The Curse

1K 48 20
                                    

Di Tempat Latihan

Kelihatan Boboiboy sedang mengajar Lisa cara untuk menghasilkan kuasa elemen

-"Boboiboy...macam mana aku nak hasilkan kuasa elemen sedangkan aku tak pernah berlatih sebelum ni"-Tanya Lisa

-"Disebabkan kuasa kau ni lain sikit...kau terpaksa gunakan elemen lain untuk hasilkan kuasa elemen kau"-Balas Boboiboy

-"Maksud Kau?"-

-"Macam ni...contohnya kau nak hasilkan kuasa Air, kau boleh ambil elemen Air dalam udara"-Kata Boboiboy sambil menghasilkan kuasa air di dalam tangannya

Lisa terkejut dengan apa yang dilihatnya.

-"Kalau Api, kau guna haba badan kau...dan Petir pulak, kau guna tenaga yang ada dalam badan kau"- Kata Boboiboy cuba untuk menerangkan cara untuk menghasilkan kuasa elemen. -"Sifu kata kau dah menguasai elemen Tanah dan Angin...jadi kena belajar cara nak hasilkan kuasa Api, Air dan Petir sahaja"-

-"Ok, sekarang kau cuba pulak hasilkan Air"-Kata Boboiboy

Lisa cuba fokuskan diri dengan udara di sekelilingnya dan menadakan tangannya. Bentuk berbola Air mula terbentuk dari titisan air kecil, dan kemudiannya semakin membesar dan membesar...tetapi Lisa kehilangan fokus dan bola air tersebut pecah.

-"Aku...aku tak boleh buat"-Kata Lisa

-"Kau boleh Lisa...aku percayakan kau"-Kata Boboiboy sambil memegang bahu Lisa

Lisa hanya mampu tersenyum.

Lisa cuba lebihkan fokusnya. Dia menutup matanya dan memutarkan tangannya untuk menghasilkan kuasa Air...kuasa Air mula membentuk dan mengelilingi Lisa dan seterusnya ditumpu di dalam tangan Lisa. Setelah Lisa sudah bersedia, dia melontar bebola air itu dan menyebabkan letupan berlaku di tempat latihan itu

-"Aku...aku dah berjaya Boboiboy!...aku dah berjaya!"-Kata Lisa dan kemudiannya memeluk Boboiboy

-"Err...Lisa?"-

Lisa tersedar yang dia masih memeluk Boboiboy. Lisa melepaskan pelukannya dan kemudian muka Lisa bertukar kemerahan kerana malu

-"Emm..hehehe, maaf"-Kata Lisa yang masih dalam keadaan malu

2 Minggu Kemudian

Lisa telah berlatih bersungguh-sungguh supaya dapat menguasai kelima-lima kuasa elemennya. Dan akhirnya dia berjaya menguasai kelima-lima kuasa elemennya. Dalam masa dua minggu juga, Sifu Ryan beransur pulih dari kecerderaannya tetapi dia masih tidak boleh banyak bergerak.

7:57 Malam

Kelihatan Boboiboy keluar dari bilik Sifu Ryan dan kemudian berjalan menuju ke biliknya. Sebelum dia masuk, dia ternampak Lisa berada di luar pusat latihan itu sambil duduk melihat bulan penuh.

Boboiboy berjalan menuju ke arah Lisa, tetapi sebelum itu sesuatu yang mengganggu dalam fikirannya.

Flashback (Mimpi Boboiboy)

Dia melihat kemusnahan yang teruk berlaku di pusat latihan itu. Bangunan pusat latihan itu terbakar teruk dan tidak ada apa-apa yang tinggal. Kemudian dia terdengar seseorang memanggilnya.

-"Boboiboy!"-

Boboiboy menoleh kebelakang dan melihat Lisa dalam keadaan cedera

-"Boboiboy! Ingat siapa diri kau!"- Kata Lisa sambil menangis

Boboiboy berasa pelik mengapa Lisa kata seperti itu sehinggalah dia melihat seseorang dengan cahaya merah yang terang menuju ke arah Lisa dengan pantas.

Boboiboy - Power Of Elements | Book 1 | Revenge Of KaiWhere stories live. Discover now