EPILOGUE

13K 382 55
                                    

"RAFIQUE!"

Kasya membuka matanya. Siling putih menjadi sapaan mata. Hatinya berdegup kencang. Dia ada di biliknya?

"Rafique?"

Dia melihat sekeliling. Betul. Ini biliknya. Ertinya, itu semua hanyalah mimpi. Kasya menghembus nafas lega.

Dia mula bersandar. Tenang.

Tiba-tiba, pintu biliknya dikuak. Kelihatan Irsyad  yang menghulurkan kepala menjenguk. Lelaki itu tersenyum sebelum melangkah masuk.

Kasya mengerutkan dahinya.

"Kenapa segak pakai baju melayu ni?" Soal Kasya lalu ketawa halus. Irsyad hanya tersenyum. Soalan Kasya dibiar tergantung.

"Kasya," panggil Irsyad lembut.

"Irsyad? Kenapa ni?" Soal Kasya. Bingung melihat wajah sayu Irsyad.

"Ada satu hal yang awak perlu tahu," Irsyad bersuara, dengan nada yang rendah.

"What is it? Are you okay?"

"Rafique. Rafique dah takde."

Nafas Kasya mulai sesak. Air mata merembes laju. Dadanya turun dan naik, menarik nafas yang terasa pendek.

"Maksudnya?"

Irsyad hanya diam. Tertunduk. Tidak sanggup menjawab soalan Kasya setelah mendengar esakan itu.

"Apa maksud awak?!" Tanya Kasya dengan agak tegas apabila tiada jawapan dari Tengku Irsyad.

Irsyad masih diam. Menundukkan wajahnya. Hatinya terasa sesak juga.

"Irsyad!" Jerkah Kasya.

Air matanya semakin deras mengalir. Dia seakan tahu apa yang dimaksudkan Irsyad namun dia tidak mahu menerimanya. Tak mungkin. Tadi hanyalah mimpi. Mimpi buruk baginya.

Kasya cuba untuk bangun dari kasurnya.

"Awak nak kemana?" Tanya Irsyad apabila melihat Kasya hendak bangun.

"Saya nak jumpa Rafique! Saya nak jumpa dia. Awak bawa saya jumpa Rafique, sekarang!"

"Kasya, please. Jangan macam ni," Irsyad cuba menghalang Kasya daripada pergi.

"Saya nak jumpa dia," Kasya meronta meminta untuk dilepaskan namun Irsyad serta merta memeluk tubuhnya sehinggakan dia mulai terkulai, jatuh terduduk.

"Saya mimpi je tadi. Kenapa tiba-tiba Rafique dah takde? Irsyad! Kenapa?" Rintihnya lemah. Sayu. Menangis dalam pelukan Irsyad.

Dia tidak bersedia untuk menerima semua ini. Dia tidak bersedia.


"ASSALAMUALAIKUM, Rafique. Saya minta maaf sebab sekarang baru datang jenguk awak. Saya tak mampu nak jumpa awak. Saya tak kuat."

Nafasnya ditarik

"Rafique, pertama kali saya lihat awak dulu, hati saya sudah terpaut. Pandangan awak, suara awak, senyuman awak. Semua saya suka. Awak baik. Awak ada masalah tapi awak tak pernah ceritakan dekat saya," Kasya menutup matanya sebelum membukanya kembali.

"Atau, saya yang tidak peka dengan kesusahan yang awak hadapi? Saya kawan yang jahat, kan?" Air mata merembes keluar. Membasahi pipi.

"Rafique," panggilnya sebelum berjeda seketika.

"Saya dah terima bungkusan dari awak .Irsyad yang bagi. Cantik sangat telekung tu. Terima kasih, ye." Sambungnya. Bibirnya mengukir senyum.

"Saya dah baca surat awak. Ye, saya pun cintakan awak. Saya cintakan awak sangat-sangat. Malam tu sepatutnya saya nyatakan perasaan saya tapi-" Kasya mula menahan sebak. Dia tidak dapat menyambung perkataannya. Dadanya terasa sesak.

Sekali lagi Kasya diam. Sambil mengesat air matanya. Batu nisan digosok lembut.

"Terima kasih sebab cintakan saya," ucapnya seraya tersenyum.

"Saya akan tunaikan permintaan awak. Saya akan kahwin dengan Irsyad. Dan saya akan sayangi dia sebagaimana saya sayangkan awak. Saya akan cintakan dia sebagaimana saya cintakan awak dan saya akan kasihkan dia sebagaimana saya kasihkan awak," Kasya tersenyum manis. Cuba untuk kuat.

Kasya berpaling ke belakang apabila bahunya disentuh.

Tengku Irsyad.

Lelaki itu tersenyum kepadanya. Memberi isyarat bahawa mereka perlu pergi.

Kasya mengangguk.

"Saya pergi dulu. Dan, saya lupa nak bagitau yang papa saya minta maaf sangat dengan awak. Dia menyesal atas apa yang dia lakukan dekat awak. Papa janji yang dia akan dakwa Joe dengan kuncu-kuncunya untuk membela kematian awak. Dia akan pastikan mereka terima balasan yang setimpal. Demi menebus dosa dia kepada awak. Dia merasa hina. Saya harap awak maafkan papa, ye?"

Kasya menarik nafas dan menghembusnya kuat.

"Saya balik dulu. Nanti saya datang lagi. Assalamualaikum, Rafique Amsyar," Kasya mula bangun seraya memegang kemas surah Yasin di tangan.

Irsyad mula melipat tikar yang sedari tadi menjadi tempat duduk bagi Kasya. Mereka berdua berjalan seiringan menuju ke kereta.

'Rafique, walaupun awak sudah tidak ada di dunia ini lagi, saya tetap akan sayangi awak, cintai awak dan rindui awak. Rafique, awak ialah lelaki pertama yang telah membuka pintu hati saya. Walaupun hanya seketika cuma waktu yang diberikan oleh Yang Maha Kuasa untuk kita bersama, saya tetap bahagia. Rafique Amsyar. Saya janji bahawa saya akan cintakan Tengku Irsyad sepenuh hati saya.'


TAMAT

RAFIQUE AMSYAR ✔ Where stories live. Discover now