Bab 10

10.8K 382 6
                                    

Atikah memerhatikan Aleesya yang sedang termenung di hadapan ruang tamu rumahnya.

'Dah kenapa minah ni duk termenung sorang ?', desis Atikah. Sejak tiga hari ni Aleesya asyik termenung sendirian. Dia lebih gemar murung dan menyendiri. Atikah meletakkan dua cawan di atas meja yang terletak betul betul di hadapan Aleesya.

"Woih termenung nampak !", kejut Atikah. Dia mencuit bahu gadis itu.

Aleesya hanya merengus. Eeeeee kacau betul lah !

"Ish kau ni, mana ada aku termenung lah !"

"Eleh takde konon, kau asal ha asyik termenung je lately ni ? Ada masalah ke ?"

"Hmmm", Aleesya cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan Atikah tersebut.

"Wehh kalau kau ada masalah cerita je lah kat aku mana tahu kot kot aku boleh tolong kau ke ?", pujuk Atikah.

"Kali ni memang kau tak boleh tolong aku langsung pun"

"Ehh asal pulak tak boleh ?", soal Atikah penuh curiga.

"Aku kena paksa kahwin weh"

"Aikkkk series lah ? Dengan siapa ?"

"Dengan CEO kerek aku tu lah. Gila punya mamat ! Dah la berlagak kaya lepastu suruh aku kahwin dengan dia pulak !", bentak Aleesya. Geram benar dia dengan Tengku Aeris yang berlagak kaya itu .

"Asal pulak dia paksa kau kahwin dengan dia ? Haaaa jangan jangan dia dah jatuh hati dengan kau tak ? Hehehe"

Sekilas bantal peluk yang sedang dipegang oleh Aleesya dibaling ke arah Atikah yang duduk benar benar dihadapannya. Namun Atikah sempat mengelak.

"Takde maknanya dia sukakan aku. Dia bencikan aku lagi ada lah ! Dia nak kahwin dengan aku sebab terpaksa je. Mak dia yang suruh kalau tak dia kena kahwin dengan pilihan mak dia sendiri nanti"

"Elehhh yang gelabah nak fikir lagi ni buat apa ? Tak payah lah kahwin dengan dia and biar jelah dia kahwin dengan pilihan mak dia tu je. Biar padan muka dia tu ha !"

"Masalahnya kalau aku tak nak kahwin dengan dia, aku terpaksa berhenti kerja. Habis macam mana aku nak tolong mak ayah aku kat kampung tu ? Nak cari kerja sekarang ni pun susah weh. Adik aku, Alyssa baru mintak duit belanja semalam kat aku. Biasalah tengah sambung belajar banyak nak pakai duit. Setakat duit ptptn tu mana lah cukup", balas Aleesya dengan suaranya yang kian mengendur.

"Kesiannya kau. Hisy ! Kenapalah boss kau tu kejam sangat ?! Tak berhati perut ke apa ? Aku tak boleh terima lah syarat bodoh dia tu ! Eyyy habis tu macam mana weh ? Kau dah takde pilihan melainkan kau terima kahwin dengan dia je"

"Entah lah weh. Aku buntu sekarang ni. Cuba kau fikir, sekarang pun dia dah bencikan aku apatah lagi kalau aku dah kahwin dengan dia. Entah apa lah nasib aku nanti"

"Emmm sabar k leesya. Aku tahu kau kuat. Baik kau buat solat istikharah. Mintak kat Allah jalan petunjuk. Hanya kepada Dia lah tempat sebaik-baiknya untuk kau mengadu", pujuk Atikah. Bahu Aleesya dirangkulnya kemas. Jatuh simpatinya kepada anak gadis itu. 'Bila lah kau nak bahagia leesya ?'

🌻🌻🌻🌻🌻

Tok tok tok !

'Fuhh nervous gilaaaa nak masuk bilik SINGA ni', bisik hati Aleesya.

"Hmmm masuk", arah Tengku Aegis dengan suaranya yang garau itu.

Aleesya memulas tombol pintu bilik itu. Dia kemudiannya berdiri di hadapan Tengku Aeris. Kelihatan lelaki itu sedang sibuk membelek fail yang berlambak di atas meja. Mukanya seperti sedang serabut.

"Haaa apa kau nak ?", soal Tengku Aeris lalu menyedarkan Aleesya yang sedang mengelamun.

'Nak cakap ke tak nak ? Nak ke tak nak ? Aduhh macam mana nak cakap ni', Aleesya gentar untuk berhadapan dengan lelaki itu. Dia mengenggam tangan kanannya.

"Kalau kau datang setakat nak tenung aku je, kau boleh blah sekarang !", jerkah Tengku Aeris kepada Aleesya. Lelaki itu langsung tidak mengangkat wajahnya untuk memandang Aleesya. Tak sudi gamaknya !

Aleesya tersentak. 'Belum apa apa lagi dah kena maki !"

"Errr sa-saya se-setuju dengan permintaan te-tengku hari tu", balas Aleesya dengan penuh gagap. 'Ehhh asal gagap teruk pulak ni !'

"Permintaan ? Permintaan apa ?"

Aleesya seperti mahu sahaja mengetuk kepala lelaki itu dengan fail yang ada. Dia yang mintak bukan bukan dekat aku boleh pulak sengaja lupa ye ?

"Alaaa yang itu lah"

"Yang mana ?", soal Tengku Aeris kembali. Sengaja hendak mengusik gadis itu. Padan muka !

"Okay saya setuju untuk kahwin dengan tengku tapi tengku kena penuhi janji tengku untuk tak pecat saya di sini"

Tengku Aeris tersenyum sinis. Huh !

"See ? Betul kan apa yang aku cakap hari tu ? Siapa je nak tolak kahwin dengan lelaki anak jutawan macam aku ni ha. Termasuk kau !", herdik Tengku Aeris lagi.

Aleesya hanya menundukkan wajahnya. Dia mendiamkan diri dan malas hendak bertekak dengan singa ni !

"Okay, memandangkan kau dah setuju, kita akan kahwin bulan depan. Aku akan masuk meminang kau hujung minggu ni jugak. Jangan lupa bagi alamat KAMPUNG kau tu !", sambung Tengku Aeris lagi.

"Sebulan ? Kenapa cepat sangat tengku ?", soal Aleesya. Aduh tak sempat lah aku nak enjoy puas puas dulu !

"Kenapa ? Ada masalah besar ke ? Hey sekarang ni siapa yang nak tanggung perkahwinan kita? Aku ke kau ? So baik kau dengar cakap aku. Jangan tahu nak melawan je !", marah Tengku Aeris. Pantang sungguh dia apabila ideanya dibangkang oleh sesiapa.

"Baik tengku. Buat lah apa yang tengku suka. Saya tak kisah", perli Aleesya dengan hambar lalu dia beredar meninggalkan Tengku Aeris keseorangan.

Kejam kan Tengku Aeris ? Sebenarnya ego dia tinggi menggunung tak nak mengaku suka ! So rajin rajin lah korang menekan vote ye ? Jemput baca cerita baru sis tajuk Broken tau ? 💕

Cinta Tanpa PrejudisWhere stories live. Discover now