Power Of Elements (Part 2)

953 57 10
                                    

Lisa berdiri di hadapan Kai sambil memegang Tali Kilatnya dalam keadaan bersedia untuk menyerang Kai.

-"Aku akan bunuh korang berdua!"-Jerit Kai

Dan kemudian dia mengarahkan batu-batu yang besar menuju ke arah Boboiboy dan Lisa dengan laju. Tetapi dengan pantas Lisa menghancurkan batu-batu itu menggunakan tali kilatnya.

Kelihatan juga Lisa sudah tidak bertenaga dan juga masih lagi cedera tetapi masih tetap pertahankan Boboiboy.

-"Lisa...sudah, aku tak nak keadaan kau akan jadi lebih teruk"-Kata Boboiboy dengan perasaan risau

-"Sebelum...ini...kau pertahankan aku daripada sumpahan itu..."-Lisa berhenti seketika kerana kurang tenaga -"Sekarang...aku akan pertahankan kau"- Sambung Lisa -"Aku...juga nak balas dendam kerana dia sudah bunuh Sifu"-

Boboiboy yang masih lagi mengalami pendarahan di kepalanya tetap mahu menghalang Lisa daripada meneruskan bertarung...tetapi dia tidak berdaya kerana dia tidak ada tenaga.

-"Jangan Lisa"-

Lisa tidak menghiraukan kata-kata Boboiboy dan tetap berlari ke arah Kai untuk menyerang

-"Aku akan habiskan kau!"-Jerit Kai

-"Heh, kaulah yang akan habis"-Balas Lisa

"LIBASAN KILAT" Lisa menyerang Kai menggunakan talinya.

Lisa menyerang Kai dengan bertubi-tubi sehingga Kai hanya lebihkan bertahan daripada menyerang. Tetapi setelah Kai melihat baju persainya sudah mula retak dan pecah...Dia tidak ada pilihan lain dan menyerang Lisa menggunakan Jurus Darah, dan kemuidan Lisa tidak dapat bergerak dalam keadaan kesakitan

-"Lisa!"-Jerit Boboiboy

-"T...Tak...mungkin kau ada kuasa ni.."- Kata Lisa dalam keadaan kesakitan kerana darahnya dikawal oleh Kai.

-"Kau memaksa aku!"- Kata Kai

Lisa cuba melawan untuk melepaskan diri tetapi gagal. Kemudian Kai mengangkat Lisa ke udara menggunakan jurus darahnya dan kemudian mengunakan batu batuan yang besar dan menyesarkannya ke arah Lisa.

Batu-batuan besar itu tepat ke arah Lisa dan salah satunya terkena kepala Lisa dan menyebabkan kepala Lisa mengalami pendarahan dan tidak sedarkan diri. Lisa terpelanting ke belakang dan jatuh ke tanah dengan kuat.

-"Lisa!"- Jerit Boboiboy dan tidak lama selepas itu dia memaksa diri untuk berlari ke arah Lisa dalam keadaan kesakitan.

Lisa tidak sedarkan diri dan itu menyebabkan Boboiboy berasa panik. Tidak lama kemudian, Kai mengunakkan jurus darahnya dan menarik Yaya, Fang, Gopal dan Ying dari jauh dan kemudian mengangkat mereka ke udara. Mereka berempat berasa kesakitan dan tidak mampu untuk bergerak.

-"Yaya!"-Jerit Boboiboy

-"Le...lepaskan kitorang!"- Jerit Yaya kepada Kai

-"Manusia lemah...korang tak layak dapat kuasa"-

Kemudian Kai menghempas mereka berempat dengan kuat sehingga mereka tidak mampu untuk bangun semula.

Boboiboy hanya mampu melihat mereka berempat terbaring sahaja.

-"Kau...kau memang dah melampau!"-Jerit Boboiboy sambil menumbuk ke arah tanah.

Kai hanya tersenyum melihat Boboiboy...tetapi senyumannya terhenti apabila dia melihat sesatu yang pelik terjadi kepada Boboiboy.

Batuan-batuan dari tanah terapung. Angin bertiup kencang menuju ke arah Boboiboy. Kilat terpancar-pancar berserta dengan guruh. Air dan Api datang secara tiba-tiba mengelilingi Boboiboy.

Boboiboy - Power Of Elements | Book 1 | Revenge Of KaiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang