Bab 14

14.1K 308 2
                                    

Aleesya kelihatan manis sekali pagi itu apabila mengenakan baju kurungnya yang berwarna merah jambu. Dengan solekan nipisnya menambahkan lagi keanggunannya.

"Ehhh kau ni nak ke mana ?", soal Aeris Naufal sebaik sahaja dia melihat Aleesya keluar dari biliknya dengan memakai pakaian yang cantik sekali. Lain benar penampilan gadis itu hari ini.

"Nak pergi kerja lah"

"Hari ni kau tak payah pergi kerja. Lupa pulak aku nak cakap semalam. Aku bagi kau cuti seminggu. Nanti apa pulak orang sekeliling cakap bila kau dengan aku sama sama cuti lama. Aku tak nak diorang semua syak kita ni dah kahwin"

"Seminggu ? Hm lamanya ? Nak buat apa saya kat rumah ni sesorang ?", rungut Aleesya.

"Eyyy suka hati kau lah nak buat apa sekalipun. Jangan kau bawak jantan lain masuk rumah ni sudah !", balas Aeris Naufal.

"Okay emm abang isya ada masakkan nasi goreng untuk abang pagi ni. Jom lah kita makan sekali ?", pelawa Aleesya dengan penuh lembut. Dia sudah mula ingin menggunakan panggilan abang tersebut apabila bersama dengan Aeris.

"Kau makanlah sorang, aku dah lambat ni !", balas Aeris Naufal dingin.

Aleesya kemudiannya meluru mengejar Aeris Naufal yang sedang memakai kasutnya.

"Ish apa lagi kau nak ni ?", bentak Aeris Naufal lagi. Sungguh dia rimas akan perilaku gadis tersebut.

Aleesya tidak menjawab malah tangan suaminya diraih lalu disalamnya dengan penuh hormat.

Aeris Naufal merentap tangannya dengan kasar selepas dikucup oleh Aleesya. Huh ! Taktik kotor kau ni dah lama basi !

Aleesya hanya tersenyum hambar.

Tak sudi sangat ke suami aku nak merasa air tangan aku sendiri ? Apa berdosa sangat ke aku dilahirkan sebagai anak miskin iaitu anak petani ? Tanpa disedari, air Mata Aleesya gugur juga di pipi satu persatu menghantar pemergian Aeris Naufal tersebut.

🌻🌻🌻🌻🌻

Aeris Naufal menguak pintu rumah dengan perlahan. Dia melangkah dengan longlai menuju ke biliknya. Namun langkahnya terhenti saat dia terpandang akan satu susuk tubuh yang amat dikenalinya sedang nyenyak tidur di sofa.

Aeris Naufal lantas mendekati gadis itu. Mata bundarnya jatuh ke anak gadis itu. Manisnya dia !

Aeris Naufal semakin bertindak agresif. Dia semakin mendekatkan wajahnya kepada Aleesya yang masih tidak sedar diri. Diselaknya perlahan anak rambut yang menutupi mata gadis itu ke belakang telinganya. Aeris mula mengelus pipi Aleesya yang putih melepak itu. Mahu sahaja dia mencubit pipi itu geram ! Anak matanya kemudian jatuh kepada bibir mungil gadis itu. Seksi sungguh ! Gelodak nafsu Aeris Naufal semakin tidak tertahan apabila melihat figura Aleesya yang begitu seksi di hadapannya tatkla itu.

Indahnya ciptaan Tuhan ! Kenapa lah selama ini aku tak perasan yang kau begitu cantik Aleesya ?

Aeris Naufal semakin mendekatkan bibirnya dengan bibir mungil gadis itu. Jarinya bermain seketika di hidung mancung gadis itu sebelum dia bertindak ingin mengucup gadis itu namun..

Aleesya tersedar dari lenanya saat dia merasakan ada sentuhan yang bermain di hidungnya. Membutang matanya saat melihat wajah Aeris yang begitu dekat sekali dengannya. Aleesya lantas menolak Aeris dan....

Gedebuk !

Aeris Naufal terjatuh di atas lantai. Kepalanya terhantuk sedikit di meja yang berada dibelakangnya. Nasib meja kayu kalau tak dah barai kepala aku ni ! Aeris Naufal mengusap belakang kepalanya yang sakit.

Aleesya menekup mulutnya.

"Errr sorry abang ! Isya tak sengaja", ujar Aleesya. Dia mula mendekati lelaki itu lalu bertindak ingin mengusap belakang kepala lelaki itu namun tangannya pantas ditepis oleh Aeris Naufal.

"Arghhh tak payah nak berlagak baik lah kau ! Sakit tahu tak kepala aku ni !", bentak Aeris Naufal lagi.

Aleesya menjadi serba salah. Ahhh salah kau jugak siapa suruh ambik kesempatan dengan aku !

"Isya tak sengaja. Tunggu kejap Isya letakkan minyak ye", balas Aleesya. Dia ingin bangun dari duduk namun..

"Tak payah ! Kau siap cepat, aku nak ajak kau beli barang dapur sekarang ni. Kalau lambat siap kau nanti !", sambung Aeris Naufal.

Aleesya hanya mengangguk lalu segera menuju ke kamarnya. Dia ingin bersiap siap seperti yang diminta oleh suaminya sebentar tadi.

Aeris Naufal meraup mukanya berkali kali. Dia mendegus seketika.

'What's going on Aeris ?! Takkan kau dah jatuh cinta dengan dia ?!'

'Tak ! Aku takkan sesekali tunduk dengan perempuan macam kau !', desis Aeris Naufal.

Cinta Tanpa PrejudisWhere stories live. Discover now