Bab 34

15.2K 266 12
                                    

Aleesya POV

Aku membuntuti langkah Aeris di belakang sambil menarik luggage pink kepunyaanku.

Ahhh beratnya ! Tak gentleman langsung la mamat ni. Ada ke patut dia bawak beg dia je ? Dah la plan semua ni secara tiba tiba je. Geram betul !

Entah mana silap langkahku aku terlanggar belakang badan Aeris yang berada di hadapanku yang berhenti secara mengejut.

Gulp ! Dapat aku lihat wajah Aeris yang bertukar menjadi bengis seperti singa sedang merenung wajahku. Ah sudah. Mati kau !

"Dah buta pulak ke sekarang ni ? Ke masih mamai ?", perli Aeris.

Aku ingin membalas namun Aeris membuka pintu bilik kami lalu meloloskan dirinya.

Aku terdiam seketika. Eh jap jap. Bilik kami ke yang aku cakap tadi ? Maksudnya aku share bilik dengan mamat tu lah kan ? Ya Allah ! Macam mana nak handle ni ?

Aku mula gelisah tidak tentu arah. Mula la hati ni nak buat perangai balik. Nak masuk ke tak ni ? Masuk ? Ke tunggu sini je ? Aku menyandarkan belakang tubuhku pada dinding sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal.

Tiba- tiba terasa tangan kananku ditarik dengan kasar dari sisi tepiku hingga aku terdorong ke belakang.

Alangkah terkejutnya aku apabila aku kini sudah berada di dalam bilik itu dan hampir sahaja aku terpeluk lelaki itu.

Entah bila lah dia ni bukakan pintu tu. Wah wah hebat betul pintu hotel ni ya ? Bukak pintu pun takde bunyi langsung. Ke aku yang pekak sangat tak dengar langsung sebab sibuk berkhayal tadi ?

"Kau ni semua nak kena suruh baru ikut ke apa ? Kalau makan tu tak payah nak kena suruh pulak ? Yang duduk dekat luar tu kenapa ? Nak kena bentang red carpet sambut kau dulu ke baru reti nak masuk bilik ni ?", satu per satu Aeris membebel kepadaku. Berkerut kerut dahinya tatkala memarahiku.

"Ana ingatkan ni bilik abang je tadi sebab tu lah Ana tak masuk. Nanti kalau masuk, kena halau pulak", aku mengelat.

"Kalau bilik ni bilik aku sorang je baik aku tak payah bawak kau datang sini je sekali. Banyak songeh betul la kau ni"

"Abang tak kisah ke kalau kita berdua share satu bilik ?"

"Kenapa ? Kau tak nak kita sebilik pulak ke ?", soal Aeris.

"Taklah, Ana tanya je sebab selama ni kita tak pernah pun tidur sebilik. Takut abang awkward pulak nanti"

"awkward ?", tanya Aeris sepatah.

"haah la awkward"

Aku menjadi tidak keruan apabila Aeris mula mendekatkan wajahnya kepadaku.

"Aku ke kau yang awkward ?", bisik Aeris dengan penuh sensual di hujung cuping telingaku.

Jantungku sudah mula berdetak dengan laju.

Haih jantung dah buat perangai lama dia balik dah.

"ma-mana ada", aku membalas sambil bertentang mata dengan sepasang anak mata Aeris yang nakal itu.

"Kau nervous eh pasal honeymoon kita ? Common, tak sampai sehari pun kita kat sini kut takkan dah tak sabar dah ?" Aeris kembali mengusik aku.

"Or should we start by tonight je hah baby ?", sambungnya lagi. Senyuman nakalnya semakin meresahkan jiwaku.

Mataku terbeliak apabila mendengar usikkan nakal daripada Aeris itu.

Pervert ! Ya Allah, lindungilah aku daripada nafsu sang suami ini.

"no way !", aku membalas dengan garang sekali.

Aeris ketawa kecil. Rasa bengang barangkali apabila aku menolak permintaanya itu.

"sure ? Aku tengah high ni. Makin kau garang, makin aku suka", Aeris mula semakin dekat dengan tubuhku sehinggakan tubuh kami saling berlaga. Deruan nafasnya yang berombak dapat ku rasai seiring dengan nafasku tatkala ini.

Tunak anak matanya redup memandang sepasang anak mataku. Dia juga mula mengelus pipiku dengan perlahan seolah olah ingin mendera perasaanku tatkala ini. Aeris semakin berani mendekatkan wajahnya dengan wajahku namun

Ring ring !

Bunyi deringan iphone kepunyaan Aeris menghentikan langkah maut yang seterusnya.

Aeris mengeluh. Perlahan-lahan dia menjauhi aku lalu menjawab panggilan telefon tersebut.

"ye ma", sahutnya.

Ohh mama rupanya. Thank you mama selamatkan Ana !

"Alhamdullilah dah lama sampai dah kat sini", sambung Aeris lagi. Aku turut mencuri dengar perbualan mereka berdua di corong telefon.

"okay ma Ris jaga isteri Ris elok elok. Mama pun take care jugak. Okay assalamualaikum", Aeris mematikan panggilan tersebut.

Kantoi sudah tatkala Aeris memandang aku yang leka mencuri dengar perbualannya dengan mama sebentar tadi. Aku hanya menelan liur sambil memandang Aeris yang turut merenungku.

"Nak sambung balik tak tadi ?", Aeris menyoal soalan yang bodoh kepadaku kembali.

Pantas sahaja aku menggelengkan kepalaku. Tindakanku itu mengundang tawanya.

"hahahaha tahu pun takut. Dah aku nak mandi dulu. Lepastu kau pulak mandi", Aeris mengambil tuala mandi yang sudah tersedia di atas katil lalu meloloskan dirinya di dalam kamar mandi.

Aku mengurut dadaku.

Fuhhhh lega ! Manakan tidak aku gelisah dengan permintaan yang pelik pelik daripada Aeris itu. Apa yang pasti, aku masih lagi belum bersedia. Biarlah masa sahaja yang menentukannya.

Aku mengambil peluang untuk meninjau suasana di sekelilingku kini.

Mataku bersinar tatkala melihat pemandangan yang sungguh indah terbentang dihadapanku kini

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Mataku bersinar tatkala melihat pemandangan yang sungguh indah terbentang dihadapanku kini. Aku tidak berhenti memuji Aeris di dalam hati.

Pandai benar lelaki itu memilih bilik bagi percutian kami ini. Bayarannya usah dikenang lagi kerana sudah pasti mahal. Untung benar Aeris dilahirkan dalam golongan orang yang berada.

Jika diharapkan aku, mana mungkin aku dapat memiliki kehidupan serba mewah sepertinya. Tetapi aku masih bersyukur kerana masih dikurniakan keluarga yang bahagia meskipun kami hidup dalam serba kesusahan.

Walaupun gaya hidup kami seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ayah tidak pernah sesekali mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Aku lah yang menjadi saksinya segala kesukaran kami menjalani liku liku kehidupan masa lalu. Namun aku tidak pernah menyalahi takdir Tuhan tetapi sebaliknya aku redha mengharunginya kerana disebalik kesusahan, sudah pasti ada kemenangan yang akan menanti.

Aku juga berharap dengan percutian kami berdua kali ini Aeris dapat membuka pintu hatinya untuk menerima diriku yang serba kekurangan. Amin !





Cinta Tanpa Prejudisحيث تعيش القصص. اكتشف الآن