Apocalypse

870 54 2
                                    

-"Boboiboy! Bangun Boboiboy!"-Kata Lisa sambil mengerakkan badan Boboiboy

Boboiboy membuka matanya dengan perlahan-lahan dan melihat Lisa. Boboiboy juga dapat melihat air mata Lisa sedang mengalir di pipinya.

Setelah Boboiboy berdiri, Lisa dengan pantas terus memeluknya. Boboiboy berasa terkejut dengan kelakuan Lisa

-"Boboiboy, risau betul aku tadi...aku ingat kau sudah tiada"-Kata Lisa sambil menangis

Boboiboy melepaskan pelukan Lisa dan kemudian melihat sekelilingnya. Pusat Latihan itu hancur sepenuhnya.

-"Ini semua salah aku..."-Kata Boboiboy sambil menundukkan kepalanya

-"Tak, ini bukan salah kau"-

-"Aku biarkan dia pergi, dan musnahkan tempat ini. Dan Aku sepatutnya lindungi Sifu...tapi...sekarang dia sudah tiada..."-

Lisa tidak mampu untuk membalasnya.

-"Kita mesti ke Pulau Rintis dan halang Kai"-Kata Lisa

-"Tapi macam mana?!"-

-"Sifu pernah ajar saya cara nak gunakan Telepotasi Kilat.."-Kata Lisa

-"Tapi ianya berisiko dengan keadaan kau macam ni..."-Balas Boboiboy dengan perasaan risau kerana Lisa masih dalam keadaan cedera

-"Kita tak ada pilihan lain"-

Boboiboy terdiam seketika sebelum mengangukkan kepalanya

-"Sekarang, pegang tangan aku"-Kata Lisa

Kemudian Boboiboy memegang kedua-dua tangan Lisa. Dan tidak lama selepas itu...suatu cahaya terang muncul di dalam kedua-dua tangan mereka.

Di Pulau Rintis

Kelihatan Gopal, Fang, Ying dan Yaya sedang berjalan-jalan di Bandar Pulau Rintis.

-"Wei, Mana si Boboiboy ni...dah lama kita tak nampak dia"- Kata Fang

-"Wei Yaya, kau kan jiran dia...mesti kau tahu dia kat mane kan..."- Tanya Gopal

-"Tok Aba cakap, dia ada kat Sabah"- Balas Yaya

-"Ayo, apa dia buat dekat sana?"- Tanya Ying

-"Entahlah, Tok Aba tak cakap pun kenapa dia pergi kat sana"- Balas Yaya

-"Tunggu kejap, apasal kau sorang je yang tahu?"- Tanya Fang

-"Emm"-

Sebelum Yaya sempat menghabiskan kata-katanya, satu cahaya besar kelihatan terapung di bandar pulau rintis.

-"Cahaya...cahaya apa tu?!"-Tanya Gopal dengan rasa takut

Cahaya itu menghasilkan elektrik dan kemudian menhasilkan letupan yang besar. Yaya,Ying, Fang dan Gopal sempat mengelak gelombang letupan itu. Letupan itu menyebabkan kerosakkan teruk di Bandar itu dan meyebabkan ramai orang awam berlari tidak tentu arah.

-"Kamu semua ok?"-Tanya Yaya

-"Kitorang ok

Mereka berempat bangun semula selepas letupan itu reda. Setelah asap-asap tebal sudah hilang...kelihatan seorang lelaki berjubah hitam serta memakai Hood sedang terbang dan kemudian dia turun ke tanah dimana tidak jauh daripada Yaya, Ying, Fang dan Gopal

-"Siapa kau hah!"-Jerit Fang

Kai membuka Hoodnya dan kemudian memandang mereka berempat tampa berkata apa-apa.

-"Dan apasal kau musnahkan satu bandar ni!"- Sambung Fang lagi

Kai memandang mereka berempat tampa berkata apa-apa. Fang berasa sangat marah kerana soalannya tidak di jawab dan kemudian mengeluarkan kuasanya di dalam tangannya. Tetapi kemudian Yaya menghalangnya.

Boboiboy - Power Of Elements | Book 1 | Revenge Of KaiWhere stories live. Discover now