu bilik itu.Zafril tersenyum gembira.Wajah yang suatu ketika dahulu menjadi pujaan Eliya kini sudah berubah cengkung bersama lingkaran hitam dibawah mata.Rambut Zafril juga sudah dibotakkan.Penampilan lelaki itu kini amat berbeza.Air mata Eliya bergenang melihat keadaan lelaki itu.Terpancar jelas diwajah Zafril bahawa lelaki itu sedang menanggung kesakitan.
"masuk la Liya.."ujar Zafril kepada Eliya yang masih berdiri dimuka pintu.Kelihatan Casey sedang membantu Zafril untuk duduk menyandar ke katil.
"awak apa khabar,Ril?.."soal Eliya lalu duduk dikerusi yang terletak disebelah katil Zafril.Wajah pucat Zafril sentiasa terhias dengan senyuman.Dia amat bahagia kerana akhirnya dia dapat juga berjumpa dengan wanita yang dicintainya itu walaupun wanita itu bukan miliknya namun cintanya buat Eliya adalah cinta sejati.Tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempat wanita itu dihatinya.
"macam ni la keadaan saya.."kata-kata Zafril terhenti apabila matanya terlihat kelibat kanak-kanak dihdapan pintu.
"ehh..lupa pula saya..Sofy,Heyqarl...mari masuk,salam uncle.."Sofea dan Heyqarl masuk takut-takut lalu menghampiri ibu mereka.Tangan kecil itu dihulur ke arah Zafril tanda mereka ingin menyalaminya.Zafril menarik Sofea dan Heyqarl kedalam dakapannya.Sofea dan Heyqarl hanya kaku didalam situasi itu.Eliya menyeka air matanya apabila melihat air mata Zafril mengalir walaupun bibirnya tersenyum.
"siapa nama mereka?..tak sangka dah besar dah anak-anak Liya..dulu Ril tak sempat jumpa mereka sebab masa tu Liya balik Malaysia sebelum melahirkan mereka.."Eliya memandang Heyqarl dan Sofea sambil mengangkat kening.
"uncle tanya tu..nama siapa.."
"nama saya Zarith Rasya Sofea..umur saya lima tahun.."ujar si comel Sofea.Zafril tergelak kecil mendengar kata-kata Sofea.
"yang ini pula.."soal Zafril sambil mengusap kepala Heyqarl yang duduk disisinya.
"nama saya Zafril Heyqarl.."balas Heyqarl.Zafril memandang Eliya.Sekali lagi air mata lelaki itu tumpah.Entah kenapa sejak dia menghidap penyakit itu,air matanya sangat murah.
"waa..nama Heyqarl sama dengan nama uncle la..Sofy dan Heyqarl kenal siapa uncle tak?.."Si kembar itu hanya menggelengkan kepala mereka.
"uncle ni kawan mama dulu masa kat sekolah..masa tu daddy Sofy dengan Heyqarl pernah mengajar kelas uncle tau..daddy garang sangat.."Zafril mula bercerita kepada si kembar itu.Tiba-tiba Zafril memejamkan matanya buat seketika.Wajahnya berkerut.Eliya panik melihat situasi itu.
"Ril..are you okay?.."soal Eliya risau.Bibir Zafril cuba untuk mengukirkan senyuman namun matanya masih terpejam.
"Heyqarl..Sofy..keluar dulu ya sayang..uncle tak sihat ni.."arah Eliya kepada anak-anaknya.Si kembar itu akur dengan arahan mama mereka dan segera keluar dari bilik itu.Casey segera mengambil air dan menghulurkan beberapa jenis ubat kepada Zafril.Sejurus menelan ubat itu,Casey membantu Zafril untuk kembali baring.
"maafkan Ril,Anna..Ril tak dapat nak berbual lama dengan Anna..nanti kita berbual lagi,ya?.."Eliya hanya mengangguk.
"Ril harap Anna membenarkan Ril untuk memanggil Anna dengan panggilan itu..Ril rindu dengan kenangan kita suatu masa dahulu..Ril harap Anna setuju dengan permintaan terakhir Ril ni.."ujar Zafril lemah.Eliya tersenyum lalu mengangguk.Zafril menutup matanya.Ternyata kesan ubat itu sungguh kuat sehingga menyebabkan Zafril terlena. Eliya segera keluar dari bilik itu untuk memberi ruang kepada Zafril untuk berehat.

Eliya berjalan kearah ruang tamu.Terdengar bunyi gelak tawa Eddie,Maria Hanna dan seorang lelaki.Pasti itu adalah suara Umar,suami kepada Maria Hanna namun Eliya cuba untuk mendengar suara itu.Suara itu seperti pernah didengarinya sebelum ini namun dia tidak pasti siapakah gerangan lelaki itu.Eliya tidak dapat melihat wajah lelaki itu kerana kedudukannya yang membelakangi Eliya.
"hey Liya..kenapa berdiri kat situ?..marilah join kami.."tegur Maria Hanna.Eliya tersenyum sambil mengangguk.Mata Eliya membulat apabila lelaki itu memandang kearahnya.Ya Allah..kecilnya dunia ini!.

