Bab 23

13.8K 304 3
                                    

Aleesya P.O.V

Pukul 1 turun bawah

Aleesya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Turun bawah ? Dah kenapa pulak suami aku ni ?

Tak reti nak reply ke ? Ke tangan tu dah patah ?

Aleesya mendengus. Ceit ! Tangan patah ? Nasib la kau tu suami aku, kalau tak dah lama kena cili mulut tu. Padan muka !

Nak buat apa turun bawah ? Ana ada banyak kerja nak kena buat ni

Aku menekan butang send.

Ikut jelah cakap aku. Siapa boss skrg ni ? Aku ke kau ?

Amboi marah nampak ! Hisy dia ni. Baru je nak puji pasal pagi tadi. Ehhh pagi tadi ? Alamak malu lahh kalau nak jumpa dia lepas kejadian tut tut tu. Cehhh mengadanya kau Aleesya !

Aku membalas kembali pesanan ringkasnya itu

Ye abang boss besar. Nanti Ana turun eh

Bunyi notification WhatsApp lagi sekali membuatkan Aleesya membuka semula aplikasi tersebut.

Jangan lambat. Not even a minute or a second. Kalau tak siap kau aku kerjakan

Aleesya mencebik. Ek eleh pikir aku takut ? Pirahhhh !

Eh jap. Nak kerjakan yang macam mana tu ye ? Aleesya tergelak sendirian dengan idea nakalnya.

Baikkkk tuan. Saya yang menurut perintah

Butang send ditekan lalu dia menyambung semula kerjanya yang tertangguh sebentar tadi.

Aeris P.O.V

Tengku Aeris tersenyum senang. Menurut perintah ? Cehh rasa aku ni macam big boss pulak. Ehh bukan aku dah memang big boss ke ?

Ish apa yang kau merepek ni Aeris ?

Aku mengeleng kepala secara perlahan. Baru sahaja aku ingin mengambil pen di atas meja, bunyi deringan telefon iphone ku menjerit meminta di angkat.

Aku mengambil telefon bimbitku

Mama syurgaku 😘

Aku tersenyum melihat nama pemanggil tersebut. Rindunya pada mama ! Panggilan tersebut segera aku jawab tanpa rasa ragu-ragu.

"Assalamualaikum mama", ujarku lemah lembut.

"Waalaikumsalam, haaa Riz sihat ke ?Lama tak dengar khabar", soal Datin Maria.

"Ri sihat Alhamdulillah. Mama sihat ke tu ? Sorry la Riz sibuk dengan tender syarikat lately ni"

"Mama sihat Alhamdulillah. Amboi sibuk dengan tender ke sibuk dengan bini kamu?", usik Datin Maria

"Ehhh ke situ pulak mama ni. Riz betul betul sibuk lah ma. Serious ni"

"Alaaa kalau sibuk dengan bini kamu tu pun takpe asalkan kamu bagi mama ramai cucu. Mama bosan duduk sorang sorang kat rumah ni ha. Tahula papa kamu tu selalu juga main golf dengan kawan dia takkan mama nak ikut sama jugak kan?"

Aku menelan liur. Mula la tu mama nak mintak benda mengarut ni dekat aku. Ehh kalau mintak cucu tu bukan benda mengarut dah la kan ? Tu peluang besar untuk aku sebenarnya. Hehe.

"Belum ada rezeki lagi la ma. Jangan risau nanti Riz usaha lagi eh ma sampai mama boleh buat team bola sepak kat rumah nanti dengan anak-anak Riz. Mama dengan papa pun boleh jadi pengadil hahahah" usik aku

"Loyar buruk kamu ni ye Riz. Ingat bini kamu tu kilang beranak ke? Haaa ni sebut pasal Aleesya ni, dia sihat ke ? Bila kamu berdua nak datang rumah mama lagi? Mama rindu betul dengan Aleesya tu"

Aku mencebik. Anak sendiri tak nak rindu. Menantu nak rindu nak peluk cium gomoi pulak. Eyyy jealous betul

"Dia sihat je makin comel makin tembam makin gemuk cukup makan. In sha Allah hujung minggu ni Riz datang rumah mama eh?"

"Hmm ye lah. Jangan tak datang pulak. Mama rindu sangat ni"

"Baik mamaku yang comel. Nanti Riz call mama lagi eh. Riz ada kerja nak kena buat ni"

"Hmm okay. Jaga diri kamu dengan Aleesya elok elok. Jangan lupa kirim salam dekat bini kamu sekali ye"

"Okay mama love you. Assalamualaikum"

Aku menggosok daguku sambil berfikir.

Hailahhh mama ! Nak ramai cucu pulak. Apa lah nasib !

Aleesya P.O.V

Aku tergesa-gesa menuruni satu persatu anak tangga. Kasut tumit tinggi aku buka dan aku pegang. Langkah ku semakin lama semakin besar apabila terbayangkan wajahnya yang gerun itu. Mungkin dia bakal menerkam aku selepas ini.

12.58 p.m

Faster Aleesya ! Make it fast !

Ini lah padahnya kalau leka buat kerja sampai tak tengok jam tadi

Hampir ke semua pekerja memandang ke arahku dengan wajah yang pelik. Ya mereka pasti berasa pelik apabila melihat keadaan aku sekarang ini yang berjalan dengan laju dan berkaki ayam. Sudah seperti pekerja yang kurang waras gayanya.

Aku menepuk dahi sebaik sahaja tiba di entrance floor. Sekujur tubuh tinggi lampai yang amat aku kenali sedang berpeluk tubuh dan merenungku tajam dari atas hingga ke bawah.

I'm dead !

"Sorry Ana lambat", ujarku perlahan

"You're late ! 30 second. Huh", balas Tengku Aeris

"Sorry sorry ana tak perasan jam tadi. Pleaseee I'm really really sorry" aku memegang lengannya dengan berani. Kata orang kalau nak pujuk suami kenalah pegang pegang

"Baik aku maafkan kau but in one condition. Kau kena ikut semua arahan aku lepasni", tegas Tengku Aeris.

"Okay, anything for you. Tapi arahan apa tu?"

"Nanti la aku bagi tahu kau. Dah sekarang jom ikut aku" ujar Tengku Aeris lalu meninggalkan aku yang terpinga-pinga di belakangnya

Aku menyaingi langkah Tengku Aeris lalu kedua tangan aku depakan dihadapannya.

"Wait ! Kita nak pergi mana ?", soalku kebingungan

"Pergi tanam kau dalam kubur ! Ey jangan banyak tanya boleh tak ? Perut kau tak kebulur ke sekarang ni ? Jangan banyak songeh ikut jela aku !", bebel Tengku Aeris lalu memakai semula shades nya

Aku mendengus. Hmmm tak sweet langsung laki aku ni. Ada ke patut nak tanam bini sendiri ? Tak sayang bini ke uihhh. Kejamnya dia ni.

Aku mengorak langkah mengikuti pergerakan Tengku Aeris yang semakin laju meninggalkan aku dibelakang.

Haihhh sabar je lah sis.

Yeke Aeris dah jatuh cinta ? Hahaha mcm tak macam ye je kan 😂 Thanks pada readers yang selalu comment and bagi support kat sis ! Love you gaisss awww 😘😘🙈

Cinta Tanpa PrejudisWhere stories live. Discover now