Bab 4

12.7K 371 2
                                    

Tengku Aeris meraup mukanya sejurus setelah bertemu dengan Aleesya farhanah. Arghhhh dia lagi ! Tak habis habis nak porak perandakan hidup aku. Tapi hari ni she looks so different.

Penampilan Aleesya farhanah yang kelihatan anggun dengan berbaju kurung disempurnakan dengan sedikit solekan yang tidak terlalu tebal mampu membuat hatinya tertawan. Mata bundar milik gadis itu seringkali membuat dia terpukau. Ya,gadis itu sungguh cantik ! Tanpa disedari,Aeris telah memuji kecantikan yang dimiliki oleh gadis itu dalam diam.

'Heyyy bro,what is going on ha. Jangan cakap kau dah jatuhh.... Arghhh that's impossible ! Semua perempuan sama ja. Aku takkan sesekali tunduk dengan kecantikkan dan kelembutan yang kau ada Aleesya !',bentak Aeris Naufal cuba untuk menafikan cinta yang mula mekar di dalam sanubarinya.

🌻🌻🌻🌻🌻

"Hi si cantik ! So how was your interview? Abam CEO cayor tak?",tegur Atikah sebaik sahaja melihat Aleesya memasuki ruang tamu rumahnya.

"Hmm abam CEO hati beku nak cayor macam mana. Ehhh tikah kau ingat tak last month aku ada cerita dekat kau pasal aku langgar kereta sorang mamat poyo tu? Do you still remember?"

"Ohhh yang kereta dia Honda accord tu kan? Kalau yang tu aku ingat lah sebab kau tension gila cerita pasal mamat tu dekat aku"

"Yes,kalau kau nak tahu dia tu la CEO syarikat A.H Holdings tu. Dia yang interview aku pagi tadi"

"Fuyoooo,ni nak kata jodoh ke apa ni ! Untungla kau bakal suami CEO syarikat terkemuka. Tak payah susah susah nak kerja lagi. So apa yang jadi?",tanya Atikah dengan perasaan yang teruja. Sungguh dia tidak sangka Aleesya akan bertemu lagi dengan mamat kerek yang pernah diceritanya dulu.

" Ish kau ni. Ke situ pulak perginya. Dia pandang muka aku pun nak tak nak apatah lagi nak ajak aku jadi bini dia. Lepas dia nampak je muka aku memang kena maki teruk lah. Kata aku stalk dia lah apa lah. Ish tak kuasa aku nak stalk dia macam dah takde kerja lain nak dibuat. Kekadang mamat sewel tu kuat perasan sangat macam aku syok gila dekat dia !",geram Aleesya lalu mengetap giginya sebagai tanda protes terhadap 'bakal' majikannya itu.

"Hahahaha chill out babe. Kau jangan nak benci benci sangat dekat mamat tu nanti takut terjatuh hati. Tambah tambah mamat tu ada pakej lengkap boleh goda hati kau okay",usik Atikah dengan sengaja ingin meneka isi hati Aleesya. Dah macam drama melayu je aku tengok minah ni. Tersepit dalam dunia korporat.

"Hahaha kelakar sangat kalau aku terjatuh hati dekat dia weh. Harap muka je handsome tapi sombong namatey. Tak rela aku sehidup semati dengan dia ! Huh!",balas Aleesya lalu berpeluk tubuh di hadapan Atikah yang kelihatan sedang terkekeh kekeh ketawa mendengar ceritanya.

"Okay,its up to you. Apa apa pun harap kau bersabar seandainya kau terpilih untuk kerja kat situ. Dah jangan nak buat muncung sedepa kau tu depan aku. Pikir comel? Dahla busuk eiiii pergi mandi lah Ana oi",bebel Atikah lantas membaling bantal peluknya ke arah Aleesya.

"Hm busuk busuk pun kawan kau jugak okay !"

🌻🌻🌻🌻🌻

Hari ini merupakan hari pertama bagi Aleesya farhanah untuk memulakan kerjayanya sebagai seorang setiausaha di syarikat A.H Holdings. Setiausaha kepada Tengku Aeris Naufal ! Ya,dia perlu mengumpulkan segala kesabaran untuk melayan kerenah lelaki korporat itu. Semoga kau sado wahai hatiku !

Aleesya melangkah dengan penuh keyakinan menuju ke bilik majikannya a.k.a majikan kereknya itu. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka oleh Aleesya

Buk ! Tanpa disangka Aeris juga yang hendak keluar dari biliknya telah melanggar Aleesya yang sedang membuka pintu. Aleesya sedikit terdorong ke belakang. Kini mereka berada di dalam keadaan dekat sekali sehinggakan bau haruman yang dipakai oleh Aleesya dapat dihidu oleh Aeris naufal. Okay get ready Aleesya. One two three....

"Kau lagi ! Tak habis habis nak menyusahkan aku lah. Kalau sekali kau tak buat hal dengan aku boleh tak?!",marah Aeris setelah menjarakkan dirinya dari Aleesya.

"Maaf tengku. Saya tak nampak pun tengku nak keluar tadi. Saya betul betul tak sengaja",balas Aleesya separuh gugup. Dia tidak berani bertentang mata dengan Aeris yang begitu tampan mengenakan baju kemeja berwarna merah jambu dan tali leher merahnya. Perghhh macho habis wehhh.

"Maaf maaf tu je yang kau tahu. Habis kedut baju aku ni kau langgar. Aku nak kau pergi jumpa Puan Julia belajar apa yang sepatutnya seorang P.A buat paham? Bukan tahu nak langgar orang je",perli Aeris lalu beredar meninggalkan Aleesya keseorangan.

'Habistu nak cakap apa lagi selain maaf? Nak cakap padan muka mamat sewel! Mau kena buang kerja aku. Duhai hati bersabarlah untuk seketika. Awal pagi lagi dah dapat breakfast kena maki. Huh sis redho betul !


Okay,I'm done for this chapter. Jangan lupa untuk vote dan comment ya? 😁

Cinta Tanpa PrejudisWhere stories live. Discover now