"Oh my gosh!!!..is that you Albert?..seriously?.."suara Eliya teruja sambil tersenyum.Albert atau nama islamnya Umar hanya mengangguk laju sambil tersenyum.Eliya sudah terlopong buat seketika.Eliya segera mengambil tempat disofa bersebelahan dengan suaminya.Eddie memeluk bahu isterinya sambil turut tersenyum melihat reaksi Eliya.
"tengok,Maria..I dah cakap dah..Liya mesti akan terkejut kalau tengok Umar.."ujar Eddie.
"waa..both of you really have to tell me about how both of you can get married?...I really..Oh my god..seriously..how did you meet each other?.."Eliya begitu teruja melihat pasangan dihadapannya itu.Tidak dia sangka bahawa lelaki yang telah lama dia tidak hubungi itu adalah suami kepada Maria Hanna.Sudah hampir lima tahun dia tidak menghubungi lelaki itu setelah dia pulang ke Malaysia.Dan kini,dia berjumpa lagi dengan lelaki itu yang sudah memeluk islam.
"hey..hey..tak perlulah nak cakap English dengan saya..saya boleh cakap melayu la sekarang.."Eliya makin terlopong.Dia tersenyum lebar.
"alaa..kenapa?..tak dapatlah kita nak mengata Umar,kan kak Maria?.."Maria Hanna turut mengangguk sambil tersenyum.
"ehh..nanti kita sambung berborak la..jom makan?..abang tolong panggilkan budak-budak tu.."Maria Hanna meminta bantuan suaminya itu.Umar hanya mengangguk akur sebelum dia segera naik ke tingkat atas untuk memanggil si kembar dan anak-anaknya.
"a'ah la..tak sedar pula si kembar tu tak ada kat sini..diorang kat mana?.."
"ada kat atas tengah main dengan anak-anak akak.."Beberapa minit kemudian,kedengaran suara kanak-kanak turun ke tingkat bawah.Eliya tersenyum melihat seorang kanak-kanak lelaki yang bermata biru namun kulitnya tidak terlalu putih.Sekali pandang,pasti orang tidak akan mengetahui bahawa dia adalah orang melayu.
"hey Abraham..salam auntie.."ujar Umar kepada anaknya.Abraham menghampiri Eliya sambil tersenyum.Tangan Eliya disalam dan dikucup.Eliya gembira melihat anak Umar dan Maria Hanna yang dididik dengan penuh ketimuran itu.
"yang ni pula siapa nama dia?.."ujar Eliya sambil mengagah bayi yang sedang didukung oleh Umar.Bayi itu mengekek ketawa menampakkan lesung pipit di kiri dan kanan pipinya.
"ini Amy Raudhah..baru berusia dua tahun.."ujar Umar.Eliya mengangguk.Suka pula dia mendengar Umar bertutur dalam Bahasa Melayu.
"jemput duduk Liya,Eddie..sorrylah..ini aje yang sempat akak masak.."
"ehh..tak apa Maria..okay la ni..we all ni jenis tak kisah sangat pasal makanan..kan sayang?.."Eliya segera mengiakan apa yang dikatakan oleh suaminya itu.Mereka semua mengambil tempat masing-masing dan mula makan selepas doa makan dibacakan oleh Umar.
"Liya dan Eddie..you all akan tinggal disini kan?..saya rasa tak perlulah kot menyewa kat mana-mana tempat lain..rumah ni cukup bilik untuk semua orang.."ujar Umar.Eliya dan Eddie saling berpandangan.
"err..tak menyusahkan kak Maria dan Umar ke?.."soal Eliya.
"ehh..apa pula yang menyusahkan..tak susah apa-apa pun..lagipun meriah sikit rumah ni kalau ada you all sekeluarga..mungkin Zafril akan rasa lebih tenang dan gembira..akak nak bahagiakan dia disaat-saat ini..terlalu banyak kesedihan yang dia dah lalui.."Maria Hanna menghela nafas berat.Umar mengenggam tangan isterinya itu untuk menenangkan isterinya.Dia turut bersedih melihat keadaan Zafril namun takdir Allah sudah menetapkan begitulah jalan kehidupan Zafril yang perlu dia lalui dalam hidupnya.Walaupun Umar adalah mualaf tetapi dia faham bahawa kuasa dan ketentuan Allah itu tiada sesiapa yang dapat mengubahnya.Sebagai hamba,kita hanya mampu menerima dan berdoa agar kita dapat mengharunginya.
"baiklah kalau begitu.."
"katanya Eliya pun dating ke sini kerana ada urusan kerja,kan?.."soal Maria Hanna.Eliya mengangguk perlahan.
"Liya kena pantau projek kat sini tapi tak perlu pergi hari-hari pun..seminggu sekali sahaja.."
"ohh..kalau macam tu,boleh la Liya temankan akak pergi shopping nanti.."
"lebih dari itu pun boleh kak..Liya datang sini untuk temankan akak dan Zafril.."Maria Hanna tersenyum mendengarkan apa yang dikatakan oleh Eliya.

Love You 1000 Times (Wattpad Version)Where stories live. Discover now