Bab 30

13.5K 342 3
                                    

Tengku Aeris POV

Bahuku disentuh oleh seseorang lantas aku menoleh untuk melihat siapakah gerangan yang berani menyentuhku itu.

Aleesya. Aku hanya mempamerkan riak bersahaja. Muka gadis itu seperti masih mamai sahaja dengan sepasang matanya yang kelihatan kuyu sedikit.

"Abang buat apa dekat sini ?", soalnya kepadaku.

"Duduk", jawabku sepatah. Muka Aleesya yang sedikit terpinga-pinga tidak aku endahkan. Lambat laun gadis itu akur atas permintaanku itu.

Aku memberanikan diri untuk baring menelentang lalu meletakkan kepalaku di atas ribanya yang gebu. Tangan Aleesya yang menolak kepala aku perlahan sempat aku raih lalu aku bawa ke dadaku.

"Please. Kejap je. Aku nak rest. Penat", ujarku bersahaja. Aleesya akhirnya akur dengan permintaan aku itu.

Debaran jantungku yang mula berdenyut tidak menentu tempo nya tidak aku pedulikan. Rentak yang dimainkan semakin lama semakin laju. Raut wajah aku kawal dengan sebaik mungkin kerana bimbang Aleesya mengetahui isi hatiku ini.

"Cantiknya tempat ni kan bang ? Tenang je Ana rasa kat sini. Abang pernah datang kat sini ke sebelum ni ?", soal Aleesya. Gadis itu pula bertindak mengusap rambutku dengan perlahan. Seperti seorang ibu memberikan kasih sayang kepada anaknya sahaja gayanya.

"Pernah tapi dah berapa tahun aku tak datang sini. Tiba-tiba harini pulak aku teringin nak singgah sini sekejap", ujar aku. Belaian manja Aleesya membuatkan mataku semakin terpejam rapat. Aku hanyut dengan belaian kasihnya itu.

Aku membuka mataku. Mataku terpaut pada sepasang mata milik Aleesya yang turut merenung anak mataku. Matanya yang bundar memikat hatiku. Aleesya tersenyum melihat aku.

Aku berdehem untuk menyembunyikan kegelisahan hatiku ini.

"Aku datang sini untuk cari ketenangan. Dekat sini banyak kenangan manis pahit kelat yang aku hadapi selama aku hidup. Tambah lagi dekat depan tasik tu", aku meluahkan isi hatiku kepada Aleesya.

Entah apa yang merasuk aku untuk jujur dengan Aleesya mengenai apa yang terpendam di dalam lubuk hatiku selama ini. Mungkin ini lah masanya yang tepat untuk Aleesya mengetahui segalanya. Dia berhak untuk tahu. Fikirku.

Aku kemudiannya bangun dari riba Aleesya lalu kembali duduk menegak bersebelahan dengan gadis itu.

"Dulu hidup aku bahagia sebab ada kehadiran seorang gadis ni dalam hidup aku. Nama dia Tia Hadfina", aku memulakan kisah silamku.

"Siapa dia ?", soal Aleesya kebingungan.

"Jangan menyampuk dulu. Tunggu la aku habis cerita dulu ey", aku menjeling Aleesya.

Aleesya hanya mengangguk dan menelan liur.

"Tia tu dulu cuma anak orang gaji je dekat rumah aku. Mak dia kerja dengan mama aku and bawak dia tinggal sekali dalam rumah aku sebabkan ayah dia yang tak bertanggungjawab nak jaga diorang berdua. Ayah dia tinggalkan dia dan mak dia macam tu je. Masa Tia pindah tu umur dia sebaya dengan aku 9 tahun. Masa mula mula aku benci dia sangat sangat sebab aku ingat dia ni macam nak rampas kasih sayang mama dengan papa tapi akhirnya kami jadi kawan baik.", aku berjeda.

"Biasa lah macam yang kau tahu, lelaki dan perempuan takkan selamanya jadi kawan baik sebab lama lama perasaan cinta dan kasih tu akan wujud. Aku dah cuba halang perasaan aku tu tapi tetap tak boleh tambah tambah kami duduk serumah. Bila kami dah sekolah menengah, aku confess dekat Tia pasal perasaan aku tu dan aku tak sangka yang dia pun simpan perasaan yang sama jugak macam aku. Aku dengan dia finally declare and kita orang couple. Masa Tia form 3 mak dia meninggal sebab menghidap sakit jantung. Mama dengan papa kesiankan Tia dan ambik Tia jadi sebahagian dari keluarga kita orang sebab Tia dah takde sesiapa dah kecuali kami semua",terangku panjang lebar.

Cinta Tanpa PrejudisWhere stories live. Discover now