41.Amorgite stone

Start from the beginning
                                    

"Malangnya aku sudah naik takhta! kau nampak bukan?" Jonas mendepakan tangannya dengan penuh rasa bangga.

Rena hanya menjeling. Tangannya mengeluarkan cahaya dan muncul sebilah pedang.

"Dan ... aku akan pastikan kau turun takhta!" sejurus itu, Rena meluru ke arah Jonas. Dia tidak boleh biarkan Jonas terus menjadi raja. Dia kenal lelaki itu siapa! tamak! berhati busuk, berhasad dengki dan gila kuasa!

"Kalau kau setuju berkahwin dengan aku dahulu bukan ke senang? ayahanda kau tidak akan terlantar sakit macam sekarang ni." Jonas menunduk kebawah apabila Rena melibas pedang pada kepalanya, kemudian dia melompat ke belakang untuk mengelak serangan Rena.

"Cis! kau hanya mahukan sebahagian kuasa aku! betul tak?" balas Rena. Setiap gerak geri Jonas diperhatikan. Pedang ditujah ke depan.

"Sayang, rilekslah ... benda boleh bawa berbincang bukan?" Jonas menagkap kemas tangan Rena lalu mendekatkan muka. Rena terkejut. Pedangnya terjatuh ke atas lantai. Muka Jonas yang tidak berapa nak kacak membuatkan dia rasa bertambah meluat.

"Geli anak tekak aku! Lagi sekali aku dengar kau sebut perkataan sayang, aku gores mulut kau!" Rena pantas menyentap tangan dengan kuat, lalu sebijik penumbuk dihayunkan tepat ke arah perut Jonas. Tidak cukup dengan itu muka Jonas juga ditumbuk dengan padu. Jarak yang dekat ni memberi peluang kepada Rena untuk menyerang.

Jonas jatuh terduduk. Perut terasa senak. Pipinya juga terasa berdenyut-denyut. Dia terbatuk beberapa kali sehingga memuntahkan sedikit darah. Tumbukan Rena sangat kuat seolah-olah kekuatan lelaki.

Jonas mendengus geram. Dia bangkit dan dia tergelak besar. Dasar gila! sakit pun suka ke? Siap ketawa pula tu. Memang tak lamalah dia hidup! Tangan Jonas mengeluarkan sesuatu yang kecil dari poketnya, yang berwarna hijau gelap dan berkilau-kilau.

"Pengawal tangkap dia! dan jangan biarkan dia terlepas!" Ujarnya dengan lantang. Serta merta semua mata pengawal istana yang berada disitu bercahaya hijau.

Bila diamati betul-betul dan teliti. Benda yang dipegang oleh Jonas adalah batu berwarna hijau. Rena terdiam sejenak. Batu itu seperti dia pernah nampak sebelum ini!

"Amorgite stone! Jonas mana kau dapat!" kata-kata Rena meluncur keluar dari bibirnya dan tanpa sedar dia telah dikepung oleh pengawal istana. Pedang diacukan betul-betul keliling kepala Rena.

"Kau rasa?" tangannya melambung-lambung tinggi batu Amorgite. Jonas tersenyum puas melihat Rena dikepung.

"Kau curi dari peti kaca larangan!" Rena menarik pedang Goerth. Dia melibas pedang yang mengepungnya. Pedang-pedang pengawal istana kebanyakkannya jatuh menyembah lantai.

Batu Amorgite .... batu yang digunakan untuk memukau sesiapa sahaja. Bukan itu sahaja, batu amorgite mempunyai tenaga yang masih belum dikenal pasti. Batu itu dianggap misteri, sudah ramai yang menyalahgunakan batu tersebut. Batu amorgite telah dijaga oleh nenek moyang Rena pada ketika dahulu dan diwarisi oleh keturunannya sehingga ke hari ini. Batu itu disimpan dalam sebuah peti kaca larangan dan diletakan dalam bilik kebal bawah tanah.

Segaris senyuman sinis menghiasi di bibir Jonas. "Aku tak curi, aku cuma pinjam."

Rena mengelak setiap serangan yang diterima. Kalau boleh dia tidak mahu mencederakan rakyatnya, apatah lagi membunuh.

"Serahkan pedang kau!" arahnya. Kalau dia dapat pedang Rena itu, pasti dia akan lebih kuat.

"Kau siapa nak arahkan aku!" Rena melompat ke belakang. Kakinya menendang perut seorang pengawal istana, sehingga tercampak ke belakang. Rena sempat berharap tendangannya itu tidak telalu menyakitkan.

ZAP!

"Ughh! "Rena menjerit sakit. Pedang pada tangan terlepas jatuh!

IRENE menguap perlahan. Mata ditenyeh-tenyeh untuk membersihkan tahi mata yang terlekat. Air liur yang meleleh pada pipi dikesat dengan belakang tapak tangan. Siap jilat lagi!

Pengotor punya perempuan!

Irene bangkit dari pembaringan. Dia melemparkan pandangan kosong ke arah tinggkap yang terbuka luas. Sekali lagi dia menguap perlahan. Dia masih mamai lagi sebenarnya ni. Mahu tidur lagi !

Kesan darah merah di atas katil telah menyegarkan mata Irene. Cepat-cepat dia memegang bahu untuk melihat. Tanda lahir bulan sabit timbul dengan jelas berbanding sebelum ini.

"Selamat petang!" suara ceria kanak-kanak telah menyapa telinga. Nyea melompat naik atas katil. Irene menjerit kecil kerana terkejut.

"Nyea!"

Budak kecil itu tersengih lebar.

"Petang?" soal Irene.Pipi di garu perlahan. Dahinya berkerut pelik.

"Ya! sudah petang!" jawab Nyea bersungguh. Kepala diangguk laju.

"Kamu bergurau ke?"soal Irene lagi. Mukanya jelas menyatakan yang dia tidak percaya. Nyea ini biar betul?

"Ya! Nyea tidak tipu!"

"Betul ke sudah petang?"

Nyea sempat menggaru kepala sebelum mendekatkan diri kepada Irene.

"Nyea tak tipu!" pekiknya dengan kuat pada telinga Irene.

Perghh! boleh berdarah telinga Irene kalau macam ni. Muka Irene berkerut, cuping telinga di gosok dengan laju. Ehh budak ni memang! taknak hantar balik nanti baru tahu!

Irene tiba-tiba terdiam. Hari sudah petang? Kalau hari sudah menginjak ke petang ... Ini bermakna ... dia telah ditinggalkan oleh yang lain! Mereka semua pasti sudah sampai ke negara Farvest! sampai hati mereka tinggalkan!

Tidakkkk!

Dia mahu ke sana juga!

Tak kira! walaupun Permaisuri Ellie tidak membenarkan dia pergi, dia tetap mahu pergi juga! Ahh, peduli apa dia!

Dengan segera dia melompat turun dari katil. Malang tidak berbau, kaki Irene terpijak sesuatu sebaik sahaja kaki mencecah lantai. Dia tidak dapat mengimbangkan badan lalu jatuh terlentang!

"Adoi!" jeritnya sekuat hati. Manakala si Nyea sudah menekup mulut,cuba menahan tawa.

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now