Bab 22

14.5K 352 4
                                    

Tengku Aeris ralit memerhatikan Aleesya yang sedang enak menjamu selera di hadapannya. Amboi tak tunggu suami dah jamah dulu nampak ?

Aleesya mengangkat wajahnya memandang Tengku Aeris apabila berasa tidak selesa dirinya diperhatikan oleh Tengku Aeris semenjak tadi. Dia sempat melihat bubur masakannya yang masih tidak diusik lagi oleh Tengku Aeris.

"Kenapa ? Tak ada selera ke ?", soal Aleesya kebingungan.

Tengku Aeris mengangguk perlahan. Cehhh mengada sebenarnya ! Dia mula merencanakan agenda nakalnya itu untuk mengenakan Aleesya dalam diam.

"Abang nak Ana masakkan apa ? Abang teringin nak makan apa ?"

"Aku tak nak makan apa apa"

"Ish tak boleh la macam tu. Abang kan tak sihat lagi nanti demam balik macam mana ?", nasihat Aleesya dengan lemah lembut.

"Bila masa aku demam ?", soal Tengku Aeris lagi seperti orang bodoh.

Aleesya menepuk dahinya dengan perlahan

Ya Allah ! Demam pun boleh lupa ke dia ni ?

"Abang demam malam tadi la sampai meracau masa tidur dekat bawah. Nasib baik Ana tak tidur lagi masa tu"

"Habis kau ke yang jaga aku malam tadi ?"

Aleesya mengangguk.

"Yang jadi bantal peluk aku malam tadi ?"

Lambat laun Aleesya mengangguk sekali lagi. Pipinya mula merah akibat malu diasak dengan soalan sebegitu.

Tengku Aeris senyum menyenget namun sempat dikawalnya daripada diperhatikan oleh Aleesya.

'Patutla sedap semacam bantal peluk aku malam tadi !', desisnya.

"So sekarang tanggungjawab kau as private nurse aku belum settle lagi. Aku tanak makan selagi kau tak nak suapkan aku", entah mengapa tiba tiba sahaja idea itu datang di dalam kotak fikiran Tengku Aeris.

Aleesya terpanar dengan permintaan Tengku Aeris itu.

What ?! Suapkan dia ? Haihhh melampau dah ni.

"Ehhh ehh kejap. Since when pulak Ana jadi private nurse abang ni ? Memandai je dia"

"Since last night. Baik kau ikut cakap aku sekarang. Ke kau nak aku panggilkan nurse kat hospital sana yang mana awek awek cun meletop yang jaga aku ? Takpun yang jual nasi lemak anak dara tepi jalan tu ha ?" Tengku Aeris menjongketkan kening kirinya sedikit sambil memberikan senyuman yang sinis kepada Aleesya. Sengaja ingin mengusik gadis itu.

Aleesya menjulingkan bebola matanya ke atas tanda dia menyampah dengan permintaan tak masuk akal tersebut.

Punggung diangkat lalu dia duduk bersebelahan dengan Tengku Aeris yang sedang tersenyum simpul.

Mengada ! Geram Aleesya.

'Hmmm tahu takut suami dia ngorat anak dara lain !', gumam Tengku Aeris.

"Nahhh", ujar Aleesya sambil menghalakan sudu yg berisi bubur itu kepada Tengku Aeris.

"Garangnya !", usik Tengku Aeris lagi.

"Isy cepatla nanti sejuk bubur ni kan dah tak sedap", terkumat kamit mulutnya membebel kepada Tengku Aeris.

"Pleaseee be sweetie more honey bunny"

Aleesya menghela nafasnya secara perlahan. Sejak bila la mamat yang garang macam harimau ni dah bertukar jadi kucing jinak pulak ni ? Buang tebiat ke ?

"Aaaaaaa bukak mulutttt tuuu kapal terbang nak masukkk syuuuuu", usik Aleesya sambil tersengih.

"Eeeyyy kau ingat aku ni budak budak lagi ke apa?" Tengku Aeris menolak tangan Aleesya perlahan.

Cinta Tanpa PrejudisWhere stories live. Discover now