Sejuk?

Irene menggaru pipinya yang tidak gatal. Keadaan sekeliling di perhatikan, kemudian bergerak pada tingkap. Dahi Irene berkerut seribu, dia mula berasa pelik. Eh, mana pula datangnya sejuk? cuaca dekat luar panas bukannya hujan apatah lagi salji.

Dia tergamam sebaik sahaja menutup tingkap. Cepat-cepat dia menarik tangan. Cermin tingkap berubah menjadi bekuan ais dipandang dengan rasa tidak percaya.

"Kenapa jadi ais?" soal Irene pelik. Peluh dingin memenuhi ruang dahi dikesat perlahan. Tangannya menjadi sejuk sesejuk ais.

Irene terus melangkah. Tombol pintu yang dipegang juga turut menjadi ais. Dia terdiam sesaat sebelum menyambung langkahnya kembali.

Setiap benda yang disentuh oleh tangan kirinya akan bertukar menjadi ais. Dia seboleh-bolehnya berusaha mengelak daripada menyentuh benda walaupun orang sekalipun.

"Irene kau nak pergi mana?" soal Ryan sebaik sahaja Irene melintasi kawasan laman istana.

"Kau pakai macam itu? nak pergi mana woi!" Mata Viez membulat tatkala melihat Irene memakai pakaian yang seksi baginya. Yelah, mana pernah dia nampak gadis itu pakai baju tanpa lengan, ikat rambut pula itu. Mimpi apa Irene pakai macam tu?

Langkah Irene terhenti sekejap. Wajah Viez dan Ryan dipandang. "Jangan dekat dengan aku!" ujarnya memberi amaran apabila dua lelaki tersebut menghampirinya.

"Asal?"

"Kau kenapa?"

"Berhenti dan jangan dekat dengan aku." bentak Irene sebelum berlari meninggalkan mereka berdua terkulat-kulat disitu.

"Elfi!!" jerit Irene. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi kuda mengrikik. Derapan tapak kaki mula kedengaran semakin lama semakin menghampiri.

"Elfi, aku tidak boleh sentuh kau. Boleh tak kau tunduk?"

Elfi mendengus perlahan. Kepala diangguk sebelum menunduk. Irene dengan penuh berhati-hati menaiki Elfi.

"Hmm , baiknya. Hati-hati ya Elfi." bisik Irene pada telinga Elfi.

Irene menunggang Elfi ke Town Hill. Setelah sampai dia mengikat Elfi di sebuah tempat yang di khaskan untuk meletak kuda. Banyak mata yang asyik memerhatikan dia, lagi-lagi lelaki yang bermata keranjang. Pantang nampak perempuan cantik! Cungkil mata nanti baru tahu!

Benda pertama yang dia ingin cari ialah sarung tangan. Ya sarung tangan yang perlu dipakai pada tangan kirinya. Sarung tangan yang bermutu dan berkualiti tinggi. Sebenarnya tujuan asal dia ke Town hill hanya untuk berjalan-jalan sahaja. Hmm, itu hanya tinggal angan-angan sahaja nampaknya. Rosak rancangan asalnya tadi.

"Irene, cari sarung tangan yang diperbuat daripada kulit naga!"

"Huh?! ada ke?"

"Sebab adalah aku suruh cari ! bengap!"

"Ish! kau ini ada je kan peluang nak kutuk aku!" getus Irene.

"Tapi betulkan apa yang aku kata." Drycon tertawa.

"Boleh tak kau jangan gelak? suara kau itu bila gelak cukup buat aku sakit hati!"

Setelah puas bertikam lidah dengan Drycon dia kembali mencari sarung tangan yang dikatakan oleh Drycon sebentar tadi. Sarung tangan daripada kulit naga? mana nak cari ? tak jumpa! yang ada pun kebanyakan yang biasa sahaja. Ish pening kepala di buatnya.

Irene melabuhkan punggung di kerusi untuk melepaskan lelah. Dia termenung sebentar. Fikirannya jauh melayang.

"Sesiapa tolong!"

Irene tersentak. Jeritan seseorang telah mematikan lamunannya. Matanya meliar mencari di mana arah jeritannya tadi.

"Tolong! ada orang curi duit syiling emas saya!" Jerit seorang nenek tua. Ketika itu semua orang telah berkumpul. Masing-masing kecoh. Tetapi tidak bertindak. Adalah juga beberapa orang pemuda mula mencari pencuri tersebut.

Melihat situasi tersebut. Irene terus berdiri tegak. Seekor burung merpati putih yang baru hinggap pada bangku menarik perhatiannya.

"Wahai burung merpati, kamu ada nampak pencuri itu? kalau ada tunjukan kepada aku." ujar Irene.

Burung merpati itu terus melebarkan sayap sebelum terbang menuju ke sesuatu tempat. Irene hanya mengikuti sahaja ke mana sahaja burung tersebut pergi.

Burung merpati putih terbang menghampiri seorang lelaki yang dalam lingkungan 28 tahun. Lelaki tersebut mempunyai badan yang tinggi dan agak berisi sedikit. Burung merpati putih tadi membuang najis di atas kepala lelaki tersebut, menyebabkan lelaki tersebut naik angin.

"Ehemm, pakcik." tegur Irene selamba.

Lelaki tersebut menoleh. Muka tidak puas hati jelas ditayangkan. Ehh macam pernah jumpalah lelaki ini. Bukan ke ini samseng yang pernah dia jumpa sebelum ini?

"Kau pahal?" bentaknya.

"Eerr.. tidak elok mencuri hak orang. Baik kau pulangkan balik."ujar Irene bersahaja. Tangan kanan dihulurkan ke depan.

"Puih! peduli apa aku! kau perempuan sila balik rumahlah tolong mak kau masak dekat dapur!" balasnya tersenyum sinis.

"Tak masalahnya aku nak kau bagi balik duit syiling emas itu pada aku!" Irene mula menahan geram. Sakit pula hati dia. Orang minta dengan cara baik-baik ni. Diulangi mintak dengan cara baik ni tahu!

"aaku tak nak! kalau kau nak ambilah sendiri pada aku." ujarnya sambil mata tidak lepas memandang Irene dari atas ke bawah.

"Ataupun kau serahkan pisau belati itu pada aku? kita tukar?" lelaki tersebut tersengih senget. Kalau dia dapat pisau tu kaya ! pisau itu nampak mahal!

"Kau nak pisau belati ni? Okayy, sebelum aku beri pisau ini pada kau ... apa kata kau rasa dulu pisau ni, " balas Irene. Senyuman manis terukir di bibirnya.

..........................................................

Haa..kasi tibai je laki tu ! hahahaha..biar padan muka 😂
so macam mana chapter ni? okey tak?

Haritu saya ada ternampak citer ni duduk ranking ke 3 kott klau tak silap la..macam tak percaya pula..ke mata saya yang problem weyh? hahaha😂😂

Btw..Tq semua yg baca,vote&comment..nah hambik ni💕💕

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now