"Cuba tengok atas itu " Si ibu menunjuk lurus ke arah langit. "Haa , itu ayah yang tengah tu kamu dan itu pula ibu."

"Yang tepi tu ... ibu kamu juga." Si ayah berseloroh. Dia tersengih.

"Ibu ?kenapa dua?" Si anak memandang ibunya.

"Apa maksud awak tadi?" matanya mencerlung tajam. Tangannya laju mencubit lengan suaminya

"Ah! sakit! gurau saja! saya bergurau!"

Si anak tersengih lebar melihat kemesraan ibu dan ayahnya. Terasa bahagia sangat!

"Kalau ditakdirkan suatu hari nanti ibu dan ayah pergi ... lihatlah bintang di langit sayang, pasti kerinduan akan terubat." pipi anak perempuannya dikucup lembut dengan penuh kasih sayang.

"Pergi mana? ibu ayah pergi mana?"

soalan Si anak dibiarkan sepi. Mereka berdua terdiam.

"Ibu dan ayah sentiasa sayang kamu walau di mana pun kamu berada." Ujar Si ayah sambil tersenyum manis.

Tanpa dia sendiri sedar, cecair jernih gugur dari anak matanya. Perasaan sebak mula menyelubungi Irene. Dia masih lagi menatap bintang di langit, masih tidak beralih.

"Kenapa aku menagis ni? kenapa tiba-tiba terbayangkan perkara tadi? "cepat-cepat dia mengelap air matanya. Namun air mata tidak mahu berhenti. Perasaan dia kini bercelaru. Macam-macam dia rasa.

Adakah itu mimpi? tak! itu bukannya mimpi kerana dia dalam keadaan sedar. Atau mungkin itu adalah salah satu memori yang telah hilang?

"Kakak Irene menagis?"

Irene terkedu mendengar suara Nyea. Cepat-cepat dia mengelap air mata. Matanya meliar memerhatikan keadaan sekeliling. Mana budak itu? suara ada tapi batang hidung langsung tak nampak.

"Nyea dekat sinilah."

Irene memandang bawah."Apa Nyea buat dekat sini?" budak kecil yang sedang mencangkung di hadapannya dipandang dengan pelik.

"Nyea cari akaklah." Nyea bangkit dan berdiri tegak.

"Cari akak?" Rambut yang terjuntai diselitkan ke cuping telinga.

Nyea mengepakkan sayap lalu terbang dan mendarat di atas bangku yang Irene duduk. Dekat je itu pun nak terbang, macam jauh sangat je.

"Malasnya Nyea ni bukan jauh pun." Kedua belah pipi nyea dicubit geram. Nyea hanya tersengih lebar.

"Nyea nak tidur dengan kakak."

"Kenapa? "

"Kakak Erina tidur lasak. Nyea tak tahan! habis kena tendang. lepastu jatuh katil!" adu Nyea.

Irene tergelak kecil. Dia mengangguk perlahan. Kalau tak bagi nanti, menagis pula, sudahlah dia tidak pandai memujuk!

"Malam macam ini tak elok duduk luar." tegur seseorang dari belakang.

Mereka berdua serentak menoleh. Seorang lelaki berambut hitam dan tinggi lampai sedang tercegat sambil tersenyum.

"Oh, Joshua. Baru sekarang aku nampak batang hidung kau, pergi mana sepanjang hari ni?"

"Aku jalan-jalan dekat Town Hill tadi."

"La ... kenapa tak bawa Nyea? nak ikut juga!"Nyea memeluk tubuh.
Mukanya dipaling ke tempat lain. Merajuk konon.

"Hahaha! nanti abang bawa ya? "

"Betul?! janji tau?"

"Ya janji." balas joshua tapi matanya ke tempat lain."Baik kamu berdua masuk ke istana. Bahayalah duduk luar malam-malam macam ni. " Sambung Joshua lagi. Mata Joshua memerhatikan keadaan sekeliling. Dia rasa ada sesuatu yang memerhatikan mereka. Tidak pasti sama ada baik atau jahat.

"Ish! tahulah nak masuklah ni. "omel Irene. "Jom Nyea!" tangan Nyea dipengang. Nyea hanya menurut. Mereka berdua menuju masuk ke istana di ikuti Joshua di belakang.

 Mereka berdua menuju masuk ke istana di ikuti Joshua di belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gambar Nyea yg dkt chapter 30 tu..sis tersalah letak la...ahaha srs ..slah letak Lol. pic yg dkt atas ni bru btl watak Nyea😂😂😂😷😷

best ke?😂

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now